Van Persie kommited bersama Arsenal!!

Van Persie yang dikatakan akan menyertai MU telah menyangkal dakwaan tersebut.. Spy Atikah turut menyertai sidang akhbar khas Van Persie untuk menyangkal dakwaan yang dia bakal meninggalkan Emirates Stadium..

"Saya tidak berurusan dengan mana-mana kelab tentang kontrak.. Cuma Arsenal sahaja.. Saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia.. Karier saya hanya akan bagus jika saya katakan ianya bagus"..

"Saya nampak potensi di sini.. Kami harus lakukannya.. Hanya satu fakta yang membuatkan saya kecewa sepanjang 5 musim di Arsenal.. Iaitu saya tidak memenangi banyak trofi seperti mana saya lakukan di Feyenoord.. Kami hanya menang satu.. Ianya tidak cukup"..

"Apabila saya sampai di sini.. Arsenal memenangi trofi untuk gembira.. Tapi jika kami semua cergas.. Kami akan mempunyai pasukan yang kuat dan mampu untuk menang semua trofi yang dianjurkan"..

Sudah semestinya anda menarik nafas lega apabila mendengar berita ini.. Atikah rasa tidak lama lagi Van Persie akan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.. Tapi bila?? X dapat untuk Atikah pastikan..

Masih ingat bekas pemain Arsenal yang paling di benci Atikah?? Ya betul.. Alexander Hleb si penghasut.. Seperti yang kita tahu alasan Hleb tinggalkan North London adalah disebabkan keadaan dekat sana bising..

Tapi setelah mendapatkan ketenangan di Nou Camp.. Jurulatih Barcelona pula meletakkan namanya di dalam transfer list.. Jadi Hleb terpaksa mencari kelab baru di mana tempatnya cukup sunyi..

Tapi mungkin juga Hleb akan kembali ke England yang cukup bising.. Bukannya kembali ke Arsenal.. Tapi mungkin di antara Aston Villa, Everton dan Manchester City.. Jika Hleb mahukan duit.. Sudah semestinya akan memilih Manchester City..

Tapi jika Hleb lebih memilih untuk menyertai kelab yang beraksi dalam pentas Eropah mungkin di antara Aston Villa atau Everton.. Ataupun pilihan lagi satu mencuba mencari kesunyian di Jerman dengan menyertai Bayern Munich..

Tapi Atikah lebih gembira jika Hleb kembali ke England.. Supaya senang sikit Atikah nak memaki hamun Hleb.. Atau pun membaling pizza ke muka Hleb si pengkhianat.. Apakah respond anda mengenai kemungkinan Hleb kembali ke England.. Adios!!

Comments

  1. hleb
    si pengkhianat yg diratapi pemergiaannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil