Fabregas naik angin!!

Fabregas bukannya marah atau naik angin sebab kekalahan mengaibkan Sepanyol kepada USA.. Namun Fabregas naik angin kepada media yang sering mereka cerita dan meragui komitmennya bersama Arsenal..

Fabregas yang jelas kecewa ditemu ramah Arsenal TV Online.. Kebetulan pula Atikah berada di situ.. Jadi Atikah mengambil kesempatan itu untuk mencatat apa yang dikatakan kapten Arsenal dan pemain pujaan dan pemain kegemaran Atikah ini..

"Saya tidak tahu berapa kali saya perlu berkata tentang komitmen saya kepada Arsenal.. Dan saya terus berkata perkara yang sama setiap masa.. Ianya selalu hadir jika saya ditemu ramah surat khabar Sepanyol.. Dan apabila sampai di England mereka memutar belitkan kata-kata saya"..

"Jadi kepada sesiapa yang tidak faham dan salah faham apakah posisi saya sekarang.. Biar saya tegaskan dengan jelas dan lancar.. Saya dengan sepenuh hatinya komitmen bersama Arsenal.. Dan masa depan saya ialah bersama kelab ini"..

"Ianya betul tentang fakta kami tidak menang trofi selama 4 tahun.. Dan saya kecewa, terkilan dan marah tentang itu.. Tapi kemarahan itu telah membuatkan jauh disudut hati saya yang saya mesti memenangi trofi bersama Arsenal"..

"Saya amat mengambil berat tentang kelab ini dan percaya pada pasukan ini.. Saya bangga menjadi kapten Arsenal.. Dan bangga menyarung jersi Arsenal.. Ianya amat menyedihkan apabila orang menyangka saya sebaliknya"..

"Semangat dalam pasukan ini amat fantastik.. Kami mempunyai keupayaan, kualiti dan mentaliti untuk memenangi sebarang trofi.. Tidak melakukan kesilapan.. Kami amat fokus dan memastikan yang kami akan menunjukkan yang kami mampu untuk menjulang trofi"..

Itulah serba lengkap kata-kata yang dihujahkan dengan penuh tegas lagi yakin kapten Arsenal.. Iaitu Cesc Fabregas.. Tiada sebarang keraguan di dalam hati Atikah.. Dan Atikah harap anda rasa sebegitu juga.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil