Lukasz Fabianski!!

Untuk merasmikan yang buat masa ini dan mungkin selama-lamanya tempat Fabregas di hati Atikah telah pun tinggal secebis sementara Fabianski berjaya merebut tempat Fabregas di dalam hati Atikah.. Atikah nak imbas kembali aksi Fabianski sepanjang musim ini.. Sama ada yang terbaik atau yang terburuk dan suka duka Fabianski sepanjang musim 2008/2009..

Fabianski sering di maki.. Sebab x menunjukkan aksi terbaiknya dan selalu membuat kesilapan bodoh.. Tapi anda perlu ingat Fabianski masih muda dan belum berpengalaman.. Memanglah umur Fabianski dah 24 tahun.. Tapi anda perlu ingat umur 24 tahun untuk penjaga gol masih muda..

Anda mudah lupa berapa kali dia menunjukkan aksi terbaiknya.. Dan berapa kali dia menyelamatkan gawang Arsenal dari lebih banyak dibocori walaupun pertahanan Arsenal tidur.. Jadi mari ikuti Atikah untuk mengimbas kembali aksi terbaik Fabianski..

Walaupun Fabianski dibolosi 4 kali.. Namun bagi Atikah inilah aksi terbaik Fabianski.. Dengan pemain pertahanan sering leka.. Dan Liverpool sering membuat percubaan berbahaya.. Memang layak untuk Atikah mengatakan inilah aksi terbaik Fabianski.. Siapa setuju??

Saving terbaik Fabianski pula hadir semasa perlawanan suku akhir piala FA menentang Hull City.. Jika Geovanni mudah menewaskan Almunia dalam free kicknya.. Namun Fabianski membuktikan dia handal dalam membaca gerakan bola semasa free kick..

Atikah sampai sekarang masih mengingati saving tersebut.. Si Phil Brown tu mati-mati ingatkan bola tu akan masuk.. Sementara Atikah pula sedang gelabah dihadapan kaca televisyen.. Tapi Fabinski dengan selamba rocknya menepis sepakan tersebut..

Atikah sampai peluk tv pagi tu sebab happy sangat Fabianski selamatkan free kick tu.. Tapi apa yang lagi best si Brown tu tergamam tengok Fabianski save bola tu.. Jadi Atikah rasa inilah saving terbaik Fabianski.. Siapa setuju??

Perlawanan paling buruk ialah semasa perlawanan menentang Chelsea dalam separuh akhir piala FA.. Gol kemenangan Chelsea terhasil kerana tindakan Fabianski yang buat keputusan terburu-buru kerana situasi one-one.. Mungkin ianya terjadi sebab tidak pernah Fabianski mengalami situasi seperti itu..

Satu saja kelebihan yang berjaya Atikah nampak sepanjang aksinya musim ini.. Iaitu bijak membaca free kick.. Tengok sahajalah Ronaldo jelas takut nak bagi gol free kick lawan Fabianski.. Free kick cantik Geovanni yang mudah ditepis Fabianski.. Itulah kelebihan yang Atikah nampak dari Fabianski buat masa ini.. Anda setuju x??

Bagi Atikah Fabianski merupakan seorang penjaga gol yang cepat belajar.. Cuba anda ingat selepas dia dikecam hebat kerana kesilapannya semasa menentang Chelsea dia bangkit dan menunjukkan aksi terbaiknya pada perlawanan menentang Liverpool..

Kesilapan agakan untuk merebut bola dari Didier Drogba telah membuatkan Fabianski belajar dari kesilapannya itu.. Mudah merebut bola dari kaki Tevez dalam situasi one-one dalam kotak penalti..

Jadi tidak patut kita katakan Fabianski teruk.. Fabianski masih belajar.. Berikan masa.. Nanti anda semua akan tahu mengapa Atikah selama ini yakin dengan Fabianski.. Jangan terkejut kalau dia mampu menjadi setaraf penjaga gol lagenda Arsenal iaitu Jens Lehmann dan David Seaman.. Adios..

Comments

  1. Fabianski mmg ade potensi jd keeper yg hebat. mcm casillas..huhuh..go fabianski@atikah!!!!heheheh

    ReplyDelete
  2. aku x konfiden ngan fabianski. takat jd 2nd gk boleh la kot buat masa ni.

    ReplyDelete
  3. arse nmbr 4.. mengapa anda x nak percayakan fabianski.. dia masih muda dan kurang pengalaman lagi.. anda ingat almunia sewaktu usianya sebaya fabianski dah hebat macam penjaga gol bertaraf dunia??

    cuba cakapkan pada atikah mana penjaga gol yang berusia 24 tahun dah cukup matang dan handal dan bertaraf dunia??? cuba ceritakan pada atikah.. jangan hanya cakap saja.. tunjukkan bukti sekali arse nmbr 4!!!!!!

    fabianski mempunyai skill yang jauh lebih baik dari almunia.. namun cuma fabianski kurang pengalaman.. jika dia sudah cukup pengalaman nanti.. jangan pula arse nmbr 4 mengkaguminya pula.. baru nak percayakannya..

    anda perlu ingat fabianski cepat belajar.. atikah yakin kalau dalam masa 2 tahun fabianski beraksi secara tetap.. fabianski bakal menjadi sehebat almunia, lehmann, seaman dan penjaga gol lain atau mungkin lebih hebat..

    ingat arse nmbr 4.. tunjukkan bukti penjaga gol mana yang berusia 24 tahun yang kurang beraksi yang dah jadi penjaga gol bertaraf dunia.. cuma yang ada hanya bakat.. namun kurang pengalaman.. itulah yang akan anda jumpa..

    good luck atikah ucapkan kepada anda untuk mencari penjaga gol berusia 24 tahun yng masih kurang beraksi tapi dah menjadi penjaga gol bertaraf dunia..

    ReplyDelete
  4. Fabianski dh bertaraf dunia ke? Sape yang iktiraf dia dh bertaraf dunia?

    Senang je atikah..

    1. Gianluigi Buffon (Juventus)
    - start career ngan Parma waktu umur 17
    - bawa Parma menang UEFA Cup, Coppa Italia, Supercoppa Italiana waktu umur 21 tahun
    - Rekod perpindahan penjaga gol termahal dunia sewaktu dibeli Juventus dgn harga 52m Euro pada umur 23 tahun.
    - bawa Juventus menang Serie A dan Supercoppa Italiana pada umur 23 dan 24 tahun.

    2. Iker Casillas (Real Madrid)
    - start career dalam youth Madrid pada umur 17 tahun
    - dpt main 1st team pada umur 18 tahun (tp tak byk main pn)
    - Penjaga gol termuda menang UEFA Champions League pada umur 19 tahun
    - Menang EUFA Champions League sekali lagi pada umur 21 tahun
    - Menang UEFA Super Cup, Intercontinental Cup pada umur 21 tahun
    - 2 kali menang La Liga, 2 Spanish Supercup sewaktu umur bawah 24 tahun

    3. Vicktor Valdes (Barcelona)
    - Start career dlm youth Barcelona pada umur 18 tahun
    - Masuk first team pada umur 20 tahun
    - Menang UEFA Champions League pada umur 23 tahun
    - 2 kali menang La Liga pada umur bawah 24 tahun.

    4. Petr Cech
    - 2 kali menang BPL pada umur bawah 24 tahun
    - Anugerah Barclays Golden Glove pada umur 23 tahun

    5. Pepe Reina
    - UEFA Super Cup, 23 tahun
    - FA Cup, 24 tahun
    - 2 kali Barclays Golden Glove pada umur bawah 24 tahun

    Cukuplah sampai disini. Kurang beraksi atau tidak bukanlah satu isu. Kalau dah betul2 bagus, mesti dpt byk beraksi, mesti tak kena kritik. Casillas ganti Illgner yang byk berpengalaman baik kelab mahupun team Germany. Valdes ganti Roberto Bonano yg byk gak penglaman dlm team Argentina. Sebelum mereka2 tersebut ganti player yg berpengalaman tu, diorang pn kurang beraksi gak.

    ReplyDelete
  5. Bukti?? search je Wikipedia

    ReplyDelete
  6. fuh patutlah mamat2 ni dive n save bola x igt dunia, rupanya lps SPM dah perform giler dah..perrgh bagus ar no 4 ko meresearch x tau lak aku..walaupun dorang x men utk arsenal tp aku kagum ngan keeper2 ni kecuali pepe reina..ha ha..

    ReplyDelete
  7. atikah ckp penjaga gol yg jarang mainlah.. lepas tu pertahanan pulak x bnyk cover.. pengalaman amat penting utk seorang penjaga gol.. mmg fabianski belum bertaraf dunia.. atikah ckp suatu hari nnt..

    lagi satu fabianski pernah mng anugerah penjaga gol muda liga poland sebanyak 2 kali pada tahun 2006 & 2007 sebelum ke Arsenal.. mng liga poland pada musim 2005/2006.. dan naib johan piala poland pada tahun 2006..

    kita perlu ingat yang liga england dipenuhi penyerang terbaik dunia.. bukan seperti di liga lain.. satu kesilapan saja mampu mengundang padah..

    kita perlu ingat yg almunia dulu pun beraksi bagus bila diberi peluang.. tapi kekebalan dan faktor pengalaman lehmann telah membuatkan almunia berputih mata..

    fabianski juga semakin hampir mendapat gelaran penjaga gol no. 1 poland.. namun sbb fabianski jarang main sementara boruc selalu main itu yg buat fabianski masih no.2..

    kesemua pemain yg arse nmbr 4 ckp tu dh diberi peluang beraksi sjk belasan tahun.. atikah dh pernah ckp.. jika diusia belasan tahun seorang penjaga gol itu telah diberikan peluang bnyk beraksi.. dalam usia awal 20an dia mampu menjadi penjaga gol terbaik dunia.. tapi fabianski pada usia 20 tahun baru mendapat peluang tersebut.. itu pun beraksi 53 kali sahaja..

    liga poland dengan liga epl cukup berbeza.. lagipun fabianski start main dalam liga poland.. bukan seperti buffon,casillas dan valdes yg bermain dalam liga italy dan sepanyol..

    bersama kelab yg besar dan mempunyai pertahanan yang kental.. ingat tahun ini arsenal punya masalah pertahanan.. mana ada penjaga gol yg boleh beraksi cemerlang kalau setiap kali pertahanan leka?? diasak bertubi-tubi??

    fabianski cepat belajar dari kesilapannya.. walaupun jarang beraksi dan terpaksa berdepan pasukan terbaik england dan pertahanan yg rapuh kita patut beri pujian padanya..

    mengapa kalau almunia buat kesilapan bodoh tahun ini kita buat x tahu sahaja?? kalau fabianski pantas saja semua org nmpk.. jgn terus menyalah fabianski atas faktor kita x ke final piala fa..

    kita perlu salahkan pertahanan juga.. kerana kerja pertahanan adalah mencover penjaga gol.. ingat pengalaman x cukup penting utk penjaga gol?? ianya penting terutama dalam situasi one on one..

    dalam masa sekarang ini semua player yg jarang beraksi sukar utk menewaskan penjaga gol berpengalaman.. lagi pun cara bola sepak skrg ini bnyk berubah dari masa dulu.. kalau arse nmbr 4 x suka dgn fabianski tu kenapa x awak sahaja yg main jadi keeper arsenal..

    ReplyDelete
  8. ikah, arse no 4 kan cuma bg pendapat dia je.. pndpt kitakan berbeza2.. kita x bleh nk emosi bila pndpt org x sama ngan kita..nilah dinamakan forum..ikah steady kay..

    ReplyDelete
  9. Kalau Fabianski dah betol2 power sgt dan bertaraf dunia, Wenger mesti dah kasi dia main. Wenger tahu tahap fabianski skarang hanya sesuai utk jd backup je. Keeper yg saya sebutkn tu semua pn bukan dpt byk peluang main gak pn. Tp diorang berjaya yakinkn pengurus masing2 untuk kasi diorang main. Penjaga gol pasukan utama diorang pn handal jugak siap dah banyak kali wakili pasukan negara lagi. Almunia sekali pn tak pernah wakili team negara. Saya bukan nya cakap Fabianski tak bagus. Tp belum cukup bagus buat masa ni. Baca balik komen pertama saya dlm thread ni. Mungkin jugak Fabianski ni jenis keeper yg bila dah matang sket baru nk jagi bagus. Mcm Almunia gak, sebelum ni tak handal pn main kat Sepanyol. Selalu kena bagi pinjam kat pasukan bawahan. Umur 27 tahun baru pindah Arsenal dan umur 30 baru dpt main first team. Mungkin Fabianski jugak mcm ni...

    ReplyDelete
  10. sbnrnya onars dan arse nmbr 4.. atikah bukannya emosi.. tapi kita perlu percaya pada potensi fabianski nie.. kalau wenger bagi peluang kepada fabianski main dalam kesebelasan utama mcm mana pulak dgn almunia??

    almunia jauh lebih bnyk pengalaman dari fabianski.. kalau almunia bersara atau berhijrah dari arsenal nnt barulah wenger kasi chance utk fabianski main dalam first team.. sbb tulah wenger bagi peluang utk fabianski cadi cup keeper sebelum tiba masa fabianski jadi penjaga gol no. 1 arsenal..

    nnt x delah bila peluang tu tiba fabianski gelabah dan buat kesilapan mcm skrg nie.. lagi pun masih bnyk perkara yang perlu fabianski belajar.. tapi sebelum tiba masanya nnt kita perlu percayakan dia dan trust skill fabianski..

    ReplyDelete
  11. haa kan lain ckit nadanya, xdela ikah nk suruh arse no 4 jd keeper arsenal lgkan.. fabianski bknnya x bagus,sometimes dia lebih baik dari almunia..situasi ni mengambil kira pengalaman dan juga seniority yg ada pd almunia..almunia pun bknnya x prnah buat silap, sehebat mana pun sorg keeper tu pasti akan melakukan kesilapan.. mungkin satu masa nanti v.mannone pula akan berada di situasi fabianski skrg..

    ReplyDelete
  12. betul to onars... iker casillas yg penjaga gol terbaik dunia pun boleh lepaskan lebih dari 5 gol.. inikan pula budak hingusan si fabianski..

    ReplyDelete
  13. hai fabianski beringus lg eaa..kalu cantu dia masih minum lactogen la tu..hi hi..

    ReplyDelete
  14. Kerjaya sebagai goalkeeper adalah kerjaya yg paling lama, tak macam player dibahagian lain. Kalau sorg midfielder boleh bermain sekitar 35 tahun, goalkeeper plak boleh bertahan sampai 40 tahun even 45 tahun. Aku rasa semua goalkeeper dah paham, sebab tu kalau setakat umor 25 but still jadi second keeper, benda nie normal bagi diorg. Tak perlu panic sampai nak cari kelab lain utk jadi keeper utama. Lagi pun, AW dah bagi-bagi kan. Carling and FA utk Fabianski, BPL and CL utk Almunia. Aku rasa Fabianski dah cukup bagus, first or second tak penting. Yang penting bila turun first team, masing2 kenalah tunjukkan komitmen. Kat situ baru semua org boleh tgk ketangkasan keeper tu sendiri.

    ReplyDelete
  15. Yesss... aku setuju dgn kenyataan bro taik lalat... tak semesti nya dah first keeper dah kira hebat... yang penting kekal prestasi masing2... kena konsisten baru hebat... kalau kita nak salahkan fabianski untuk kekalahan pada semi piala fa, kita kena salahkan almunia jugak bila kalah dalam semi CL... tapi pada pendapat aku kedua2 game tu salah pertahanan... bagi aku selagi Arsenal tak menang piala selagi itulah baik penjaga gol first ke second ke tetap akan dianggap kurang hebat... so be invincible next season... sampai ke kitman pun nanti org anggap hebat... hehehe

    ReplyDelete
  16. Jangan kitman pun demand sudah bro... Hehehe...
    Nak tau hebat ke tak Fabianski, kena tunggu Almunia injured lama coz masa Almunia naik dulu, crazy Jens injured lama... Hahaha...

    ReplyDelete
  17. mak aii taik lalat, ko cam x ske almunia je mintak d injured, lama lak tu..hi hi..

    ReplyDelete
  18. Takde lah doa mcm tu tapi kenyataannya mcm tu lah bro. Kedua takkan dapat pertama kalau pertama tak injured kan. Melainkan pertama drop giler performance... Hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil