06 July 2009

Kejutan!!

Captain Arshavin membuatkan Atikah terkejut apabila disahkan menjadi naib johan pemain terbaik tahunan Arsenal untuk tahun 2009.. Atikah mendapat berita ini sebelum Atikah berangkat ke Panama..

Arshavin menerima undian sebanyak 19.4% untuk membenarkannya menjadi naib juara pemain terbaik tahunan Arsenal walaupun hanya beraksi selama hampir 6 bulan.. Ianya jelas lari dari target Atikah yang merasakan Van Persie dan Samir Nasri akan bersaing untuk berada di tempat pertama dan kedua disamping Almunia di tempat ketiga..

Memang mengejutkan.. Tapi Atikah rasa Arshavin berhak untuk mendapatkannya.. Atikah harap tahun hadapan Arshavin menang pemain terbaik tahunan Arsenal pulak.. Dalam berita lain pulak.. Barcelona ada hati nak dapatkan Arshavin selepas kehilangan Ribery..

Tapi Atikah x nak percaya sangat.. Kalau nak Arshavin marilah bayar 25 juta euro + Yaya Toure.. Amacam.. Barulah berbaloi.. Tapi Atikah langsung x percaya rumours tersebut.. Sebabnya memang dah menjadi kelaziman pemain terbaik Arsenal dikaitkan dengan Barcelona..

Namun akhirnya yang menjadi penentu ialah kesetiaan pemain tersebut untuk terus stay atau mencari cabaran baru di liga yang baru.. Tapi Atikah yakin 200% yang Arshavin amat menyayangi Arsenal lebih dari sayangkan Barcelona..

Namun teka teki siapakah yang menjadi pemain terbaik tahunan Arsenal untuk tahun 2009 masih belum diketahui.. Namun pilihan utamanya ialah Robin Van Persie yang menamatkan musim paling cemerlangnya bersama Arsenal musim lepas..

Van Persie menjaringkan 20 gol dalam 44 penampilannya bersama Arsenal musim lepas dalam kesemua kejohanan.. Menjadi penjaring terbanyak Arsenal musim lepas.. Dan melalui musim terbaiknya bersama Arsenal dalam tempoh 5 tahunnya di Arsenal..

Saat yang tidak boleh dilupakan ialah hero di Stamford Bridge.. Van Persie meledak 2 gol untuk membantu kemenangan tipis ke atas jiran kita iaitu Chelsea.. Itulah permainan terbaik di antara yang terbaik yang ditujukkan Van Persie..

Atau adakah pemain yang dibeli pada musim panas yang lalu iaitu pemain yang sering dikaitkan dengan Zidane iaitu Samir Nasri akan memenangi anugerah ini?? Dalam 44 penampilannya Nasri sudah pun menjaringkan 7 gol..

Nasri sering beraksi sebagai pemain sayap kiri sebelum kehadiran Arshavin.. Sejak kehadiran Arshavin dan kembalinya semula Walcott dari kecederaan.. Nasri sering bergandingan bersama Fabregas di jentera tengah Arsenal..

Aksi terbaik Nasri sudah semestinya dalam aksi heronya di Emirates.. Merobek 2 kali gawang MU untuk memberikan kejayaan manis Arsenal menumpaskan MU 2-1.. Dan sememangnya Nasri merupakan wira Arsenal pada perlawanan itu..

Atau adakah Fabregas mempertahankan kemenangannya tahun lepas?? Namun jika kita bandingkan prestasi Fabregas musim 2008/2009 dengan musim 2007/2008.. Jelas Fabregas lebih sukses pada musim 2007/2008..

3 gol dalam 33 perlawanan.. Sudah semestinya cukup buruk berbanding musim 2007/2008 dengan 13 gol dalam 45 perlawanan.. Namun segalanya tidak mustahil.. Jadi marilah kita tunggu keputusannya.. Adios!!

2 comments:

  1. si bedebah tunjang tu dpt tmpat ke brp?

    ReplyDelete
  2. sape si bedebah tunjang tu?? ketiga almunia.. kedua arshavin.. juara x tau lagi

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan