Adebayor pergi siapa pengantinya??

Mari kita ikuti sesi temu ramah spy Atikah dengan Mark Hughes tentang kesudiaan mereka untuk membeli Adebayor dengan harga sekitar 20 - 25 juta pound..

Spy: Mark, benarkah sekarang ini anda sedang dalam urusan untuk membeli Adebayor??

Hughes: Saya rasa ada perbincangan di antara kami dengan Arsenal.. Tapi seperti reaksi saya kepada pemain yang masih belum sah kami tandatangani.. Sebenarnya ini bukanlah masa dan tempat yang sesuai untuk berbincang mengenainya.. Tapi apa yang saya boleh katakan ialah, ya kami ada berhubung.. Masih ada perjanjian yang perlu kami siapkan.. Sebelum ianya betul-betul sah.. Kami tidak akan kata apa-apa.. Sememengnya ini bukanlah masa dan waktu yang sesuai..

Mark Hughes sememangnya merupakan peminat kepada Adebayor.. "Adebayor adalah seorang penyerang yang cukup hebat!! Apabila menentang Arsenal, bahagian pertahanan saya cukup risau dengan kehadiran beliau di kotak penalti kerana beliau cukup pantas dan tangkas 'mencuri' peluang!!" Itulah kata-kata Hughes apabila bertanya tentang Adebayor dahulu..

Tapi menurut spy Atikah.. Adebayor sekarang ini telah pun ke Manchester City untuk mempersiapkan permit kerjanya bersama melakukan medical test.. Sementara Manchester City pula sedang berurusan bersama Arsenal untuk membawa Adebayor ke Eastland dengan nilai perpindahan sebanyak 25 juta pound..

Marouane Chamakh merupakan calon penganti utama untuk menggantikan Adebayor.. Wenger dikatakan bersiap-sedia untuk membuat tawaran sebanyak 8 juta euro daripada 25 juta pound (23 juta euro) yang bakal diterimanya hasil penjualan Adebayor..

Tottenham, Sunderland dan Fulham kesemuanya mahu mencabar Arsenal untuk mendapatkan tanda tangan Chamakh.. Namun Bordeaux jelas hanya mahu melepaskan Chamakh kepada kelab yang bersaing dalam Champions League..

Klaas Jan Huntelaar pula merupakan alternitif lain jika Arsenal gagal untuk mencapai kata persetujuaan dengan Bordeaux.. Namun nilai Huntelaar sudah semestinya sekita 15 juta euro.. Dan ini memungkinkan Wenger berfikir dua kali untuk mendapatkan Huntelaar..

Seperti yang kita ketahui.. Van Persie dan Huntelaar merupakan gandingan mantap jentera serang Belanda.. Jadi sudah semestinya Huntelaar dan Van Persie akan selesa bergandingan bersama.. Jadi kita boleh anggap ini merupakan satu kelebihan membeli Huntelaar..

Diantara Huntelaar dan Chamakh.. Siapakah pilihan anda?? Jika dari segi harga.. Sudah semestinya Chamakh lagi murah berbanding Huntelaar.. Jika dari segi kehebatan.. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.. Dari segi gandingan serasi dengan Van Persie.. Sudah semestinya Huntelaar.. Namun mungkin juga Chamakh mampu membentuk gandingan mantap dengan Van Persie..

Atikah akan suruh anda semua mengundi perkara ini di Undian Anda.. Jangan lupa untuk undi.. Adios!!

Comments

  1. atikah pun sama afham.. ikutkan hati dua2 nie atikah nk bawak mai arsenal.. sbb dua2 nie ade kelebihan dan kekurangan msg2..

    ReplyDelete
  2. wa cuma nak huntelaar je..kalo wenger sanggup..

    posisi DM apa cerita?x de pembelian berbaloi ke?

    ReplyDelete
  3. posisi dm?? ntahlah.. x de cite pulak.. melo dah terlepas.. mungkin lorik cana kut..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil