04 July 2009

Martin Taylor sudah minta maaf kepada Eduardo!!

Eduardo meredakan sedikit ketegangan dari fan Arsenal yang masih menganggap Martin Taylor memang sengaja mengasari Eduardo ditambah pula Eduardo dilaporkan masih belum menerima permohonan maaf dari Taylor..

Jadi disebabkan Atikah dah x tahan nak mengetahui sama ada Taylor dah meminta maaf atau belum.. Atikah sendiri berjumpa Eduardo di sidang akhbar 442 Magazine untuk mendapatkan penjelasan lanjut..

Atikah: Eduardo.. Adakah Taylor sudah meminta maaf kepada anda selepas kejadian tersebut??

Eduardo: Taylor telah pergi ke hospital semasa saya sedang mendapatkan rawatan dan saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.. Isteri saya terus ke hospital selepas kejadian tersebut dan menunggu di bilik menunggu.. Dan doktor Arsenal bercakap dengannya sama ada mahu bercakap dengan Taylor..

Atikah: Apa yang berlaku selepas itu??

Eduardo: Taylor datang bersama anaknya.. Dan anaknya melukiskan bendera Croatia di sekeping kertas.. Dan isteri saya menyangka mereka ialah peminat saya.. Sebelum saya kembali bersama pasukan simpanan.. Taylor menghantar email kepada Arsenal dan meluahkan rasa gembiranya kerana saya sudah kembali.. Dan itulah kisahnya.

Bagi Atikah kehilangan Eduardo dalam tempoh hampir setahun amat menyeksakan.. Dan ditambah pula dengan kecederaan susulan selepas kejadian tersebut.. Atikah rasa Eduardo akan menunjukkan kembali bisanya dan kembali membawa Arsenal ke puncak seperti yang dilakukannya dulu sebelum mengalami peristiwa hitam tersebut..

Sekarang ini Eduardo sedang menjalani rawatan susulan bersama physiotherapi Arsenal untuk membolehkannya kembali bersama skuad Arsenal untuk mengharungi musim hadapan dan memenangi kejuaaran musim hadapan.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan