Wenger ke Bernabeu Ancelotti ke Stamford Bridge??

Okey dekat sini Atikah nak mengesahkan yang Carlo Anclelotti akan mengendalikan Chelsea pada musim panas ini.. Dan ini nampaknya akan mengembirakan peminat Arsenal kerana kemungkinan besar Adebayor akan berhijrah ke Chelsea terjadi..

Namun ada satu berita yang mungkin akan mengecewakan kita.. Seperti yang kita tahu Wenger telah pun menolak tawaran untuk mengendalikan Manchester City dan Bayern Munich.. Tapi Wenger tidak menolak tanggapan akan mengendalikan Real Madrid!!

Wenger mengesahkan yang dia bersedia berhijrah ke Bernabeu jika Florentino Perez menjadi Presiden kelab tersebut.. Dan mengatakan yang perancangan Perez amat menarik perhatiannya..

Namun Wenger menyatakan yang dia akan kekal sehingga kontraknya tamat pada 2011 nanti.. Namun yang paling penting sekarang ini ialah dia mahu merampas kejuaraan daripada MU musim hadapan.. Dan itulah yang dia katakan kepada Alex Ferguson..

Dan Wenger juga mengatakan yang Adebayor tidak akan kemana-mana dan begitu juga semua pemain yang masih mempunyai kontrak.. Namun jika kelab memutuskan untuk melepaskan mereka itu akan menjadi sebaliknya..

Wow x sabar nak tengok Tony Adams dan Dennis Bergkamp mengendalikan Arsenal.. Apa tunggu lagi Adams dan Bergkamp.. Pergilah dapatkan pengalaman yang secukupnya untuk mengendalikan Arsenal nanti..

Okey itulah berita sensasi yang Atikah dapat.. Okeylah nak pergi dulu.. Nak cari berita-berita panas lagi.. Adios..

Comments

  1. ishh3..mcm2 khabar yg berangin ni ye..ngan AW skali nk transfer club yek..nmpak gaya seme plyr real bertaburan sana sini ar sbb AW suka belasahan tahun je..raul confirm blk kg apply cikgu je..ah imposible ni.. AW ni sgt lah bagus bab menghidu bakat2 muda yg pengurus lain x nmpak.. tp mslhnya bila ssorang plyr ni dah mcapai ke tahap terbaik mrk mula lah club2 lain nk pancing,AW pun dgn murah hatinya mlepaskan plyr2 ni pegi begitu sj.. jd apa hasil yg club dpt sbnrnya? duit? kayanya ssbuah club bkn pd penjualan plyr atau amalan berjimat cermat club,real madrid adlh club yg byk membeli plyr dgn harga yg mahal tp masih mjd club yg terkaya di dunia krn mrk memiliki plyr bertaraf dunia, supporter yg ramai dan pelaburan yg bijak... rasanya wenger perlu menukar atau plg tidak mengubah sdikit sistem yg diamalkan sblm ni.. Ajax, club yg juga bijak mcari dan mengasah bakat muda, club yg berpotensi besar tp kewangan mrk agak lemah.. sbb itu smpai 1 ms plyr mrk akan dijual kpd club2 besar bg menampung kewangan mrk.. Arsenal yg berada dlm top 5 club terkaya dunia juga mengamalkan sistem ni, jd apa yg club dpt setelah bermusim2 mgamalkan sistem ni? mungkin club bertambah kaya, aset semakin banyak..tp utk penyokong dan peminat apa ganjarannya? jd renung2kan dan selamat beramal..Welahhoo gunners..

    ReplyDelete
  2. wenger kata die berminat dengan perancangan si florentino perez tu.. atikah x pastilah betul ke x.. untuk pengetahuan onars, kita sekarang ini berada di kedudukan ketiga kelab terkaya dunia.. harap maklum..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil