4 pemain tandatangan kontrak profesional & 8 pemain dilepaskan Arsenal

Cedric Evina pemain pertahanan kiri berusia 17 tahun ini mendatangani kontrak profesional bersama Arsenal..
Craig Eastmond merupakan pemain pertahanan berusia 19 tahun.. Menandatangani kontrak Profesional pertamanya bersama Arsenal.. Eastmond juga mampu beraksi sebagai pemain tengah..
Luke Ayling pertahanan berusia 18 tahun ini menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.. Ayling merupakan seorang pemain pertahanan yang cukup handal di udara..
James Shea (18 tahun).. Penjaga gol kedua skuad simpanan Arsenal secara rasminya telah menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.. Shea merupakan penjaga gol berbakat.. Dan mungkin suatu hari nanti kita akan melihat debutnya bersama Arsenal..
Satu-satunya bukan pemain skuad simpanan yang Arsenal lepaskan.. Bischoff telah tamat kontraknya pada musim panas ini.. Dilaporkan mungkin Bischoff akan ke PSG pada musim hadapan..
Pemain kedua yang dilepaskan Arsenal ialah pemain tengah berusia 20 tahun iaitu James Dunne.. Dunne menyertai Arsenal dari Wimbledon pada 10 Oktober 2007.. Sain kontrak profesional pada 2007..
Pemain penyerang pinjaman berusia 19 tahun ini menjadi pemain ketiga yang dilepaskan Arsenal.. Rui Fonte mungkin akan kembali ke kelab asalnya iaitu Sporting Lisbon selepas Arsenal tidak mahu mengambilnya sebagai pemain tetap..

Fonte telah membuat debut pertamanya bersama skuad senior pada 11 November 2008 menentang Wigan dalam saingan Piala Liga.. Namun Fonte hanya masuk sebagai pemain gantian..
Pemain keempat yang dilepaskan Arsenal ialah pemain pertahanan berusia 20 tahun iaitu Abu Ogogo.. Menyertai Arsenal dari Wimbledon pada 10 September 2007.. Sain kontrak profesional pada 2007.. Dan kini akan menuju ke Dagenham & Redbridge selepas menandatangani kontrak bersama pasukan tersebut..
Pemain kelima yang dilepaskan Arsenal ialah pertahanan berusia 20 tahun iaitu Paul Rodgers.. Rodger menyertai Arsenal pada 1 Ogos 2007.. Menandatangani kontrak profesionalnya pada 2007.. Sudah membuat debut bersama skuad senior 2 Disember 2008 yang lalu pada saingan Piala Liga menentang Barnet di mana Arsenal tewas 2-0..
Pemain keenam yang dilepaskan Arsenal ialah pemain pertahanan berusia 19 tahun iaitu Rene Steer.. Steer mula menyertai Arsenal semasa usianya baru sahaja 13 tahun.. Telah menandatangani kontrak profesional pada 2007..
Pemain ketujuh yang dilepaskan Arsenal ialah pemain tengah berusia 20 tahun iaitu Vincent Van Der Berg.. Van Der Berg menyertai Arsenal pada 1 Julai 2006 dari kelab Heerenveen.. Van Der Berg pernah beraksi pada lewat permainan pada perlawanan testimonial untuk Dennis Bergkamp..
Pemain kelapan yang dilepaskan Arsenal ialah pemain pertahanan skuad simpanan berusia 18 tahun iaitu Anton Blackwood.. Blackwood menyertai Arsenal pada 30 Julai 2007 yang lalu dari Northampton Town.. Blackwood yang merupakan peminat Arsenal hanya membuat 12 penampilan bersama skuad U-18 Arsenal..

Atikah ucapkan selamat berjaya dalam karier mereka selepas meninggalkan Arsenal.. Kerana sesungguhnya walaupun mereka dilepaskan Arsenal namun mereka ialah pemain yang amat berbakat dan berkualiti.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil