I'm back!!!!

Miss you all!!! Rindu x anda semua dengan Atikah?? Hehe.. Percutiaan Atikah tidaklah seperti diharapkan memandangkan dekat rumah abang Atikah susah nak dapatkan line memandangkan jet perjuang TUDM Kuantan dan kapal terbang dari Lapangan Terbang Kuantan asyik turun naik je..

Jadi ianya menyukarkan Atikah untuk menghubungi spy2 Atikah untuk mendapatkan berita tentang Arsenal.. Jadi Atikah hanya bergantung harap kepada media tempatan yang jelas sememangnya anti Arsenal.. Macam2 berita yang Atikah dengar.. Dengan Gareth Barry pergi ke Manchester City kerana wang walaupun x nak mengaku..

Dekat sini juga Atikah nak beritahu pengurus baru Arsenal Ladies pada musim hadapan selepas Vic Akers meletakkan jawatannya untuk menjawat jawatan Ladies General Manager.. Pengurus Arsenal Ladies yang baru ialah Tony Gervaise.. Jawatan Tony Gervaise sebelum ini ialah Assistant Coach dan Arsenal Ladies Academy Director.. Atikah ucapkan selamat berjaya buat Tony Gervaise..

Itu baru sikit cerita Atikah tahu.. Tapi ada yang lebih panas lagi tau.. Spy Atikah yang telah diberikan cuti selama seminggu kerana Atikah pergi holiday telah memberitahu Atikah tentang secret deal diantara Arsenal dan Ajax untuk Thomas Vermaelen.. Vermaelen dilaporkan telah menjadi milik Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak 11 juta.. Tapi Atikah dan spy Atikah x berapa pasti tentang kebenaran rumours ini..

Sementara itu Lagenda pertahanan terhebat Arsenal iaitu Tony Adams meluahkan rasa tidak senangnya untuk dia melihat Thomas Vermaelen menyarung jersi Arsenal.. Sebabnya ialah Liga Belanda bukanlah cukup bagus dan Vermaelen masih belum bersedia untuk bermain dalam liga tertinggi dunia..

Undian poll Siapakah Pemain Terbaik Tahunan Arsenal U-21 telah ditutup biarpun melewati masa yang telah Atikah tetapkan.. Pemenangnya ialah Theo Walcott yang telah meraih undian sebanyak 38%.. Kieran Gibbs dan Carlos Vela pula berkongsi kedudukan kedua dengan meraih undian sebanyak 17%.. Tempat ketiga pula dikongsi oleh Jack Wilshere dan Nicklas Bendtner dengan undian sebanyak 9%..

Aaron Ramsey berada ditempat keempat dengan undian sebanyak 7%.. Denilson di tempat kelima dengan 3%.. Sementara Vito Mannone 0%.. Terima kasih di atas undian anda semua.. Sampai di sini saja artikel Atikah.. Tapi sebelum itu jangan lupa nantikan undian poll yang baru.. Adios..

Comments

  1. bajet je ko ni, sape yg rindu kt ko! nk muntah aku

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil