Arsenal belasah SC Columbia!!

Arsenal membelasah pasukan Amateur Austria.. Iaitu Sc Columbia dengan jaringan 7-1.. Bendtner, Aaron Ramsey dan Van Persie masing-masing menjaringkan 2 gol.. Sementara Gallas manjaringkan 1 gol.. Berikut ialah kesebelasan utama pasukan Arsenal..

ALMUNIA
EBOUE-----SILVESTRE-----VERMAELEN-----DJOUROU
WILSHERE-----DENILSON-----DIABY------AARON RAMSEY
ARSHAVIN
BENDTNER

Namun SC Columbia menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-35 selepas Almunia yang berlengah-lengah untuk mengeluarkan bola yang hanya 6 meter dari pintu gol dan Patrick Lenher bijak mencuri bola untuk memberika pendahuluan kepada SC Columbia..

Bendtner menjaringkan gol penyamaan seminit selepas itu apabila Diaby memberikan bola kepadanya dari jarak 2 meter dari pintu gol.. Dan tiada sebab untuk Bendtner tidak menjaringkan gol tersebut..

3 minit selepas itu.. Ramsey menjaringkan gol kedua Arsenal selepas rembatan dari jarak 20 meter Ramsey tepat menuju ke gawang SC Columbia dan penjaga gol mereka gagl untuk menepis bole tersebut..

Pada minit ke-44.. Gerakan satu dua Bendtner dan Ramsey membuahkan hasil.. Bendtner kemudiannya memperdayakan penjaga gol SC Columbia sebelum menjaringkan gol ketiga Arsenal dari jarak 4 meter..

Pada separuh masa kedua.. Wenger membuat 8 pertukaran.. Traore on for Silvestre.. Sagna on for Djourou.. Gallas on for Vermaelen.. Song on for Wilshere.. Szczesny on for Almunia.. Senderos on for Ramsey.. Toure on for Diaby.. Van Persie on for Bendtner..

Hantaran lintang Traore terkena tangan pemain SC Columbia.. Dan pengadil memberikan penalti kepada Arsenal yang disudahkan dengan tenang oleh Van Persie.. Pada minit ke-70.. Wenger membawa masuk kembali Ramsey dan Wilshere dan mengeluarkan Arshavin dan Eboue..

Hantaran lintang dari Sagna tepat menuju ke kepala Van Persie.. Dan Van Persie dari jarak 5 meter menanduk masuk bola tersebut.. Free kick Van Persie gagal dikeluarkan dari kawasan penalti SC Columbia.. Keadaan kucar-kacir di dalam kotak penalti tersebut digunakan sepenuhnya oleh Gallas untuk meledak dari jarak 6 meter pada minit ke-77..

Corner dari Denilson mencari Ramsey yang meledak dari jarak 12 meter untuk memberikan kemenangan mutlak Arsenal 7-1 SC Columbia.. Adios!!

P/S: Nak tengok gol-gol tersebut.. Klik sini..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil