Wenger: My Summer Transfer Window dan tentang Gibbs

Arsene Wenger mengejar seorang atau dua orang pemain berpengalaman pada musim perpindahan ini.. Tetapi bukan penyerang..

Dengan gagal untuk menamatkan kemarau 4 musim tanpa piala Wenger telah ditanya tentang musim perpindahan ini pada pre - metch conference semalam.. Seperti biasanya beliau menyatakan perkara utama ialah dengan memastikan pasukan sekarang ini kekal.. Dan beliau menambah walaupun beliau memasuki pasaran perpindahan beliau tidak akan merombak keseluruhannya..

"Saya tidak mengejar mana-mana pemain pada masa ini," Wenger berkata.. "Saya percaya yang saya perlu mengekalkan keseluruhan pasukan yang ada".. "Kami akan membeli 1 - 2 orang pemain pada musim panas untuk menguatkan pasukan tetapi kami sudah mempunyai banyak pemain penyerang".. "Jika kami beli kami tidak akan membeli pemain yang tidak berpengalaman memandangkan kami sudah ada"..

Atikah sebenarnya setuju dengan Wenger yang tidak mahu membeli pemain penyerang dan pemain yang x berpengalaman.. Kita perlu ingat pasukan simpanan kita mempunyai pemain yang cukup bagus.. Namun seperti biasa belum cukup pengalaman.. Jadi mengapa kita perlu beli pemain seperti itu?? Ini beberapa nama yang dicadangkan zb_bro kepada Atikah..

Alessandro Rosina - Torino - Attacking Mid-age 25
Gökhan Inler - Udinese Calcio - Centre Mid-age 24
Miguel Veloso - Sporting Lisbon - Defensive Mid-age 22

Bagaimana?? Okey x?? Tapi ini hanya cadangan zb_bro sahaja.. Okey disini kita layan kata-kata Wenger tentang Gibbs..

Arsene Wenger tidak akan teragak-agak untuk menurunkan Gibbs dalam kesebelasan utama pada pertemuan menentang Chelsea esok.. Gibbs yang melakukan kesilapan selepas gagal mengeluarkan bola hantaran lintang Ronaldo untuk memberikan gol pertama MU..

Di dalam pre-match press conference, Wenger mengakui Gibbs tertekan selepas melakukan high profile mistakes.. Dan perlawanan menentang Chelsea merupakan peluang terbaik Gibbs untuk melupakannya..

"Ya saya akan beri beliau bermain menentang Chelsea.. Perkara yang perlu dilakukan selepas seseorang pemain melakukan kesilapan sebegitu ialah dengan memberikannya peluang bermain lagi", kata Wenger..

"Beliau amat merana kerana dia merasakan itu kerjanya, bila anda bertahan ia bukannya untuk melakukan kesilapan.. Saya cuba bercakap dengannya untuk beliau bangkit kembali, tapi ia perlukan masa untuk pulih dari perkara sebegitu.. Malangnya, bila anda pemain muda anda akan melakukan kesilapan sebegitu"..

"Saya masih tidak faham mengapa beliau slip dan beliau juga tidak tahu mengapa.. Saya yakin, seperti semua pemain kaki kiri, beliau tidak mampu membuat keputusan.. ' Perlukah saya guna kaki kiri atau kaki kanan'.. Kerana selalunya untuk membuat clearance anda perlu mengunakan kaki kanan"..

Atikah x rasa pun yang penyebab kekalahan kita berpunca dari kesilapan Gibbs.. Beliau masih muda, berbakat dan masih banyak yang perlu dia improve.. Kita perlu ingat Gibbs merupakan pemain sayap kiri bukannya bek kiri.. Dan beliau hadir sewaktu kita mempunyai perlawanan besar.. Gibbs dan Clichy.. Tidak banyak bezanya cuma dari segi pengalaman sahaja.. Jadi kita x boleh salahkan Gibbs 100%.. Atikah dan peminat Arsenal di Malaysia akan berada di belakang anda Gibbs.. KEEP UP THE GOOD WORK!!

Comments

  1. yeah..gibbs tlh melakukan tugasnya dgn baik dan kesilapan sebegitu bleh berlaku kpd sesiapa shj, clichy juga pernah melakukan kesilapan krn itu sememangnya bola sepak.. pd umurnya yg masih muda byk lg akan dipelajarinya dan bermain dgn kerap adlh cara yg terbaik utknya belajar seterusnya menimba pengalaman dr perkara itu.. kami ttp menyokongmu..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tikah kerana memaparkan dan memberi ruang pada cadangan aku... terharu aku... huhuhu...
    kenapalah di mata ko cuma ada si achabing bukan aku???...

    Gibbs... dia sememangnya salah satu aset arsenal yang berharga dan pasti bersinar di masa hadapan yang bakal menjadi sub kepada si clichy setelah clichy berjaya mengambil alih tempat si Cashley Cole... berkenaan kegagalan dia mengimbangkan diri tu bagi aku biasalah mana ada permain bola yang tak slip... cuma saat dan waktu dia slip tu bukanlah pada masa dan tempat yang sesuai... lagipun mana ada org boleh tahu bila nak slip... hehehehe

    ReplyDelete
  3. dah la zb_bro..mana la dia nk pndg kita ni.. pd nya hanya achabing yg bleh beri kebahagiaan kpdnya.. dah lah yg sudah tu sudah.. kita bina je lah hidup yg baru, agak2 x bleh bina habispun bina kasi siap sparuhpun jd lah...

    ReplyDelete
  4. Tu lah pasal... nampak gaya terbengkalai ler projek untuk memeriahkan kehidupanku ini... takkan nak mintak dia jadi kekasih gelap ku pulak sebab si achabing tu sangat terang penglihatan nya... huhuhu... kita berdua sabar aje onars

    ReplyDelete
  5. mmg achabing terang lg bersuluh..tp aku da sabar lah ni kalu x sabar da sabak bernam dah..

    ReplyDelete
  6. haha.. ish3.. onars ngan zb_bro nie lah.. mana ada atikah jadi kekasih achabing.. just kawan seperjuangan bersama arsenal je.. samalah ngan onars dan zb_bro gak.. atikah x de bf pun lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil