29 June 2009

Manuel Almunia tempat ketiga Player of The Season!!

Atikah dan spy Atikah kini berada di North London untuk mendengar keputusan rasmi pemain terbaik tahunan Arsenal untuk musim 2008/2009 ini.. Namun siapakah pilihan peminat Arsenal untuk memenangi anugerah tersebut masih belum di umumkan..

Namun Almunia muncul sebagai pemain terbaik tahunan Arsenal di tempat ketiga.. Almunia menerima undian sebanyak 10.4%.. Tahniah Atikah ucapkan kepada Almunia.. Dan dia berhak untuk menerima pengiktirafan sebegini hasil usaha cemerlangnya di gawang Arsenal..

Pada 14 Mac 2009.. Episode hitam tackle Eduardo sehingga melihatnya patah kaki bagaikan berulang kembali.. Tapi bukan kepada Eduardo tetapi kepada Almunia yang ditackle Al- Hadji Diouf..

Ramai peminat Arsenal bergembira kerana pada perlawanan itu Arshavin menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal.. Namun tackle Diouf terhadap Almunia membuatkan segelintir fan Arsenal risau..

Kerana jelas tackle tersebut mampu mematahkan kaki Almunia.. Dan sejak itu fan Arsenal terpaksa menaruh kepercayaan kepada Fabianski mengawal gawang Arsenal selepas Almunia sering mengalami kecederaan buku lali.. Hasil daripada tackle tersebut..

Bukan sahaja fan Arsenal membenci atau memarahi Diouf.. Tidak ketinggalan juga Wenger yang jelas marah dengan kejadian tersebut..

Perlawanan terbaik Almunia.. Bagi Atikah perlawanan terbaik Almunia hadir semasa menentang MU di Old Tradford di dalam saingan peringkat separuh akhir Champions League 1 leg.. Jika bukan kerana ketangkasan dan kekebalan Almunia sudah semestinya Arsenal tidak akan tewas 1-0..

Hero.. Almunia menyelamatkan sepakan penalti daripada Mario Vucinic untuk memberikan ruang kepada Arsenal untuk melangkah ke suku akhir champions league.. Perlawanan menentang Roma ini tidak bolehlah Atikah katakan perlawanan terbaik kepada Almunia.. Tetapi lebih kepada Hero Arsenal pada malam itu..

Satu lagi episode hero Almunia hadir sepuluh hari selepas perlawanan menentang Roma.. Iaitu perlawanan menentang Newcastle United.. Jika Almunia gagal untuk menangkap kemas sepakan penalti Obafemi Martin..

Sudah semestinya Arsenal mungkin akan seri ataupun kalah pada perlawanan itu.. Dan fakta itu diakui Wenger sendiri.. Memang Almunia mampu diharapkan apabila dalam pertarungan sepakan penalti..

Almunia yang mempunyai hobi membaca buku.. Jelas mempunyai musim yang cukup mengkagumkan bersama Arsenal musim ini.. Perlawanan yang hambar untuk Almunia.. Entahlah.. Atikah pun x tahu..

Jadi bagi Atikah keputusan peminat untuk meletakkan Almunia ditempat ketiga merupakan keputusan yang bijak.. Namun di antara Van Persie dan Samir Nasri.. Siapakah yang akan memenangi anugerah Arsenal Player of The Season ini??

Atau adakah pendatang baru dalam kem Arsenal dan hero 4 gol di Anfield iaitu Arshavin membuat kejutan dengan mememenangi anugerah ini?? Segalanya terletak di tangan seluruh peminat Arsenal di seluruh dunia.. Buatlah pilihan yang betul.. Adios..

P/S: Arsenal Player of The Season ini merupakan anugerah rasmi Arsenal FC.. Bukan versi Atikah.. Harap maklum..

1 comment:

  1. ok akmal rase patut almunia dapat.tapi akmal suka pada budak rusia nie ARSHAVIN.Lihat gaya dia selepas gringkan gol......

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan