Wenger mahukan Tim Cahill, Micah Richards dan Felipe Melo??

Atikah baru saja nak cadangkan kepada Wenger untuk membawa masuk Tim Cahill ke Emirates Stadium.. Walaupun David Moyes menegaskan dia mahu mengekalkan pemain bintangnya namun mampukah David Moyes menolak tawaran lumayan dari Arsene Wenger??

Namun Cahill telah jelas mangatakan dia mahu kekal bersama Everton.. Namun jika Wenger berjaya menyakinkan Cahill ianya satu perlaburan yang cukup berbaloi.. Atikah cukup kagum dengan aksinya musim ini..

Handal di dalam pertarungan merebut bola diudara.. Bagi Atikah kehadiran Tim Cahill di bahagian tengah Arsenal sudah semestinya menyeronokkan.. Tapi mampukah Wenger menyakinkan David Moyes untuk melepaskan Cahill??

Mampukah Wenger menghasut Cahill untuk menerima tawaran Arsenal?? Entahlah.. Tapi Atikah ucapkan selamat berjaya dalam proses membawa Cahill ke Emirates Stadium.. Tapi Atikah akan menjadi orang pertama gembira jika Cahill hadir ke Arsenal..

Pemain pertahanan muda Manchester City ini yang pernah dikaitkan dengan Arsenal pada musim sejuk yang lalu.. Kini Arsenal bersama Liverpool sedang bersaing untuk mendapatkan khidmat Richards..

Harga sebayak 5 juta mungkin mampu menyakinkan Hughes untuk melepaskan Richards memandangkan mereka sedang fokus untuk mendapatkan pemain pertahanan Portsmouth Glen Johnson..

Kehadiran Richards ke dalam kem Arsenal amat dialukan Atikah.. Masih muda dan cukup berbakat.. Jadi apa tunggu lagi Wenger.. Dapatkan Richards!! Atikah menyokong Wenger untuk mendapatkan Richards..

Wenger bakal membuat tawaran sebanyak 15 juta keatas pemain pertahanan Brazil dan Fiorentina berusia 25 tahun ini.. Felipo Melo yang telah lama menarik perhatian Wenger pada 3 tahun lalu..

Wenger juga pernah cuba mendapatkan khidmatnya musim sejuk yang lalu namun Fiorentina enggan melepaskannya.. Spy Atikah berkata Inter Milan juga mahukan Melo namun Melo lebih tertarik untuk ke Emirates Stadium..

Spy Atikah telah mengesahkan yang perjanjian Thomas Vermaelen telah pun selesai dengan yuran perpindahan sebanyak 10 juta.. Namun pihak Premier League masih belum mengesahkannya..

Jadi jika benar apa yang dikatakan spy Atikah ini.. Thomas Vermaelen merupakan pemain pertama yang di bawa masuk musim panas ini.. Jadi x sabar nak tunggu pengumuman rasmi Wenger dan pihak Arsenal mengenai berita gembira ini.. Adios..

Comments

  1. Atikah... Melo is not a defender, he is DM... Thanks

    ReplyDelete
  2. ye ke taik lalat.. heheh.. misunderstanding punya keslah nie..

    ReplyDelete
  3. defend jugak tp kat atas arr, kire ikah tergolong dlm dosa2 kecil la..ha hah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil