Jualan mega Real Madrid!!

Seperti yang kita tahu sekarang ini Real Madrid sedang membuat penjualan dan pembeliaan secara besar-besaran.. Beberapa pemain Real Madrid available untuk dibeli dengan harga yang cukup murah.. Jadi dalam artikel kali ini Atikah nak senaraikan beberapa pemain yang mungkin Wenger patut beli.. Dari pandangan peribadi Atikah..

Iker Casillas mungkin tidak available untuk dijual memandangkan sekarang ini Iker Casillas merupakan penjaga gol terbaik dunia menewaskan Gianlugi Buffon.. Tetapi jika kita berjaya mendapatkan khidmat Casillas ianya sudah semestinya menyeronokkan..

Tetapi Atikah rasa Casillas tidak mahu meninggalkan Bernabue dan Perez sendiri mungkin tidak mahu menjual penjaga gol ini.. Tapi jika Casillas berada di dalam senarai untuk di jual apa salahnya kalau kita mendapatkan khidmat Casillas..

Pemain pertahanan Real Madrid ini iaitu Pepe tidak kurang hebatnya.. Dengan kehadiran Pepe dibahagian pertahanan Arsenal mungkin membuatkan fan Arsenal melihat kekebalan benteng pertahanan Arsenal semula.. Berapakah harganya?? Entahla.. Atikah x dapat nak pastikan..

Dengan usianya baru menjangkau 23 tahun Wenger patut mendapatkannya dari pemain pertahanan PSG berusia 19 tahun iaitu Mamadou Sakho.. Adakah anda setuju dengan cadangan Atikah ini??

Christopher Metzelder pemain pertahanan tengah berusia 29 tahun ini memang cukup hebat.. Metzelder mungkin boleh menjadi gandingan yang baik bersama Toure.. Sudah semestinya Torres, Rooney dan pemain penyerang lain sukar untuk menembusi kekentalan kedua-dua pemain ini..

Di bantu pula oleh Sagna dan Clichy.. Fuhh.. X sabar nak tengok gandingan pertahanan Arsenal macam nie.. Tapi kalau Atikah jadi coch Arsenal dah lama Atikah sambar si Metzelder nie.. Nak nasihatkan Wenger?? Susahla.. Wenger bukan suka dengar cakap orang pun..

Takut tiada penganti jika kita kehilangan Sagna dan Clichy?? Jika perjanjian Vermaelen tiba-tiba tidak jadi?? Sergio Ramoslah penyelamatnya.. Namun sayangnya mungkin Ramos tidak akan di jual melainkan Perez dapat pemain bek yang lebih bagus dari Sergio Ramos..

Tapi mungkin akan menerima saingan dari pasukan lain.. Ramos memang hebat.. Harganya juga mungkin mahal.. Tapi apa salahnya jika kita berjaya dapat banyak keuntungan hasil penjualan Sagna atau Clichy nanti.. Dari biarkan kita x dapat penganti sesuai lebih baik kita laborkan sedikit untuk Ramos..

Arsenal x sambung kontrak Rosicky?? Atau pun Rosicky punya karier sudah pun musnah.. Sneijderlah penganti yang Atikah rasa sesuai.. Tapi Atikah rasa harganya mungkin lebih kurang 15 juta ke atas.. Tapi manalah kita tahu Perez bagi offer dekat kita..

Jadi Atikah rasa Sneijder merupakan penganti yang cukup sesuai untuk mengantikan Rosicky.. Itu pun jika kontrak Rosicky tidak di sambung dan karier Rosicky pun dah hampir musnah kerana kecederaannya itu..

Kita kehilangan Van Persie dan mahu penganti yang serupa seperti Van Persie?? Arjen Robbenlah orangnya.. Atikah rasa Robben mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Van Persie.. Tapi mampukah dia menyinar di England??

Kalau x silap Atikah dia bersama Chelsea dulu, Robben tidak menyinar.. Jadi itulah satu-satunya masalah kita.. Jika Perez nakkan Van Persie dan Van Persie pun x sain kontrak baru kita buat perjanjian pertukaran.. Van Persie ke Real Madrid, Robben ke Arsenal.. Setuju x?? Tapi ini cuma pandangan Atikah saja..

Nak kukuhkan lagi bahagian pertahanan Arsenal selepas Fabregas mengadu x ada pemain berpengalaman bergandingan bersamanya di bahagian tengah?? Van Der Vaartlah orangnya.. Tetapi Hamburg SV juga mahu mendapatkan kembali khidmat bekas kapten mereka ini..

Tapi Atikah memang setuju kalau Van Der Vaart bergandingan bersama Fabregas.. Fuhh mesti hebat bahagian tengah kita.. Tapi nak ke si Wenger kesayangan kita nie beli Van Der Vaart?? Emm.. Entahla.. Wenger nie suka buat kejutan.. X boleh Atikah nak teka..

Sasaran Wenger musim sejuk lepas.. Iaitu Klaas Jan Huntelaar.. Penganti yang amat sesuai untuk mengisi kekosongan Adebayor.. Cukup hebat dan merupakan salah seorang dari penyerang yang amat Atikah kagumi..

Tapi jiran kita yang x tahu malu.. Iaitu Tottenham juga berangan nak dapatkan Huntelaar.. Tapi Atikah yakin antara Tottenham dan Arsenal, Huntelaar akan memilih Arsenal.. Jadi memang x sabar Atikah nak dengar dan tengok Wenger bawa masuk Huntelaar..

Ini cuma pandangan Atikah tentang beberapa pemain yang Atikah rasa perlu Wenger bawa masuk.. Tapi jika dapat Metzelder, Van Der Vaart dan Huntelaar pun dah cukup bagi Atikah.. Tapi kalau kita hilang Van Persie Atikah sarankan kita dapatkan Robben..

Anda semua boleh bagi pandangan anda tentang pemain Real Madrid yang manakah yang anda mahu lihat bermain bersama Arsenal.. Adios..

Comments

  1. aku x suke robben.. biarkan aku minat belanda.. tapi x suke.. aku lebih suke huntelaar dan van de vart

    ReplyDelete
  2. semua player yg atikah minat hampir kleseluruhan prone injury...........
    buang masa dan buang duit beli dier orang.......

    tp klu dpt si snider dan pepe mmg terbaik....

    metzelder,roben jgn dibeli....kompom menyesal x sudah....
    main 3 games injured 3 bulan....
    aku dh bosan ngan perkara berikut....
    klu beli gak aku gerenti arsenal is nothing for the next season

    ReplyDelete
  3. nak buat macam mana lobah.. semua player tu suke injured.. tapi memang hebat.. mana nak tau mai arsenal terus x injured.. kita x tahu.. tapi atikah hanya nak si van der vaart dan huntelaar pun okey gak.. atikah x kisah.. janji tahun depan kita mng piala.. itu yg penting..

    ReplyDelete
  4. wa prefer either van der vaart or sneijder..yg lain2 tu sure susah nak dpt..

    ReplyDelete
  5. no..van persie la yang sgt sesuai!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil