Gibbs bakal ditawarkan kontrak selama 5 tahun bernilai 5 juta pound!!

Menurut spy Atikah semalam (25 Jun 2009).. Arsene Wenger dan pengurusan Arsenal sedang bersiap sedia menyediakan kontrak jangka masa panjang kepada Gibbsy sebaik sahaja permata baru Arsenal ini pulang dari tugasan antarabangsa..

Gibbs bakal ditawarkan kontrak selama 5 tahun dengan Gibbsy mampu memperolehi jumlah pendapatan setahun bernilai 1 juta pound.. Dengan mungkin secara asasnya Gibbs bakal menerima gaji sebanyak 20 ribu pound seminggu..

Cukup lumayan bukan?? Berita ini sudah semestinya melegakan ribuan fan Arsenal yang berharap Gibbsy akan terus kekal di Emirates Stadium selama yang mungkin.. Jadi Atikah harap berita ini akan disahkan dan Gibbsy sendiri tidak segan silu untuk menurunkan tanda tangannya.. Si Van Persie nie bila pulak nak sain kontrak baru supaya jutaan fan Arsenal boleh menarik nafas lega?? Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil