Cerita tentang Almunia & Senderos

Almunia yang di temui Atikah di padang latihan Arsenal telah memberitahu kepada Atikah yang dia telah bersedia untuk menerima panggilan dari skuad England.. Pada hari sabtu ini Almunia telah berada di England selama 5 tahun dan boleh menjadi warganegara England..

Tambahan pula Almunia berkahwin dengan wanita Inggeris.. Jadi peluang Almunia untuk menjadi warganegara England amat cerah.. Almunia juga menambah yang dia amat gembira untuk mewakili England seperti mana pemain England mewakili England..

Seperti yang kita tahu.. Almunia berdepan kesukaran untuk merebut tempat dalam skuad Sepanyol apabila Casillas dan Riena terlalu sukar untuk di cabar berbanding di dalam skuad England yang sering mempunyai masalah goalkeeper..

Sementara penjaga gol harapan England iaitu David James semakin berusia 40 tahun dan kehebatannya juga boleh diragui.. Jadi sudah semestinya Almunia menjadi pilihan utama untuk mengambil tempat James..

Jadi Atikah rasa Capello akan membuat keputusan yang bagus memanggil Almunia pada Piala Dunia 2010 nanti.. Dan percayalah Almunia x akan mengecewakan Capello mahupun fan England sama sekali.. Dan prestasi Almunia juga amat konsisten berbanding Robinson..

Jadi selamat berjaya kepada Almunia jika dipanggil menyertai skuad England nanti.. Atikah yakin Almunia mampu lakukan.. Dan tunjukkan kepada skuad Sepanyol yang mereka membuat keputusan yang silap meminggirkan kamu..

Senderos akan berhijrah ke Sunderland dengan nilai perpindahan sebanyak 5 juta euro?? Itulah yang dikatakan spy Atikah.. Sunderland dilaporkan menjadi pilihan utama untuk mendapatkan tanda tangan Senderos..

Jadi penantian fan Arsenal untuk melihat Senderos meninggalkan Arsenal semakin hampir.. Bila pula mada Adebayor akan tinggalkan Arsenal.. Emm.. Mari kita tunggu dan lihat.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil