Akhirnya..

Cukup lama fan Arsenal mahu mendengar berita baik ini.. Iaitu Robin Van Persie menandatangani kontrak baru.. Namun penantian yang penuh mendebarkan dan menyeksakan ini akhirnya diakhiri dengan peristiwa yang cukup manis..

Secara bangga, gembira dan rasminya Atikah dan Arsenal mengesahkan yang Van Persie telah menandatangani kontrak lanjutan atau pun kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.. Spy Atikah melaporkan perjanjian tersebut menyaksikan Van Persie kekal sehingga 2015 dan memperoleh gaji mingguan sebanyak 80 ribu pound seminggu..

Arsene Wenger berkata: "Ia merupakan berita yang gembira bahawa Van Persie kommited dengan masa hadapannya bersama Arsenal.. Kami semua bangga.. Robin merupakan pemain yang berbakat besar dan mempunyai bakat untuk menjaringkan gol di peringkat tertinggi"..

"Kita sudah lihat beberapa kali apa yang mampu dilakukan Robin.. Tapi dia baru berusia 25 tahun.. Dan masih banyak lagi yang boleh dia tunjukkan.. Robin mempunyai potensi untuk menjadi a true Arsenal great"..

Van Persie pula berkata: Saya sungguh gembira untuk menandatangani kontrak jangka masa panjang.. Saya sudah bersama pasukan selama 5 tahun.. Ia merupakan suasana yang cukup baik di Arsenal.. Kami mempunyai pengurus terbaik.. Skuad yang dipenuhi bakat-bakat muda.. Stadium bertaraf dunia.. Dan mempunyai peminat yang cukup bagus.. Arsenal mempunyai masa depan yang cerah dan saya mahu menjadi sebahagian darinya"..

"Hati saya berada di Arsenal.. Dan saya tidak boleh bayangkan diri saya menyarung jersi pasukan lain.. Saya tidak boleh bayangkannya sekarang kerana saya terlalu sayangkan Arsenal.. Jika anda lihat sejak 5 musim yang lepas.. Lihat langkah yang saya buat setiap musim.. Jika anda lihat kepada sokongan dari boss dan seluruh kelab berikan kepada saya.. Apa yang peminat berikan.. Apa yang rakan sepasukan saya berikan.. Ianya merupakan keputusan yang tepat"..

Atikah berharap Van Persie terus menjadi yang terhebat untuk memastikan Arsenal memenangi sesuatu musim hadapan.. Atikah sebagai peminat Arsenal dan juga mengkagumi Van Persie memang bangga dengan kommitmen anda..

Atikah rasa Van Persie akan menjadi lagenda Arsenal suatu hari nanti dan juga merupakan penganti yang cukup sesuai untuk menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan Henry.. Kerana bagi Atikah Adebayor tidak layak menggantikan Henry berbanding Van Persie..

Terima kasih sekali lagi Atikah ucapkan kerana kommitmen anda terhadap Arsenal memang tidak dapat disangkal berbanding kommitmen Fabregas.. Atikah sudah tahu yang Van Persie tidak akan tinggalkan Arsenal sama sekali kerana Arsenal pasukan yang paling sesuai untuknya bergelar pemain terbaik dunia suatu hari nanti.. Seperti yang Van Persie impikan.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil