Maafkan Atikah Fabregas!!!

Selepas berjaya diyakinkan oleh beberapa fan Arsenal yang masih mempercayai Fabregas.. Atikah pun setelah fikir semasak-masaknya dengan bertanya diri Atikah.. Memang Atikah akui Atikah x sanggup untuk melupakan Fabregas.. Tapi mungkin Fab4 (Fabregas) kena lawan dengan Fab21 (Fabianski) untuk berada di dalam tempat pertama di hati Atikah..

Okey Atikah telah mengerahkan spy Atikah ke Afrika Selatan untuk bertemu dengan Fabregas.. Jadi mari kita ikuti temu bual spy Atikah dengan Fabregas ini.. Dan Atikah yakin dia amat maksudkannya..

Spy: Benarkah yang Fabregas bersedia meninggalkan Arsenal jika Guardiola sudi untuk membawa anda ke Barcelona?? Mengikut laporan media Sepanyol tempoh hari??

Fabregas: Seperti yang saya beritahu radio Marca iaitu saya x pernah katakannya.. Saya gembira jika Guardiola menelefon saya kerana dia merupakan idola saya..

Spy: Jadi apa jenis dakwaan oleh akhbar ini yang jelas dah menguris perasaan beberapa pihak??

Fabregas: Anda perlu bertanggungjawab untuk tidak mempercayai perangkap ini..

Spy: Jadi di mana masa depan anda??

Fabregas: Masa depan saya tetap di Arsenal.. Arsenal telah mengatakan yang saya bukan untuk dijual.. Ianya membuatkan saya terharu..

Spy: Jika suatu hari nanti anda tinggalkan Arsenal?? Anda beraksi dalam liga apa??

Fabregas: Jika suatu hari nanti saya tinggalkan Arsenal saya tidak akan bermain di England.. Seperti yang semua orang tahu yang saya mahu bermain dalam Liga Sepanyol..

Jadi buat fan Barcelona yang mungkin dah perasan yang Cesc Fabregas akan ke Nou Camp.. Lupakan saja.. Kerana buat tempoh terdekat ini Fabregas masih milik Arsenal.. Atikah harap Arsenal akan menawarkan kontrak jangka masa panjang untuk Fabregas dengan gaji 100 ribu pound seminggu..

Untuk membuktikan yang Arsenal amat maksudkan Fabregas bukan untuk dijual.. Dan Arsenal juga mampu membayar gaji yang tinggi untuk pemain terpenting mereka.. Dan kini Atikah dah mula risau!!!

Seperti yang Atikah cakap yang Fabregas telah pun mengalami kecederaan selepas diterjah keras Xabi Alonso dalam latihan skuad Sepanyol.. Atikah x tahu sejauh mana kecederaannya.. Jadi dekat sini Atikah nak luahkan kekecewaan Atikah terhadap Alonso..

Kawan jenis apakah si Alonso ini?? Dalam tempoh hampir setahun sudah dua kali dia melakukan terjahan keras ke atas kawan baiknya iaitu Fabregas.. Mungkin terjahan kali ini lebih Alonso maksudkan.. Iaitu terjahan yang cukup keras di buku lali kiri Fabregas..

Atikah dah x sanggup untuk melihat Fabregas bertongkat kembali dan seterusnya berehat dengan cukup lama.. Dan ianya jelas menggangu prestasi Arsenal.. Sanggupkah anda melihat kapten Arsenal hanya melihat pasukannya beraksi sebagai penonton??

Atikah rasa kita tidak perlu bersusah payah mendapatkan Alonso untuk menyertai Arsenal.. Buat apa main untuk Arsenal jika sering melakukan terjahan keras terhadap Fabregas?? Silap-silap nanti habis semua pemain Arsenal dia tackle sampai kena berehat berbulan-bulan??

Ianya hanya menyusahkan Arsenal.. Bukannya menyenangkan.. Kalau dalam game mungkinlah tidak sengaja.. Tapi jika sampai semasa latihan.. Apa maksudnya itu?? Adakah misi utama Alonso ialah memusnahkan karier Fabregas??

Untuk memudahkannya mendapat tempat dalam skuad Sepanyol?? Atikah kali ini sukar untuk memaafkan Alonso.. Jika sampai Fabregas perlu berehat 4 bulan sekali lagi kerana terjahan bodoh Alonso itu..

Memang Alonso akan berada di dalam senarai paling atas pemain paling di benci Atikah menewaskan Ronaldo.. Memang kali ini tiada maaf bagi Alonso.. Jika Wenger tetap mahukan Alonso.. Atikah akan protes..

Protes apa ha?? Tunggu dan lihat sajalah apa yang Atikah buat kalau Alonso ke Emirates Stadium.. Lepas kejadiaan sebegini mudahkah anda nak maafkan Alonso seperti anda maafkan Alonso selepas mencederakan Fabregas bulan November yang lalu?? (Pertanyaan khas untuk fan Fabregas)

Okey cukuplah Atikah maki si Alonso nie.. Nanti bila Atikah ada benda nak maki si Alonso nie Atikah akan tulis dalam artikel lain.. Adios.. Get Well soon Fabregas..

P/S: Sebarang berita terkini tentang kecederaan Fabregas akan Atikah beritahu nanti..

Comments

  1. alonso mmg sial buat fan arsenal,....
    tp klu alonso join arsenal,team lain lak sialkan arsenal...
    hahaahahhaha
    alonso join arsenal itu yg terbaik...
    br la team lawan rasa gerun ngan DM kita(klu dpt alonso)...
    trust me.....alonso adalah pemain yg diperlukan utk DM arsenal selain yaya yg hampir sain kontrak baru

    ReplyDelete
  2. Si sial Alonso ni dah cowteam dgn Xavi cederakan kaki feb4 coz dorang nak berebut tempat dlm Piala Konfiderasi...maklumlah masa menang besar dgn New Zealand All White feb4 adalah mastermine dan jaringkan sebijik gol lagi...nie kes cemburu, dengki kianat lahanat la gamaknye..hehehee.....cuma feb4 je xperasan..budak baek la katakan.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil