13 June 2009

Walcott main striker & Transfer Rumours!!

Theo Walcott yang Atikah terserempak semasa dalam perjalanan ke padang latihan Arsenal telah memberitahu Atikah satu berita eksuklusif.. Nak tahu apa?? Relax.. Sebenarnya Wenger telah berjanji dengan Walcott untuk memberikan peluang kepadanya menjadi striker..

Mungkin ada yang x tahu.. Sebenarnya posisi utama Walcott ialah striker bukannya pemain sayap.. Jadi Walcott yang merayu ke Wenger untuk memberikannya peluang beraksi sebagai striker berjaya menyakinkan Wenger..

Walcott berjanji yang disaksikan girlfriendnya dan Atikah berkata yang dia akan membuktikan kemampuaannya sebagai seorang striker dalam masa beberapa tahun ini.. Jadi Atikah ucapkan selamat berjaya buat Walcott..

Atikah yakin dia mampu menjadi penyerang yang lincah dan sering mengucar kacirkan pertahanan lawan.. Dan mungkin juga Walcott bakal menjadi penyerang terhebat Arsenal seperti TH 14 iaitu Theirry Henry..

Ianya tidak mustahil bukan?? So apa kata kita sama-sama nantikan kemunculan Walcott sebagai penyerang Arsenal musim hadapan.. Bergandingan bersama Van Persie di samping shadow strikernya ialah Arshavin.. Gerenti hebat jentera serangan Arsenal..

Siapa yang nak tengok Miguel Veloso beraksi bersama Arsenal?? Lupakan saja.. Kerana spy Atikah berkata yang Veloso semakin hampir ke Bolton dengan perpindahan sebanyak 10.2 juta.. Jadi jika Wenger nakkan si Veloso nie baik anda semua nasihatkan Wenger untuk bid Veloso sekarang..

Atikah x nak cakap dekat Wenger sebab nanti Wenger x peduli.. Jadi marilah kita ramai-ramai buat banner dan perbarisan untuk membawa Veloso ke Emirates Stadium.. Itu pun kalau anda semua naklah.. Atikah dah try tapi x berjaya yakinkan Wengerlah..

Pemain FC Zurich berusia 15 tahun iaitu Martin Angha akan menyertai Arsenal pada January 2010.. Angha yang menyokong pasukan Arsenal berkata yang dia tidak mahu mewakili mana-mana pasukan di liga Switzerland selain FC Zurich..

Tapi jika dia mampu menyertai pasukan kesayangannya iaitu Arsenal.. Dia bersedia untuk datang ke Emirates Stadium.. Perjanjian tersebut telah pun dilaksanakan mengikut spy Atikah di Switzerland..

Itulah transfer rumours yang berjaya Atikah dan spy Atikah hidu.. Kalau ada anda dengar new transfer rumours jangan segan-segan kongsi bersama Atikah dan Zend.. Adios..

2 comments:

  1. in atikah we trust!!!!

    ReplyDelete
  2. perrrhh kesalllllaaaahhh veloso!!

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan