11 June 2009

Fabregas x akan ikut jejak Ronaldo!! & Blogger MU mahu Fabregas gantikan Ronaldo!!

Cristino Ronaldo meraikan kepergiaannya meninggalkan MU untuk ke kelab pujaannya iaitu Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia bernilai 80 juta dengan berparti bersama Paris Hilton..

Berita kepergiaan Ronaldo sudah semestinya menyedihkan Fan MU tapi tidak kepada Fan Arsenal yang mungkin sedang kegembiraan mendengar berita ini.. Padan muka MU.. Inilah tanda-tanda kejatuhan MU..

Satu blog fan MU di UK yang berjaya Atikah cari telah menulis satu artikel yang x masuk akal dan berjaya membuatkan Atikah ketawa apabila membacanya.. Penulis tersebut mangatakan Ferguson patut membeli Fabregas dengan nilai sebanyak 35 juta kerana dia yakin hanya Fabregas yang mampu mengukuhkan bahagian tengah mereka selepas kepergian Ronaldo..

Adakah di buta?? Fabregas merupakan seorang skipper Arsenal!! Adakah sanggup Fabregas atau pun Wenger menerima tawaran MU?? Lebih-lebih lagi kepada pemain kesayangan peminat Arsenal..

Fabregas telah menyuarakan hasratnya untuk suatu hari nanti meninggalkan Arsenal.. Tapi bukan ke Manchester, England, Italy, German ataupun France.. Tapi ke Sepanyol!! Adakah penulis tersebut menulis artikel tersebut tanpa menggunakan kepalanya??

Ianya betul-betul membuatkan Atikah geli hati dan musykil.. Kalau sampai Fabregas pergi ke MU.. Sudah semestinya dia akan terkena sumpahan dari fan Arsenal.. Dan lebih teruk setiap kali fan Arsenal jumpa Fabregas mungkin dia dibaling oleh benda..

Tapi Atikah yakin Fabregas x akan buat begitu.. Sebab Fabregas hanya mahu kembali ke kampung halamannya iaitu di Arenys De Mars berdekatan tempat pasukan Barcelona.. Fabregas hampir mendapatkan segalanya bersama Arsenal.. Menjadi kapten.. Dan hanya menunggu masa dan nasib untuk Fabregas menjulang piala bersama Arsenal..

Fabregas yang di temu ramah oleh wartawan Arsenal TV Online disamping Atikah turut berada di sana (dalam telefon saja) untuk membuat pertanyaan khas dari lubuk hati Atikah untuk Fabregas.. (Apa yang dikatakan ini ialah benar dan bukan direka oleh Atikah)

Atikah: Hai Fabregas.. Di sini Atikah nak tanya adakah kepala Fabregas okey??

Fabregas: Ohh.. Okey.. Cuma Fabregas ada sedikit trauma selepas kepala Fabregas berdarah..

Atikah: Ohh.. Itu perkara biasa.. Dan tiada apa yang perlu dirisaukan.. Atikah ada dengar berita yang mungkin Perez mahu mendapatkan Fab untuk new era Galaticos mereka..

Fabregas: Itu hanyalah khabar angin.. Saya tidak akan mengikuti jejak langkah Ronaldo yang ke Real Madrid..

Atikah: Tapi bukankah Fabregas kata nak balik ke Sepanyol??

Fabregas: Ya.. Memang saya mahu kembali ke Sepanyol suatu hari nanti.. Tetapi saya masih mempunyai kontrak yang cukup panjang bersama Arsenal.. Dan saya mahu memenangi semua piala yang belum pernah Arsenal dan saya menangi sepanjang saya berada di sini..

Atikah: Ohh.. Lega Atikah mendengarnya.. Terima kasih Fabregas di atas kerjasama anda..

Fabregas: Sama-sama..

Itulah sedikit perbualan Atikah dengan Fabregas.. Apa yang dikatakannya itu memang cukup yakin.. Fabregas juga ada menambah yang dia mahu kekal di Arsenal selama mana yang dia boleh..

Arshavin disahkan menjadi kapten terbaru Rusia selepas Guus Hiddink gembira dengan kejayaaan Arshavin mengalas tugas sementara kapten Rusia pada perlawanan menentang Finland semalam.. Taniah Arshavin!!

Kolo Toure stay di North London atau ke Manchester City?? Itulah persoalan yang berlegar di kepala Atikah apabila spy Atikah mengatakan Manchester City mungkin akan membuat tawaran yang lumayan kepada Arsenal untuk Toure..

Arsenal dikatakan meletakkan harga Toure sekitar 15 juta.. Ia bukanlah jumlah yang banyak untuk Manchester City.. Namun spy Atikah yang melihat reaksi Toure tentang berita ini jelas tidak gembira dengan rumours ini..

Atikah rasa Toure x akan tinggalkan Arsenal meskipun Gallas stay dan Vermaelen dan Senderos datang ke Emirates Stadium.. Kerana Atikah amat yakin tentang komitmem Toure kepada Arsenal..

Atikah dan spy Atikah sekarang ini sedang berkawan rapat dengan egen pemain muda Feyenoord iaitu Luc Castaignos untuk mendapat berita tentang perjanjian antara Arsenal dengan Feyenoord untuk Luc Castaignos..

Ejennya tanpa segan silu berkata Feyenoord amat gembira dengan tawaran Arsenal.. Dan mereka mahu Luc Castaignos kekal di Feyenoord sebagai pemain pinjaman dan mereka akan bergandingan dengan Arsenal untuk mengilap bakat Luc Castaignos..

Namun Arsenal akan menghantar Ivan Gazidis untuk mengesahkan perjanjian tersebut pada bulan Julai ini.. Ejennya juga berkata Arsenal telah menewaskan Liverpool dalam saingan mendapatkan Luc Castaignos..

Nilai perpindahannya dikatakan bernilai 4 juta.. Dan jelas Luc Castaignos dan Feyenoord senang dengan Arsenal selepas Arsenal bersedia menawarkan kontrak selama 5 tahun dengan 2 tahun kontrak pinjaman bersama Feyenoord..

Alex Witsel dan Steven Defour ke Arsenal dengan nilai sekitar 12 juta?? Itulah berita yang Atikah dengar.. Arsenal mempunyai peluang yang cukup cerah untuk menewaskan Aston Villa, Everton dan Marseille..

Atikah langsung tidak meragui kehebatan Staven Defour.. Kerana Atikah pernah melihat Defour bermain.. Memang cukup hebat.. Mampu menjaringkan gol.. Kapten Standart Leige ini datang ke Arsenal memang amat Atikah setuju.. Lagi pun dia masih muda.. Baru berusia 21 tahun semasa bulan April yang lalu..

Steven Defour mempunyai ketinggian 1.73 meter.. Telah menjaringkan 8 gol dalam 94 perlawanan bersama Standart Leige.. Atikah x sabar untuk lihat Defour main bersama Arsenal jika benarlah apa yang dikatakan spy Atikah nie..


Alex Witsel?? Hmm.. Berbakat jugak.. Lagi pun dia baru berusia 20 tahun.. Jadi jika kedua-duanya datang ke Arsenal ianya sudah semestinya membuatkan bahagian tengah kita dipenuhi oleh pemain tengah berbakat besar..

Jadi kedatangan mereka ke Emirates Stadium memang Atikah alukan.. Kerana Atikah tahu kemampuan mereka.. Dan good luck Ivan Gazidis dan Wenger untuk mendapatkan Luc Castaignos, Steven Defour dan Alex Witsel..

Tapi Atikah rasa best jugak kalau dapat penyerang Standart Leige iaitu Milan Jovanovic.. Tapi umur dia dah 28 tahunlah.. Tapi memang hebat.. Atikah suka tengok cara dia bagi gol.. Tapi umur dia dah 28 tahun.. Itulah yang menjadi masalahnya sekarang nie..

Mahamadou Sakho @ Mamadou Sakho dikaitkan dengan Arsenal selepas masa depannya bersama PSG berada dalam keraguaan.. Pemain pertahanan berusia 19 tahun ini bukan sahaja menjadi perhatian Arsenal namun MU juga.. Nilainya lebih kurang 8 juta..

Pemain pertahan kanan dan tengah Inter Milan dan Brazil berusia 28 tahun iaitu Maicon dilaporkan menjadi sasaran Wenger untuk mengukuhkan pertahanan Arsenal.. Maicon yang diketepikan dibawah bimbingan Mourinho mungkin akan menimbangkan tawaran untuk meninggalkan Juara Seria A itu..

Itulah berita yang Atikah dapat hari ini.. Bila ada berita terbaru nanti Atikah akan postkan.. Adios..

3 comments:

  1. Hehehe... sesungguh nya aku memang yakin that our capt Feb4 tidak akan mengikut jejak langkah Ronaldog tu... biarkan fan MU menangis dgn kehilangan dia... rasakan...

    Aku dah rasakan apa yang fan MU rasa... ketika tu our Highbury Legend The Fantastic King14 meninggalkan arsenal... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tapi skang duit MU byk tu. Boleh borong byk player..

    ReplyDelete
  3. Its such as you learn my thoughts! You seem to grasp a lot
    approximately this, like you wrote the ebook in it
    or something. I think that you could do with some percent to power the
    message home a little bit, however other than that, that is great blog.
    A great read. I'll definitely be back.
    Here is my homepage :: epl transfer rumours arsenal

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan