Latest Fabregas head injury!!

Atikah nak mengesahkan sekali lagi yang Fabregas tidak mengalami kecederaan kepala yang serius.. Spy Atikah telah melaporkan Fabregas telah pun sampai ke South Africa untuk perlawanan Piala Konfederasi.. Fabregas mengalami luka di bahagian dahinya.. Jadi marilah kita sama-sama menarik nafas lega..

Mari kita lihat gambar terbaru kepala Fabregas berdarah berserta vidoe klip bagaimana kepala Fabregas boleh luka.. Enjoy it!! Sila tekan sini untuk melihat video bagaiman kepala Fabregas boleh luka.. Sekali dengan gol-gol yang dijaringkan Sepanyol..


Dua pemain Azerbaijan menghimpit Fabregas sehingga hilang keseimbanggannya sebelum jatuh dan kepalanya terhantuk dengan kuat.. Pasti menyakitkan dan memeningkan.. Laman web rasmi Arsenal masih belum memberitahu info terkini kecederaan Fabregas.. Namun thanks kepada spy Atikah yang bekerja keras untuk mendapat berita terkini..

Jadi kepada fan Arsenal terutama sekali peminat Fabregas jangan risau tentang kecederaan kepala Fabregas.. Sebabnya kepala Fabregas kepala batu.. Hahah.. Tapi apa yang penting rambut Fabregas tetap maintan.. Heheh.. Kontrol macho..

Lepas beri statement kecederaan Fabregas.. Mari kita ke transfer rumours pula.. Anda kenal x penyerang Lazio?? Iaitu Goran Pandev?? Kenal.. Bagus.. Kalau x kenal mari kita kenali dia dulu.. Di lahirkan pada 27 Julai 1983.. Mempunyai ketinggian 1.84 meter.. Telah menjaringkan 51 gol dalam 134 penampilan bersama Lazio..

Spy Atikah yang berada di Italy sambil disahkan ejen Pandev melaporkan yang Lazio telah meletakkan harga sebanyak 17 juta.. Namun Arsenal mampu mendapatkan khidmatnya sekitar 13.5 juta.. Pandev yang dilahirkan di Strumica,Macedonia mahu meninggalkan Lazio untuk mencari cabaran baru..

Seperti yang pernah Atikah laporkan sebelum ini.. Iaitu Wenger bersedia memancing pemain penyerang muda berbakat besar iaitu Luc Castaignos.. Spy Atikah yang memerhati perjalanan cerita ini melaporkan Arsenal telah menawarkan kontrak selama 5 tahun dan 2 tahun pinjaman ke Feyenoord..

Dan tawaran tersebut jelas mengembirakan Luc Castaignos dan keluarganya.. Perjanjian tersebut mungkin bakal dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari akan datang.. Umurnya pada 27 September ini ialah 17 tahun..

Presiden baru Real Madrid iaitu Florentino Perez mahu mendapatkan khidmat salah seorang pemain terbaik Arsenal.. Bukan Fabregas.. Mungkin belum lagi.. Tetapi Gael Clichy.. Spy Atikah mengesahkan yang Perez akan menelefon Arsenal dalam tempoh 4 atau 5 minggu lagi dan akan membuat tawaran sebanyak 10 juta..

Namun jika 10 juta tiada tanda0tanda Wenger akan menerima tawaran tersebut.. Dan Real Madrid akan membuat tawaran sebanyak 18 juta dan ini memungkinkan Wenger menimbangkan tawaran tersebut..

Tapi jika Clichy pergi siapa yang akan gantikan dia atau pun back up Gibbs?? Thomas Vermaelen?? Vermaelen sudah semestinya akan mengantikan tempat Gallas.. Atikah harap Wenger berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengekalkan kesemua pemain Arsenal kecuali Adebayor atau pun pemain yang tidak mencapai tahap terbaiknya musim lalu..

Harap-harap Ferguson terima tawaran Perez untuk Evra.. Kerana dengan cara sebegini Arsenal akan terus mendapatkan khidmat Clichy.. Kalau Wenger terima sekali pun Atikah harap Clichy tidak mahu ke Real Madrid sebaliknya memutuskan kekal di Arsenal.. Adios..

Comments

  1. Larrrr... Sikit jer luka Fab4 tu, ingatkan koyak kulit kepala. Risau giler Atikah semalam kan... Hehehe

    Lega kan...

    ReplyDelete
  2. itulah pasal taik lalat.. buat suspen je si boyfriend atikah nie.. hehe.. nasib baik sikit je.. cuma darah je banyak keluar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil