30 May 2009

Wenger bersedia menjual Eboue, Gallas & Adebayor!!

Spy Atikah memberikan Atikah berita yang cukup menggemparkan selepas dia memberitahu Wenger akan melepaskan Eboue, Gallas dan Adebayor.. Jika setakat Gallas dan Adebayor Atikah x kisah.. Tetapi Eboue!! Di saat peminat sudah mula gembira dengan aksinya Wenger pula mahu menjualnya..

Gallas.. Bekas kapten Arsenal ini dianggap menjadi punca utama keadaan di bilik persalinan Arsenal tidak tenang musim ini.. Walaupun menunjukkan sifat profesional di atas padang namun hubungannya dengan rakan sepasukannya tidak mampu diselamatkan lagi..

Mungkin inilah salah satu faktor Wenger mahu melepaskan Gallas pergi secara percuma.. AC Milan dan Juventus bersedia mendapatkan khidmat Gallas dan seterusnya membawanya ke Itali.. Atikah cukup senang dengan kepergiaan Gallas ini..

Sebabnya ialah kerana Atikah menyedari pemain-pemain Arsenal tidak selesa untuk bekerja dengannya.. Walaupun mereka cuba untuk menunjukkan sifat profesional namun peminat setia The Gunners mampu merasainya..

Eboue berjaya bangkit dan menutup peminat The Gunners yang mengkritiknya.. Berjaya menempatkan dirinya di hati peminat setia The Gunners.. Namun jika Wenger melepaskannya ianya sudah semestinya mengejutkan beberapa peminat setia The Gunner.. Terutama sekali Atikah.. Athletico Madrid dilaporkan bersedia mendapatkan tandatangan Eboue..

Kali ini Wenger mahu mendengar seranan peminat dengan menjual Adebayor.. Jadi Adebayor perlu memilih sama ada pergi ke AC Milan, Inter Milan, Chelsea atau pun Manchester City.. Ianya sudah semestinya mengembirakan hampir kesemua peminat The Gunners.. Dengan kemungkinan besar penyerang Bordeaux iaitu Maroune Chamakh akan mengantikan Adebayor..

Amauri Bischoff nampaknya bakal meninggalkan Arsenal sebagai Free Agent memandangkan tiada tanda-tanda Wenger berniat untuk mengekalkannya Paris ST Germain dilaporkan menjadi destinasi utama Bischoff..

Berita ini sudah semestinya menyedihkan Atikah memandangkan Bischoff merupakan pemain yang bagus dan berbakat besar.. Namun masalah utamanya ialah kecederaan berpanjangannya.. Apa-apa pun Atikah ucapkan selamat berjaya untuk Bischoff walau dimana pun dia beraksi..

Sebelum itu Atikah nak memohon maaf sebab Atikah terpaksa membatalkan undian Siapakah pemain terbaik tahunan Arsenal U-21 kerana Atikah membuat sedikit kesilapan.. Jadi undian tersebut akan dilakukan kembali.. Harap maaf.. Adios..

3 comments:

  1. painkillerz;
    Eboue kalo jual brapa? iskh! Eboue ni lih back-up main mana2 posisi la...kalo blaku kecederaan cam tahun ni..ada si Eboue ni...lih la jugak digunapakai

    ReplyDelete
  2. mcm berat plak nak kasi si eboue ngan gallas blah. tapi kalau nak blah tu, blah jer laaaa

    Adepoyo nak masok mane2 pon tk kesah. masok westbrom pon tkpe. org tk hadam die dah!!

    ReplyDelete
  3. huhu..sape pengganti gallas.. :D

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan