Kembalinya Flamini dengan Adebayor ke AC Milan??

Kalau Flamini kembali ke Emirates Stadium.. Nampaknya semangat Fabregas untuk terus stay di Arsenal terus membara kerana Flamini merupakan rakan baiknya sepanjang mereka bersama di Emirates Stadium..

Mengapa Atikah cakap Flamini akan kembali ke Arsenal?? Mudah sahaja kerana AC Milan bersedia untuk membawa Adebayor ke San Siro dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta euro dan bersedia memulangkan kembali Flamini ke Emirates Stadium..

Sudah semestinya kembalinya nanti Flamini ianya tidak akan membuatkan Wenger pening kepala mencari gandingan sesuai untuk Fabregas di bahagian tengah Arsenal.. Dengan Arsenal pula semakin kehilangan Melo..

Melo pula telah menafikan kesediaannya untuk berhijrah dari Fiorentina dengan mengatakan dia tidak terfikir pun untuk menyertai Arsenal.. Arsene Wenger pula cuba untuk berdolak dalih dengan mengemukakan Senderos sebagai sebahagian dari perjanjian..

Berbanding pilihan Fiorentina iaitu Eboue.. Jadi mungkin dengan tawaran AC Milan ini mampu untuk menarik perhatian Wenger.. Bagi Atikah.. Atikah lebih sanggup untuk melihat Fabregas keluar dari Arsenal dari Flamini..

Adanya Flamini nanti.. Kita tidak perlu lagi risau dengan masalah pemain tengah kita.. Dan x perlu juga risau yang Fabregas akan ke Barcelona atau Real Madrid nanti.. Jadi Atikah amat merayu kepada Wenger untuk menerima tawaran ini jika secara rasminya mereka AC Milan mengemukakan tawaran ini..

Flamini sudah tahu segala-galanya tentang permainan Arsenal.. Dan tahu keadaan cuaca di England.. Dan mempunyai hubungan yang amat baik dengan pemain-pemain Arsenal, Wenger dan peminat Arsenal sendiri..

Impak kehadiran Flamini akan amat dirasai jika kembalinya Flamini nanti.. Berbanding Melo yang masih belum mampu untuk kita ketahui apakah impak yang akan diberikannya nanti.. Kesemua fan Arsenal pastinya mengharapkan kehadiran Flamini di Emirates Stadium kembali..

“Arsenal are in my heart and they will be in my heart forever. I will always be an Arsenal fan and leaving was not easy. I miss my team-mates. I’m very happy at Milan but after four years at Arsenal we had very strong partnerships and it’s normal to miss your team-mates. Thankfully I’m still in contact with them all because they’re still very important to me.”

Itulah kata-kata Flamini selepas 6 bulan dia menjadi pemain AC Milan.. Bagi Atikah kita langsung tidak mempunyai kerugian dengan kehadiran Flamini berbanding mengekalkan Adebayor..

Gaji Flamini di AC Milan sekarang ini lebih kurang 55 ribu pound seminggu.. Berbanding Abdebayor yang mempunyai gaji sebanyak 80 ribu pound seminggu.. Flamini pula memang terkenal dengan komitmennya semasa beraksi bersama Arsenal..

Berbanding Adebayor yang menyalahkan peminat atas kemerosotan prestasinya.. Tidak berbaloi untuk membayar Adebayor dengan nilai sebegitu jika aksinya cukup menghambarkan dan x bermain sepenuh hatinya untuk Arsenal berbanding Flamini..

Kalau nak cakapkan pasal impak kehadiran Flamini ke Arsenal.. Memang sampai tahun depan pun x habis Atikah cerita.. Jadi Atikah rasa biar anda pula yang menyambung artikel ini bagi pihak seluruh fan Arsenal di Malaysia dan seluruh dunia..

Jadi postkan komen anda.. Atikah amat menharapkannya.. Kerjasama anda semua amat Atikah hargai.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil