Fiorentina berpakat bersama Arsenal untuk pertahanan??

Selepas Senderos mengetahui yang AC Milan tidak mahu membayar 6.3 juta euro untuk mendapatkan khidmatnya secara tetap.. Senderos telah menyuarakan hasratnya untuk kekal di Itali.. Atau dalam kata lainnya memberitahu kelab Itali yang mahukan khidmatnya supaya cepat-cepat membuat tawaran kepada Arsenal..

Menurut spy Atikah di Itali Fiorentina jelas bersedia untuk mendapatkan khidmat Senderos.. Sementara pula Wenger bersungguh-sungguh mahu mendapatkan pertahanan Fiorentina iaitu Felipe Melo.. Jadi mungkin ada Arsenal dan Fiorentina akan melakukan perpindahan pertukaran pemain..

Wenger mahu membuat tawaran sebanyak 15 juta euro untuk mendapatkan khidmat Melo.. Namun dengan Fiorentina mahukan Senderos mungkin Wenger akan membayar kurang dari 15 juta euro disamping Senderos untuk mendapatkan tandatangan Melo..

Jadi setelah selama hampir 4 tahun Wenger menanti untuk membawa khidmat Melo ke Arsenal kemungkinan besar tahun ini impian Wenger tercapai.. Atikah x pernah tengok Melo beraksi.. Tapi setahu Atikah dia lebih bagus dari si Senderos.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil