Khabar angin akhirnya menjadi kenyataan!!

Sikap dolak dalih Wenger akhirnya menjadi mimpi buruk kepada Wenger dan kesemua fan Arsenal yang mengharapkan kehadiran Melo ke Emirates Stadium.. Spy Atikah secara sahnya telah mengesahkan perpindahan Melo ke Juventus dengan nilai 17 juta euro dan pemain sayap Inter iaitu Marco Marchionni ke Fiorentina sebagai sebahagian dari perjanjian..

Namun tidaklah berapa sah sangat memandangkan kedua-dua pasukan masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi di laman web kelab masing-masing..

Fiorentina jelas tidak kisah sama ada Wenger mahu membayar Melo hanya sebanyak 15 juta euro.. Namun yang paling mereka mahukan ialah Emmanuel Eboue termasuk dalam perjanjian tersebut.. Namun Wenger lebih selesa untuk memberikan Senderos berbanding Melo..

Dan sikap Wenger itu jelas membuatkan Fiorentina dengan senang hati menerima tawaran dari Juventus.. Siapakah pilihan kedua Wenger untuk mengantikan Melo yang telah ke Juventus?? Lorik Cana?? Sama sekali tidak..

Jawapannya ialah kepada pemain tengah St Etienne berusia 22 tahun iaitu Blaise Matuidi.. Wenger jelas lebih menumpukan untuk mendapatkan Blaise Matuidi daripada mendapatkan Lorik Cana.. Sampai sini sajalah artikel Atikah.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil