Fabianski sain kontrak baru!!

Atikah baru saja menerima panggilan dari spy Atikah di North London yang mengatakan Fabianski baru sahaja menandatangani long term contract.. Kontraknya dilanjutkan dari kontrak terdahulunya selama 3 tahun dan mendapat gaji sebanyak 45 ribu pound seminggu.. Cukup lumayan bukan?? So Atikah harap Fabianski membalasnya dengan menunjukkan aksi yang lebih mantap..

Nampaknya Fabianski mengikut jejak langkah Walcott yang baru-baru ini menandatangani long term contract.. Bila pulak si Van Persie?? Malu-malu kucing pulak dah si Van Persie dan Arsenal nak pergi ke meja rundingan..

Okey Atikah dah bercakap dengan si Fabianski selepas dia sain kontrak baru tu.. Fabianski berkata dia amat gembira kerana Arsenal masih memerlukannya dan mempercayainya.. Dan dia akan cuba membalasnya dengan membantu untuk memenangi sesuatu pada masa hadapan..

Atikah ucapkan selamat maju jaya buat Fabianski untuk mengimprovekan dirinya untuk kebaikan Arsenal dan dirinya sendiri.. Atikah Trust Fabianski kerana Atikah tahu Fabianski mampu lakukan lebih baik dari apa yang Fabianski tunjukkan sekarang..

Amauri Bischoff yang akan tamat kontraknya pada musim panas ini masih belum diberikan tawaran kontrak baru.. Tiada tanda-tanda yang Arsenal bersedia menawarkan kontrak kepada Bischoff selepas Bischoff membuat syarat..

Bukan mahu gaji naik.. Tapi mahu bermain dengan lebih kerap.. Sesuatu yang agak sukar diberikan Wenger dan Arsenal.. Jadi Atikah ucapkan selamat tinggal buat Amauri Bischoff.. Walau di mana pun anda berada Atikah megharapkan kejayaan dalam karier anda..

Tomas Rosicky.. Seorang lagi pemain yang akan tamat kontrak penghujung tahun ini.. Atikah pun x tahulah sama ada Wenger dan board Arsenal nak tawarkan kontrak baru kepada Rosicky.. Tetapi jika Rosicky berjaya pulih sepenuhnya sudah semestinya Wenger dan board Arsenal akan mengemukakan tawaran lanjutan kontrak..

Wenger pernah berkata yang dia mahu melanjutkan kontrak Bendtner.. Namun masih belum ada sebarang perbincangan lagi.. Kalau x silap Atikah kontrak Bendtner sehingga 2012.. Namun selepas Bendtner berjaya menunjukkan aksi yang x kurang hebatnya bersama Arsenal musim ini telah membuatkan Wenger mahu mengikat Bendtner dengan lebih lama..

Jadi Atikah harap Wenger sepantas yang boleh menyelesaikan konflik kontrak ini.. Sebab perkara-perkara sebegini mampu menarik minat kelab lain untuk mengambil kesempatan.. Dan ia juga membuatkan fan Arsenal resah mendengarnya.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil