Arshavin meresahkan fan Arsenal!!

Mungkin segelintir fan Arsenal tahu yang Arshavin sebenarnya merupakan fan Barcelona sejak dia kecil lagi.. Namun ianya tidak meresahkan fan Arsenal apabila Arshavin datang ke Arsenal.. Namun apa yang Atikah nak katakan kali ini sudah semestinya meresahkan fan Arsenal..

"If I have the chance to play for Barcelona, I'd be really happy.." Jika dalam bahasa melayu.. "Jika saya mempunyai peluang untuk bermain bersama Barcelona, saya akan sangat gembira".. Apa komen anda pasal kenyataan Arshavin ini??

Atikah x boleh nak komen apa-apa.. Atikah akan hantar seorang spy Atikah untuk mencari dan mendapatkan kenyataan Arshavin tentang 'kenyataannnya' itu..

Aaron Ramsey ke Birmingham City?? Secara pinjaman?? Memang bagus untuk Aaron Ramsey.. Kerana ianya mampu untuk memberikan pengalaman berguna kepada Aaron Ramsey.. Tapi kalau boleh janganlah pasukan Birmingham..

Abu Agogo secara sahnya akan meninggalkan skuad simpanan Arsenal musim panas ini selepas menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Dagenham & Redbridge yang beraksi di dalam Liga Divisoin 2.. Agogo merupakan pemain pertahanan berusia 20 tahun..

Paul Rodgers merupakan seorang lagi pemain pertahanan skuad simpanan Arsenal berusia 20 tahun yang akan meninggalkan Arsenal musim panas ini.. Ke mana arah tujunya x dapat untuk Atikah pastikan..

Mengejutkan.. Itulah yang boleh Atikah katakan apabila Atikah mengetahui pemain sayap skuad simpanan Arsenal yang berusia 18 tahun ini telah ditamatkan kontraknya bersama Arsenal.. Pemain itu ialah Jonas Rasmussen..

Rasmussen yang baru sahaja menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada musim 2008/2009 yang lalu.. Switzerland atau Denmark.. Itulah tempat yang mahu dituju pemain sayap kanan ini..

Apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga pemain skuad simpanan Arsenal ini selepas meninggalkan North London.. Mana tahu suatu hari nanti anda semua akan kembali ke North London dengan mewakili Arsenal.. Segalanya tidak mustahil bukan.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil