Gerard Pique si penghasut!!

Rakan sepasukan Fabregas di dalam skuad kebangsaan dan bekas rakan sepasukan dalam skuad muda Barcelona memberi tahu media bahawa Fabregas akan menyertai Barcelona.. Itulah kata-kata bekas pemain pertahanan MU ini.. Spy Atikah yang kebetulan ada di sana telah menghubungi Atikah mengenai kejadian ini..

Jadi Atikah dengan penuh geramnya mendengar perbualan Pique ini yang telah dirakamkan oleh spy Atikah.. "Saya tidak gembira jika Fabregas menyertai Real Madrid.. Dan saya tidak yakin ianya akan berlaku"..

"Dalam bola sepak anda tidak boleh berkata tiada yang mustahil.. Tapi saya tidak rasa yang Cesc akan menyertai Real Madrid.. Saya yakin kami akan bersama suatu hari nanti.. Cesc bakal menyarung jersi Barca sebelum bersara nanti.. Saya selalu katakannya..Walaupun dia tidak mengakuinya tapi saya selalu beritahunya tentang perkara ini"..

Namun Atikah masih mempercayai Fabregas 200% yang dia akan kekal di Emirates Stadium pada musim hadapan.. Dan x mustahil juga kalau Arsenal berjaya menang trofi tahun depan Fabregas akan terus kekal selama-lamanya..

Atau sehingga kontraknya bersama Arsenal tamat.. Jadi Atikah berharap fan Arsenal tidak perlu risau dengan kenyataan Pique ini.. Kerana Fabregas telah berulang kali meluahkan komitmennya bersama Arsenal..

Percayakan pemain Arsenal lebih-lebih lagi kapten Arsenal.. Jangan sekali-kali anda percayai kenyataan pemain pasukan lain dan media tentang perkara-perkara negatif seperti ini.. Mereka sebenarnya mahu meruntuhkan kepercayaan fan Arsenal terhadap Fabregas.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil