Andre-Pierre Gignac pilihan Wenger??

Pilihan yang bijak.. Itulah perkara pertama yang Atikah akan katakan jika benarlah Wenger akan membuat tawaran kepada Toulouse untuk Andre-Pierre Gignac untuk menggantikan tempat Adebayor.. Mengapa Atikah kata begitu.. Mudah sahaja..

Pertama umurnya lebih muda daripada Chamakh.. Gignag baru berusia 23 tahun berbanding Chamakh 25 tahun.. Kedua.. Gignac merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 musim 2008/2009 yang lalu..

Rekod gol Gignac juga boleh dibanggakan berbanding Chamakh.. Dalam 65 penampilannya bersama Toulouse.. Sudah 36 gol dijaringkan Gignac.. Rekod Chamakh pula dalam 192 penampilannya bersama Bordeaux.. Baru 46 gol dijaringkannya..

Untuk mengukuhkan lagi khabar angin ini.. Gignac merupakan pemain Perancis.. Seperti yang kita tahu.. Wenger memang suka beli pemain Perancis.. Namun cuma satu sahaja masalahnya.. Iaitu Toulouse hanya akan melepaskan Gignac dengan nilai 18 juta pound..

Atikah akui kita mendapat 25 juta pound hasil penjualan Adebayor.. Tapi mahukah Wenger memecahkan rekod perpindahan kelab?? Tapi bagi Atikah.. Jika Wenger memilih Gignac daripada Chamakh..

Ianya merupakan keputusan yang paling bijak.. Bukannya Atikah x sukakan Chamakh.. Tapi dari segi usia yang memang amat dititik beratkan oleh Wenger.. Gignac merupakan calon yang sesuai untuk mengantikan Adebayor..

Di antara Chamakh, Gignac dan Huntelaar.. Siapa agaknya pilihan Wenger.. Walau siapa pun pilihan Wenger.. Sudah semestinya dialah yang terbaik untuk Arsenal.. Kerana Wenger tahu apa yang terbaik untuk Arsenal.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil