21 June 2009

Artikel khas Thomas Vermaelen

Sebelum kehadiran Thomas Vermaelen begitu kuat desas desus kehadirannya ke Emirates Stadium.. Ada yang hanya menganggap ianya hanya khabar angin.. Namun tidak kepada Atikah yang amat mempercayai rumours ini..

Ianya juga mendorong Atikah menghantar 2 spy ke Belanda dan untuk mengikuti berita terkini tentang Thomas Vermaelen.. Berapakah jumlah perpindahannya ke Arsenal?? Atikah tidak dapat memberi jawapan yang tepat..

Ye lah.. Wenger suka berahsia tentang nilai perpindahan pemain.. Namun mengikut spy Atikah nilai perpindahan Vermaelen di dalam lingkungan 10-12 juta euro.. Dan akhirnya Wenger melakukan urusan belian pemain pada bulan Jun..

Mengikut kenyataan rasmi kelab Ajax nilai perpindahan Vermaelen bernilai 12 juta euro.. 10 million fixed and 2 million variable..

Tidak seperti kebiansannya Wenger selalu membeli pemain di saat-saat akhir.. Wenger juga memberikan isyarat kepada peminat Arsenal yang Wenger akan berbelanja habis-habisan untuk megukuhkan pasukan..

Vic Akers membuat keputusan untuk tidak memberikan lagi nombor jersi kepada Vermaelen memandangkan perpindahan Vermaelen terlalu awal.. Namun digembar gemburkan Vermaelen bakal menyarung jersi bernombor 6 milik Senderos..

Namun jika ianya benar.. Kita terpaksa menunggu hingga secara rasminya Senderos meninggalkan Arsenal..

Arsene Wenger sempat ditemu bual spy Atikah yang berada di North London semasa perjanjian tersebut dijalankan.. Mari kita ikuti temu bual spy Atikah dengan Wenger..

Spy: Apa perasaan anda tentang kehadiran Vermaelen??

Wenger: Thomas merupakan signing terbaik Arsenal.. Dan kami semua gembira kerana dia menyertai kami.. Thomas merupakan pemain yang bagus dan mempunyai pengalaman dalam Champons League dan UEFA Cup.. Dia juga merupakan pemain tetap skuad Belgium..

Spy: Apakah kelebihan Vermaelen??

Wenger: Thomas merupakan pemain pertahanan tengah bekaki kiri.. Dia juga mampu beraksi di bahagian bek kiri.. Secara tekniknya dia amat kuat dan mempunyai semangat untuk menang.. Dan saya tidak ragu-ragu tetang kehadiran Thomas bakal memperkukuhkan pasukan.. Kehadiran Thomas Vermaelen merupakan aset terbesar Arsenal..

Okey kalau dah temu ramah Wenger.. Mestilah kena temu ramah si Vermaelen juga.. So mari kita ikuti sesi temu bual spy Atikah dengan new Arsenal singning Thomas Vermaelen..

Spy: Perasaan anda apabila meninggalkan Ajax??

Tom: Sejujurnya saya amat sedih apabila meninggalkan Ajax.. Dan saya mahu berterima kasih kepada semua orang kerana pertolongan mereka dan persahabatan yang terjalin selama tempoh 8 tahun yang lalu..

Spy: Perasaan anda apabila menyertai Arsenal??

Tom: Saya amat gembira untuk menyertai Arsenal.. Ianya merupakan pasukan yang hebat, mempunyai pengurus bertaraf dunia, pemain yang amat berkualiti dan berbakat dan stadium yang hebat..

Spy: Mengapa Tom memilih Arsenal??

Tom: Semuanya sudah tersedia untuk Arsenal melalui musim yang cemerlang.. Saya menyertai kelab ini kerana saya tahu Arsenal bakal bersaing untuk memenangi trofi.. Saya telah merasai saat yang bagus dalam Champions League semasa bersama Ajax.. Dan saya mahu merasainya kembali bersama Arsenal.. Saya juga mahu bermain di dalam EPL.. Di mana bagi saya ianya merupakan liga terbaik di dunia..

Spy: Pesanan buat fan Arsenal??

Tom: Saya berjanji kepada semua fan Arsenal yang saya akan berikan yang terbaik untuk kelab ini.. Dan saya harap kami mampu untuk memenangi trofi musim hadapan..

Vermaelen bakal bertemu rakan sepasukannya yang lain pada sesi latihan pre-season nanti..

P/S: Klik sini untuk tengok Vermaelen first interview bersama Arsenal..

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan