Hleb menyesal!!

Atikah tiba-tiba diberitahu spy Atikah yang Hleb ada menelefonnya dan memberitahu satu perkara yang membuatkan Atikah tergelak dan mengatakan yang ianya sudah terlambat.. Nak tahu apa?? Okey Atikah beritahu..

Sekarang ini Hleb semakin hampir akan mengikut Eto'o ke San Siro untuk menyertai Inter Milan.. Dan di saat itu.. Hleb berjumpa dengan spy Atikah dan mendedahkan penyesalannya meninggalkan Arsenal..

"Apabila anda selalu duduk di bangku simpanan.. Memenangi trofi hanya memberikan sedikit kegembiraan.. Apabila berada bersama Arsenal menjadi 8 pasukan terakhir di Champions League.. Ianya sukar untuk dilupakan"..

"Saya menyesal kerana meninggalkan North London.. Tapi tiada apa yang boleh dilakukan sekarang ini.. Bagi saya.. Wenger bagaikan seorang ayah.. Saya menganggapnya sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia"..

"Wenger merupakan seorang pengurus yang sanggup mati di atas padang.. Arsene mengilap sebuah pasukan yang hebat.. Saya langsung tiada keraguan yang jika Arsenal mempunyai dana seperti Barcelona.. Arsenal akan menjadi 3 pasukan terbaik dalam dunia ini"..

Semuanya sudah terlambat Hleb.. Bila kau tahu yang kau sering dipinggirkan.. Barulah kau nak kata yang kau menyesal tinggalkan Arsenal.. Itulah berlagak hebat sangat.. Kau cukup bertuah Arsenal beli kau dulu..

Kalau x kau x akan pernah menjadi salah seorang pemain tengah terbaik dunia.. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua Hleb.. Lain kali fikir dahulu sebelum bertindak.. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..

Gilberto silva sendiri pernah beritahu kepada Hleb.. Yang dia akan menyesal meninggalkan Arsenal.. Tapi Hleb tidak mahu mendengarnya.. Tapi bagi Atikah penyesalan si Hleb ini sudah cukup terlambat di saat segelintir fan Arsenal mula membencinya..

Henry sendiri tidak sanggup meninggalkan Arsenal.. Namun kerana umurnya semakin meningkat.. Dia membuat keputusan untuk menyertai Barcelona semata-mata untuk memenangi Champions League..

Dan apa yang lebih penting yang Henry mengatakan yang jika dia kembali ke EPL.. Dia hanya akan mewakili Arsenal.. Henry katakannya semasa dia dikaitkan akan berhijrah ke Man. City.. Bukan itu sahaja..

Henry juga menjadi punca utama Arsenal mendapatkan Nasri.. Dan perkara ini diakui Nasri sendiri yang mengatakan Henrylah antara salah satu sebab dia datang ke Arsenal.. Okeylah sampai di sini sahaja artikel Atikah.. Nanti sampai esok x habis Atikah tulis.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil