Aaron Ramsey sain kontrak baru!!

Arsenal FC secara rasminya telah mendedahkan Aaron Ramsey baru sahaja manandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.. Kandungan kontrak tersebut masih cuba disiasat spy Atikah..

Nanti apabila spy Atikah berjaya mendapat tahu butiran terperinci kontrak tersebut akan Atikah bagi tau.. Ramsey telah membuat 22 penampilan bersama Arsenal sepanjang musim 2008/2009..

Menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal semasa kemenangan besar ke atas Fenerbahce 5-2.. Ramsey menjaringkan gol pada minit ke-90 permainan dan merupakan gol terakhir perlawanan..

Ramsey masuk mengantikan Abou Diaby pada minit ke-73.. Melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Fenerbahce.. Arsenal mendapatkan Ramsey dari Cardiff City dengan nilai perpindahan dilaporkan sebanyak 5 juta euro..

Lebih manis Arsenal menewaskan MU untuk mendapatkan tanda tangan Ramsey.. Untuk pengetahuan anda semua.. Ramsey sebenarnya merupakan seorang peminat MU.. Atikah secara sukarelanya menghubungi Wenger untuk komen tentang perkara ini..

Atikah: Apa perasaan Wenger apabila Ramsey menandatangani kontrak jangka masa panjang??

Wenger: Kami amat gembira apabila Aaron telah menandatangani kontrak baru jangka masa panjang.. Dia menunjukkan aksi yang bagus sepanjang musim pertamanya bersama Arsenal.. Dan dia menunjukkan yang dia merupakan pemain yang bijak dan mempunyai kualiti yang bagus.. Dia baru berusia 18 tahun.. Dan kami mahu melihat dia meneruskan development bersama kami dalam masa beberapa tahun lagi..

Bagi Atikah.. Aaron Ramsey mempunyai skill yang hampir sama seperti Fabregas.. Dan Atikah rasa jika Fabregas meninggalkan Arsenal.. Aaron Ramsey merupakan pilihan yang tepat untuk mengantikan Fabregas..

Atikah sering mengandingkan Fabregas dan Ramsey di bahagian tengah Arsenal jika Atikah bermain PS2.. Ternyata gandingan mereka amat bagus.. Dan Atikah teringin nak menyuruh Wenger melakukan perkara yang sama..

Teruskan progress anda bersama Arsenal, Ramsey.. Atikah yakin suatu hari nanti anda akan mendapat tempat dalam kesebelasaan utama Arsenal.. Dan memenangi trofi bersama Arsenal.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil