Thomas Vermaelen milik Arsenal??

Sebelum itu Atikah mahu melahirkan rasa sedih Atikah kerana seorang lagi pemain yang Atikah minati iaitu Kaka ke Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia.. Ianya lebih baik dari Kaka ke Manchester City atau pun Chelsea.. Tapi Atikah lebih gembira jika Kaka ke Emirates Stadium.. Tapi masalah harga yang menjadi penghalangnya..

Aah.. Lupakan Kaka.. Mari kita fokuskan diri kita ke Thomas Vermaelen.. Seperti yang Atikah cakap sebelum ini.. Spy Atikah telah berjaya menghidu adanya secret deal diantara Arsenal dan Ajax untuk mendapatkan Thomas Vermaelen.. Harganya dilaporkan bernilai 11 juta..

Pada mulanya Atikah tidak mahu mempercayainya 100% sehingga Wenger sendiri memberitahunya.. Tapi setelah Atikah fikir sedalam-dalamnya.. Atikah mempercayainya.. Kerana memandangkan bahagian pertahanan kita agak teruk membuatkan Atikah merasakan rumours ini ada benarnya..

Lagi pun Atikah amat-amat mengalukan kedatangan Thomas Vermaelen.. Tapi lebih bagus jika Brede Hangeland atau pun Gary Cahill yang bersama Arsenal.. Tapi dari tiada lebih baik Thomas Vermaelen memandangkan Ajax tidak mainkan harganya..

Namun cuma ada satu masalah.. Tapi x lah besar memandangkan Tony Adams bukanlah pengurus pasukan Arsenal.. Masalahnya ialah Tony Adams tidak bersetuju dengan perpindahan Thomas Vermaelen ke Arsenal.. Atikah pun x paham sangat kenapa.. Kerana Atikah rasa Vermaelen merupakan pemain yang memiliki sifat yang diperlukan Wenger..

Sebabnya Atikah copy dari apa yang dikatakannya dalam bahasa inggeris bulat-bulat.. “Thomas is a very good player but I don’t think he’s ready for the Arsenal.. “I don’t think the punters at Arsenal would like another small one.. “I have been looking at the Dutch league, but it’s been decimated. It’s a poor league at the moment, there’s one or two players, but they’re leaving too early as well..”

Jadi Atikah rasa Adams cuma memberikan pandangan kepada Wenger.. Namun sesungguhnya Wenger tahu apa yang dilakukannya.. Jadi baik atau buruknya kedatangan Vermaelen ke Arsenal kita perlu tunggu dan lihat terlebih dahulu..

Kita tidak boleh terus membuat kesimpulan kemampuannya semasa bersama Ajax.. Ianya cukup berbeza.. So apa kata kita nantikan pengesahan rasmi dari Wenger.. Atikah rasa Vermaelen akan menyarung jersi bernombor 6 yang sebelum ini milik Senderos.. Memandangkan kemungkinan besar Senderos akan kekal di AC Milan..

Sebenarnya nombor yang dipakainya di Ajax ialah 4.. Namun seperti yang kita sedia maklum Fabregas telah menyarung jersi tersebut.. Jadi tiada peluang untuk Vermaelen menyarung jersi bernombor 4 di Emirates melainkan Fabregas keluar dari Arsenal..

Semua penulis blog Arsenal di England percaya yang Thomas Vermaelen kini milik Arsenal 99%.. Jadi 1% lagi hanya perlu menunggu pengesahan dari Wenger, tandatangan kontrak dan ujian kecergasan..

Sebelum Atikah menamatkan artikel ini di Emirates Stadium pada 3 September akan ada England Legends Dinner.. Ianya sudah semestinya menjadi penghormatan terbesar kepada Emirates Stadium yang serba cantik.. Siapa yang nak pergi tumpang sekaki dipersilakan.. Tapi kalau pengawal dekat Emirates Stadium halau padan muka.. Hahah.. Adios..

Comments

  1. Dari pegi Chelsea atau Man City lebih baik dia pegi Real Madrid.

    ReplyDelete
  2. perrghh aku x dpt bygkan kesengsaraan fans milan kat sana, plyr yg mrk kagumi dan sayangi meninggalkan mrk.. kegembiraan mrk menyaksikan kaka menolak lamaran mak siti rupanya hnya smentara, kalu kaka g boca juniors rasanya xdela fan sedih sgt sbb mmg kg dia, ni real yg bangga dgn wang dan pemain bertaraf bintang mrk..pedih pedih.. tp kalu kaka g boca mmg jd riquelme la sape yg nk pndang lg.. xpe lah tgk je la kaka kat real mcna nanti, tp lg hensem kalu kaka g barca xpun river plate..he he..

    ReplyDelete
  3. sukar utk menilai keupayaan thomas vermaelen ni sbb x dpt nk tgk sgt aksinya kat liga belanda.. apapun msti ada keistimewaannya yg memikat hati wenger.. ok kalu betul rumours ni selamat myarung jersey emirates kpd vermaelen.. alamat johan djourou bikin telur masak separuh je la kat bangku simpanan..

    ReplyDelete
  4. sukar utk menilai keupayaan thomas vermaelen ni sbb x dpt nk tgk sgt aksinya kat liga belanda.. apapun msti ada keistimewaannya yg memikat hati wenger.. ok kalu betul rumours ni selamat myarung jersey emirates kpd vermaelen.. alamat johan djourou bikin telur masak separuh je la kat bangku simpanan..

    ReplyDelete
  5. halamak sori guys, terlebi sudaa! biasa ar duk kat bwh gunung ni line x brp nk smpai..tu yg terpost 2x..he he..hrp tony adams bg ruang utk wenger manage sendiri arsenalfc sebaik2nya..

    ReplyDelete
  6. Onars... Aku rasa bukan tujuan Adams nak mempertikaikan keputusan AW, cuma dia berasa terpanggil utk bagi komen sebab dia adalah defender terbaik gunners dan dia tau macam mana nak jadi seorang defender yg bagus. Lagi pun, aku pun setuju gak yg CD utk EPL at least tinggi 6' keatas. Vermaelen baru 5' 11" coz banyak set piece dan corner Arsenal bolos. Tapi aku tetap happy coz season nie AW awal2 dah beli player.

    ReplyDelete
  7. Aku tak berkenan betol la ngan Tony Adams nih. Dia mmg tak sesuai jd manager lah. Kalau jd player mmg bagus. Pastu dia ni skang ckp byk plak. Ckp Vermaelen tak sesuai la, board x backup Wenger la, Celtic nk amik dia jd manager sbb ada kabel member la. Yang lawaknya, Member dia kt Celtic nafikan ape yg dia ckp tu. Ape la masalah Tony Adams ni. Aku bukan benci dia. Aku suka tgk dia main ngan Arsenal dulu. Tp skang dh jd mcm ni plak.

    ReplyDelete
  8. Yap taik lalat aku sebetulnya setuju dgn apa yg ko katakan tu..aku hrp tony sekadar melahirkan pendapatnya..ini menunjukkan bahawasanya tony x akan membeli vermaelen seandainya dia menjadi pengurus the gunners..sememangnya arsenal byk dibolosi dgn gol set piece n corner kick dan jika benar rumours tu harapan aku vermaelen akan jd CD yg mantap utk bid makhluk2 yg tonjang sprti crouch dan fellaini serta makhluk2 yg kuat cam drogba n gerrard juga yg licik cam torres n ronoldo(err..masih wujud ke mamat ni kat EPL?)..x dpt lebih dpt setanding dgn Fabio Canavarro pun dah ckup bagus..kalu kat EPL x tau ar tp kalu dkt Seria A canavarro sorg defender yg bagus pd aku walaupun dia rendah dan sorg kcg lupakan kulit, ha hah..

    ReplyDelete
  9. Arse Nmbr 4, aku wase Tony just bg pendpt mungkin disebabkan dia lagend arsenal dan tersohor suatu ketika dulu dan mslh dia mungkin dia nk jd pengurus arsenal tp wenger masih hensem lg dan perlukan trofi sbg bukti kejayaan polisi yg dipegangnya..cume diharapkan wenger x goyah bila dgr komen tony ni dan x menggugat kedudukannya sbg pengurus the gunners.. in wenger we trust dan sememangnya dia akan lakukan yg terbaik utk gunners setelah 4 musim kemarau..itu yg kita seme hrpkan..

    ReplyDelete
  10. Aku membesar dgn melihat Tony Adams main. Aku juga suka membaca perkembangan ex-gunners yg seangkatan dgn Adams seperti Seaman, Keown, Winterburn dan Dixon. Diorg nie sememangnya legends buat Arsenal. Cuma yg menonjol skrg nie Adams. Tak salah dia nk bagi komen coz dia pun cakap yg dia sendiri tak berapa kenal mamat nie and liga kat sana pun kurang menyerlah terutama kelab2 diorg. Tetapi perlu diingat yg Ajax adalah sebuah kelab yg banyak melahirkan bakat2 muda. So aku rasa dari situ AW yakin yg Vermaelen akan memulakan langkah sebagai pemain yg hebat bersama Arsenal.

    ReplyDelete
  11. ya betul tu bro taik lalat, ajax sememangnya club yg byk melahirkan pemain berbakat, ada iras2 the gunners jgk ar cume mslh mrk liga belanda x dipromosikan sgt dan antara faktor juga knpa ajax bkn mjadi sebuah club yg kaya.mrk juga terlalu budiman dlm soal menjual pemain berbakat mrk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil