15 July 2009

7 Million Euro + Mikael Silvestre

Spy Atikah mula mempertingkatkan pengintipannya terhadap Chamakh apabila Wenger dilaporkan telah membida Chamakh 7 juta euro sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengantikan tempat Adebayor..

Namun spy Atikah berkata yang Bordeaux telah menolak tawaran tersebut.. Namun berita baiknya mereka akan menerima tawaran 7 juta euro yang Arsenal tawarkan itu dengan syarat Silvestre akan ke Bordeaux..

Apa lagi yang ditunggu Wenger?? Bordeaux telah memberikan lampu hijau.. Lagi pun syarat mereka tu bukannya susah untuk di tunaikan.. Nasib baik mereka minta Silvestre.. Kalau nakkan Toure lagi susah..

Lagi pun dengan kehadiran Thomas Vermaelen ke skuad Arsenal sudah cukup untuk membuatkan Silvestre berputih mata.. Lagi pun prestasi Silvestre sering turun naik.. X kan lah Wenger nak si Silvestre tu jadi pelengkap pasukan saja??

Ditambah pula dengan kepulangan kembali Senderos ke Arsenal.. Senderos nie belum tentu lagi berhijrah dari Arsenal.. Atikah lebih sanggup tengok Senderos kekal berbanding Silvestre.. Lagi pun kita perlu dapatkan Chamakh untuk mengantikan tempat Adebayor..

Atikah amat berharap yang Wenger akan lepaskan Silvestre untuk membolehkan fan Arsenal bergembira dengan kehadiran Chamakh.. Kalau nak tunggu Wenger bawa Huntelaar.. Ia bagaikan menunggu kucing bertanduk.. Memandangkan harga Huntelaar terlalu mahal..

Jangan nanti Wenger katakan yang Vermaelen merupakan satu-satunya signing musim panas ini.. Sudah semestinya ianya akan mengecewakan jutaan fan setia Arsenal.. Harap-harap ianya x akan berlaku..

Dalam berita lain.. Bekas penyerang Arsenal iaitu John Hartson yang menghidap barah otak dikatakan semakin tenat.. Atikah berharap yang Hartson mampu untuk bertahan.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan