Bye-bye Gallas & Selamat datang Vermaelen

Ramai fan Arsenal yang lepak dekat Arsenal Malaysia bincang pasal topik ini.. Pilih di antara Gallas dan Toure yang akan tinggalkan Arsenal.. Mungkin ada yang x nak kehilangan kedua-duanya.. Tapi cuba kita fikir kebaikan kita melepaskan William Gallas daripada kehilangan Kolo Toure..

Kepergiaan Gallas sudah semestinya membuatkan keadaan kem Arsenal kembali tenteram.. Wenger sendiri juga dilaporkan bersedia menjual Gallas kepada AC Milan mahu pun Juventus walaupun secara percuma..

Namun AC Milan dan Juventus dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak 4 juta dan tiada langsung tanda-tanda Wenger akan menolak tawaran tersebut ataupun meminta Gallas stay di Emirates Stadium..

Boleh dikatakan hampir semua pemain Arsenal tidak senang dengan kenyataannya dan mula tidak bertegur sapa.. Namun pada perlawanan menentang Hull City dalam kempen Piala FA di mana Gallas menjaringkan gol penuh kontreversi untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal.. Seakan-akan mampu untuk memulihkan hubungan Gallas dan pemain Arsenal terutama sekali dengan Van Persie..

Sayangnya Toure tidak turut serta.. Walaupun dalam beberapa perlawanan Arsenal dimana Gallas dan Toure bergandingan adanya cleen sheet.. Walaupun mereka tidak bertegur sapa.. Mereka cuba menunjukkan sifat profesional mereka.. Namun di mata fan Arsenal nampak kekeruhan hubungan mereka..

Kolo Toure telah menyatakan hajatnya untuk meninggalkan Emirates Stadium kepada Wenger semasa musim perpindahan musim sejuk yang lalu.. Ramai fan Arsenal yang terkejut.. Dan disaat inilah Manchester City dilaporkan bersedia untuk mendapatkan khidmat Toure..

Namun akhirnya Toure membuat keputusan untuk stay bersama kelab kesayangannya ini.. Perkara ini jelas mengembirakan fan Arsenal.. Namun fan Arsenal sedar hakikatnya.. Wenger sudah semestinya bakal menjual salah seorang pemain ini untuk mengembalikan keadaan tenang di padang latihan..

Atikah sendiri sebagai pemain akademi skuad Ladies Arsenal (berangan) mengetahui hakikatnya.. Ialah Atikah sering tanya dekat Vic Akers.. Vic Akers selalu bagi nasihat dekat Wenger.. So Atikah pun tanyalah..

Atikah: Coach.. ada masa x?? Nak tanya pasal pasukan skuad lelaki nie..

Akers: Ohh.. Nak tanya pasal apa??

Atikah: Bukannya apa coach.. Atikah cuma risaulah dengan keadaan kem skuad lelaki tu.. Ianya mampu mempengaruhi corak permainan mereka nanti..

Akers: Buat apa nak dirisaukan.. Atikahkan main dekat skuad akademi Ladies Arsenal.. Lebih2 lagi Atikah kapten skuad nie..

Atikah: Atikah tahu tanggungjawab Atikah.. Tapi x bestlah asyik tengok skuad lelaki Arsenal kalah.. Sakit hati Atikah nie..

Akers: Entahlah Atikah.. Saya pun x tahu.. Tapi seperti biasa Wenger pasti akan back pemain dia.. Dan cuba menutup rumours2 yang media siarkan itu..

Jadi dari perbincangan Atikah yang dah lebih kurang semasa bulan Disember yang lalu.. Atikah membuat kesimpulan yang sebenarnya kenyataan Wenger yang mengatakan perlawanan menentang Villareal yang lalu bukanlah perlawanan terakhirnya adalah cuma penipuan Wenger..

Jadi kita bersiap sedialah mengucapkan selamat tinggal kepada Gallas.. Dan selamat datang kepada Vermaelen.. Yuran perpindahan Vermaelen dilaporkan sekitar 10-12 juta.. Jadi baik kita terima kehilangan Gallas dari Toure..

Atikah akan cuba bagi cadangan kepada Wenger untuk menjual Silvestre nanti.. Siapa yang akan gantikan Silvestre?? Atikah cadangkan kita tidak perlu membeli pemain pertahanan yang bertaraf bintang.. Kita yang akan buat pertahanan bertaraf bintang..

Atikah cadangkan kita beri peluang kepada Harvard Nordveit.. Wenger perlu mengilap bakat Nordveit yang memang cukup berbakat ini.. So apa tunggu lagi Wenger?? Lagi pun bulan Jun depan umur Nordveit dah 19 tahun.. Buat apa tunggu lama-lama..

Umur tu boleh dikatakan cukup matang untuk menjadi seorang back up defend yang lagi bagus dari Silvestre.. Lagipun Nordveit amat berbakat dan cukup berkualiti untuk menjadi seorang pemain pertahanan kental Arsenal suatu hari nanti..

Ini cuma pandangan Atikah.. Lagi pun kita tidak rugi apa-apa pun kalau bagi peluang untuk Nordveit masuk dalam skuad senior Arsenal.. Sebenarnya perkara sebeginilah yang akan memberikan kelebihan kepada kita pada masa akan datang.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil