Lampu hijau dari Laurent Blanc!!

Pengurus Bordeaux iaitu Laurent Blanc memberikan lampu hijau kepada mana-mana pasukan untuk membida penyerang mereka iaitu Marouane Chamakh dalam masa 2 minggu lagi.. Jadi ianya mungkin memberikan peluang untuk Wenger mendapatkan Chamakh..

Arsenal mempunyai peluang yang amat besar berbanding Sunderland untuk membawa Chamakh ke England.. Namun sejauh mana minat Wenger terhadap Chamakh Atikah pun x tahu.. Tapi kini ialah masa yang sesuai untuk mendapatkannya..

Chamakh sudah menolak kontrak lanjutan dari Bordeaux dan memaksa mereka untuk menjual Chamakh pada musim panas ini atau pun berisiko kehilangan Chamakh secara percuma musim panas depan..

Namun dengan AC Milan yang dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan Luis Fabiano.. Dan memaksa fan Arsenal menelan hakikat yang kemungkinan besar Adebayor akan kekal di North London musim hadapan..

Jadi sudah semestinya Wenger tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli Chamakh.. Wenger hanya akan membeli Chamakh jika Adebayor keluar.. Namun nampaknya ianya x akan berlaku apabila ejen Adebayor menegaskan yang Adebayor akan kekal..

Ianya memang merupakan berita yang tidak sedap untuk didengar oleh fan Arsenal apabila rata-rata fan Arsenal tiada lagi Adebayor di hati mereka berbanding pada musim 2007/2008 dulu..

Dengan Eduardo semakin hampir sembuh sepenuhnnya dari kecederaannya.. Sudah semestinya tempat Adebayor semakin tertutup kecuali jika Adebayor kembali menemui rentaknya.. Dan kembali mendapatkan kepercayaan peminat Arsenal..

Bagi Atikah Adebayor masih hebat.. Namun mungkin kerana ada sesuatu yang membuatkan aksinya cukup hambar dan mengecewakan musim lepas.. Jika Adebayor kembali seperti dulu.. Tidak menghairankan jika fan Arsenal kembali menyayanginya.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil