Senderos kembali & Perjanjian Vermaelen semakin hampir!!

Philippe Senderos akan kembali ke pangkuan Arsenal selepas AC Milan tidak mahu mengekalkannya.. Kerana harga yang perlu di bayar AC Milan untuk mendapatkan Senderos secara kekal ialah sebanyak 6.3 juta..

Senderos yang Atikah telefon sebentar tadi telah pun menyuarakan keazamannya untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal musim hadapan.. Mungkin ada segelintir fan Arsenal resah mendengar kepulangannya..

Tapi apa salahnya kalau kita beri peluang kepadanya untuk membuktikan kehebatan sebenarnya.. Atikah harap Senderos akan menjadi seorang pemain pertahanan yang cukup hebat pada musim hadapan..

Thomas Vermaelen yang kini sedang bercuti di Mauritius semakin hampir ke Emirates Stadium dengan yuran perpindahan sebanyak 11 juta.. Vermaelen yang hampir menandatangani perjanjian bersama Arsenal tetapi ejennya mahukan perjanjian yang lebih bagus..

Tawaran pertama yang terkandung dalam kontrak itu x dapat Atikah pastikan.. Namun Arsenal hanya menawarkan kontrak selama 4 tahun.. Apa yang tidak memuaskan hati ejen Vermaelen itu pun Atikah x tahu..

Tapi Atikah harap perjanjian Vermaelen pantas diselesaikan.. Kerana fan Arsenal x sabar menunggu new signing musim panas ini.. Janganlah sehingga tarikh akhir musim perpindahan baru dapat player.. X bestlah..

Pemain pertahanan PSG berusia 19 tahun ini masih berteka - teki.. Ejennya mengesahkan yang dia telah menerima tawaran dari Arsenal.. Namun hanya salah satu dari 2 kelab yang mahu mendapatkan Sakho yang akan mendapatkannya.. Iaitu di antara Arsenal dan Bayern Munich.. Ejennya berkata Arsenal menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mendapatkan Sakho..

Edin Dzeko semakin menghampiri ke San Siro.. AC Milan telah pun membuat tawaran sebanyak 20 juta untuk mendapatkan Dzeko.. Namun VFL Wolfsburg mahukan 30 juta untuk melepaskan Edin Dzeko..

Tapi mengikut spy Atikah yang mendengar cerita dari sumber terdekat Dzeko, Edin Dzeko telah pun menandatangani pra kontrak bersama AC Milan.. Sejauh mana kebenarannya x dapat Atikah pastikan..

Tapi yang jelas kita langsung tiada peluang untuk mendapatkan Dzeko.. Jadi apa tunggu lagi.. Marilah kita dapatkan tandatangan Klaas Jan Huntelaar tu.. Amacam Wenger?? X kan nak biarkan Huntelaar terlepas jugak??

Sampai sini saja berita yang berjaya Atikah dapat.. Jika ada berita yang panas-panas lagi Atikah akan postkan.. Adios.. Go Gunners!!! Next Season We Win Everything!! The Invencible Come Back!!

Comments

  1. Memang resah ni Senderos nak balik...mamat tu berat punggung la...

    ReplyDelete
  2. hari demi hari rumours berkaitan vermalaen semakin kuat..harap2 jadi kenyataan la..asik buat wa ternanti-nanti je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil