Chamakh x akan ke Arsenal??

Pengerusi Bordeaux hampir-hampir membuatkan Atikah sakit jantung apabila dia menafikan yang Wenger sedang bersiap - sedia untuk mendapatkan Chamakh.. "Wenger tidak menelefon kami untuk memberitahu yang dia mahukan Chamakh"..

"Siapa yang membuat cerita Chamakh akan ke Arsenal?? Media.. Ia hanya cerita tanpa bukti".. Tapi Atikah menganggap apa yang dikatakan pengerusi Bordeaux itu hanya untuk memberikan Arsenal dan Bordeaux untuk membuat perjanjian secara senyap..

Sebanya cuba kita ingat apa yang pernah Atikah tuliskan.. Chamakh sendiri sudah tidak sabar-sabar untuk meninggalkan Bordeaux untuk menyertai Arsenal.. Cara pertamanya ialah menolak lanjutan kontraknya..

Kontraknya hanya berbaki setahun.. Jadi Bordeaux tiada pilihan lain selain dari menjual Chamakh berbanding mereka menanggung kerugian apabila kontark Chamakh tamat tahun hadapan..

Tapi Atikah yakin Ivan Gazidis dan Arsene Wenger mampu untuk membawa Chamakh ke North London.. Selewat-lewatnya pada hari terakhir pindu perpindahan di buka.. Seperti Wenger dapatkan Nasri dan Arshavin dulu.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil