09 June 2009

Imbas kembali (Fabregas the new Arsenal Leader)

Masih anda ingat?? Pada 24 November 2008 Wenger secara rasminya mengatakan Fabregas sebagai kapten terbaru Arsenal mengantikan Gallas?? Jadi di dalam artikel ini Atikah nak imbas kembali tugasan pertamanya sewaktu menjadi kapten The Gunners..

Perlawanan pertama sewaktu menjadi kapten ialah semasa perlawanan Champions League peringkat Kumpulan menentang Dynamo Kyiv di Emirates Stadium.. Mari kita saksikan gambar wajah kegembiraan Fabregas semasa training..


Dan gambar dibawah ini pula semasa perlawanan pertamanya mengalas tugas sebagai kapten Arsenal.. Perlawanan ini dimenangi Arsenal hasil jaringan lewat permainan Bendtner..

Perlawanan liga pertamanya sewaktu menentang Chelsea.. Namun selepas mengendalikan skuad Arsenal dalam 5 perlawanan.. Pada perlawanan kelimanya dia mengalami kecederaan selepas bertembung dengan kawan baiknya iaitu Xabi Alonso..

Pada mulanya Wenger menjangka Fabregas akan diketepikan selama beberapa minggu.. Namun selepas pemeriksaan Fabregas perlu berehat selama 4 bulan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius..

Namun beliau pulih lebih cepat dari yang dijangka.. Perlawanan pertamanya selepas mengalami kecederaan ialah sewaktu menentang Manchester City di Emirates Stadium.. Pada perlawanan itu Fabregas telah menyumbang 2 assist untuk membantu Arsenal menewaskan Manchester City 2-0..

Selepas itu Fabregas sering menjadi pencipta gol.. Akhirnya gol semasa beliau menjadi kapten Arsenal hadir semasa perlawanan menantang Middlesbrough dengan menjaringkan 2 gol dan hampir melengkapkan hatrik..

Itulah suka duka pahit manis kisah Fabregas sepanjang menjadi kapten Arsenal tidak sampai setahun.. Namun kredebilitinya sebagai kapten Arsenal masih belum ditunjukkan sepenuhnya.. Marilah kita lihat cara Fabregas mengendalikan Arsenal tahun depan.. Dan Atikah x sabar betul nak tengok Fabregas menjulang piala sebagai kapten Arsenal..

Akhirnya berjaya jugak Atikah mengetahui pekembangan Fabregas.. Bertenang semua.. Fabregas tidak mengalami kecederaan kepala yang teruk.. Dia dikeluarkan kerana Fabregas mengalami sedikit trauma selepas kepalanya berdarah.. Mari kita tengok gambar kecederaannya ini..

Habis rambut baru Fabregas.. Hehe.. Spy Atikah baru je sampai ke sana dan sedabg cuba membuat siasatan.. (Macam polis pulak).. Esok baru Fabregas akan melakukan pemeriksaan kepalanya itu.. Jadi sebarang update tentang kecederaannya Atikah akan informkan.. Adios..

Get Well Soon Fabregas!!!!!!!!!!!!!!!

6 comments:

  1. mesti gune rambut lama fabregas gak ni..

    ReplyDelete
  2. Wah Atikah... Banyak betol citer pasal Fab4 kan, risau betol dia kalau tak baca pasal Fab4 sehari... Hehehe

    Tu kalau koyak beso, mau Fab4 kena cukur rambut. Hilanglah mohican dia... Hahaha

    ReplyDelete
  3. mmglah atikah risau taik lalat.. kalau dia x boleh main nnt sape yg susah?? arsenal jugak........ lagi pun hati atikah x tenteram kalau x tau betapa teruknya kecederaan fabregas tu.. tapi nasib baik x teruk.. esk baru tahu teruk ke x..

    ReplyDelete
  4. hai mcm nk kene jual je fab4 ni, saham dah jatuh dah tu he he..xde ape la tu ikah. sikit je tu anak jantankan biasa lah..kalu mat bunga pink tuu lain leerr..ha ha..

    ReplyDelete
  5. jgn risau gooner... kecederaan di kepla feb4 tidak serius... melalui info dari spy aku (ingat atikah jer ker ada spy) melalui pemeriksaan mata yang dilalui tiada gangguan atau kecederaan yang serius cuma luka yang agak dalam jer... hehehe... luka kat kepala periksa kat mata... itu lah ilmu sains yang aku tak pernah belajar lagi...

    ReplyDelete
  6. pelik betullah doktor kat sana tu zb_bro.. apa kene mengena mata dengan kecederaan kepala?? tapi spy atikah yg dh fly dkt sana kata esok fabregas akan menjalani pemeriksaan kepala batunya itu.. heheh..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan