Felipe Melo ke Juventus??

Okey Atikah baru saja menerima berita tergempar apabila pemain sasaran utama Wenger untuk mengemudi bahagian tengah Arsenal bersama Fabregas iaitu Felipe Melo telah ke Juventus dengan nilai perpindahan sebanyak 21 juta euro dan Marchionni..

Baru 24 jam Melo disahkan menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Fiorentina yang akan menyaksikannya kekal di Fiorentina sehingga 2013.. Namun Melo masih boleh dijual dengan nilai 25 juta euro..

Memandangkan Juventus mampu membayar nilai tersebut berbanding Arsenal yang bersedia membayar 15 juta euro dan mungkin bersama Senderos.. Ianya sudah semestinya memberikan tamparan yang hebat kepada fan Arsenal..

Dan ianya jelas membuatkan fan Arsenal kecewa jika benar perpindahan ini berlaku.. Namun sejauh mana kebenarannya masih belum dapat Atikah pastikan.. Tapi Atikah rasa tidak perlulah kita tahu memandangkan lebih baik kita tumpukan perhatian untuk mendapatkan Lorik Cana.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil