Walcott menandatangani long term kontrak!!

Theo Walcott akhirnya mengotakan janjinya untuk kekal bersama Arsenal dengan menandatangani kontrak long term bersama Arsenal.. Dan ini juga bermaksud pasukan lain yang berangan mengambil khidmatnya akan kecewa..

Ini kata-kata dari si happy Walcott.. "Saya amat gembira di sini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanggungjawab membawa saya sampai ke peringkat ini dalam karier saya"..

"Bersama dengan kepercayaan kepada rakan sepasukan, pengurus dan kesemua staff, mereka semua telah berada di belakang saya selama bersama Arsenal"..

Wenger pula mengulas mengenai Walcott yang baru sahaja menandatangani kontrak baru.. " Walcott ialah pemain yang hebat di dalam keupayaan dan kepantasan, dan telah mengembangkan bakatnya dengan sungguh baik musim ini"..

" Dengan umurnya baru berusia 20 tahun, Walcott mempunyai bakat yang besar untuk beberapa tahun akan datang.. Dan kami semua ingin melihatnya berkembang dengan lebih baik di dalam jersi Arsenal"..

Walcott pula menambah, " Ia cukup fantastik untuk berkerjasama dengan pengurus yang hebat dan beraksi di Stadium Emirates".. " Saya hanya mahu terus beraksi bersama kelab ini dan melihat banyak kejayaan yang akan mendatang"..

Dan ini pula kenyataan Walcott apabila ditanya Arsenal TV..

S: Theo, betapa gembiranya anda selepas menandatangani kontrak bersama Arsenal??

J: Ya, sudah semestinya saya gembira.. Cara pengurus mengurus pasukan, pemain yang di bawa masuk terus sahaja berjaya menjadi sebahagian dari pasukan.. Ia cukup fantastik untuk bekerja bersama pengurus terbaik di dunia, dan stadium di belakang saya ( Emirates Stadium ) adalah sebuah tempat yang cantik untuk bermain dan saya mahu terus bersama kelab sepanjang kerier saya..

S: Anda telah bersama Arsenal selama 3 tahun, dan apa yang anda telah belajar dari Arsene Wenger??

J: Ia seperti yang saya cakap sebelum ini, dengan hanya bercakap dengan pemain beliau tahu untuk mendapat yang terbaik dari pemain.. Pemain yang di bawa masuk terus sahaja berjaya bersama pasukan dan menunjukkan potensi mereka.. Contohnya kami berjaya mendapatkan Andrei Arshavin yang berjaya dengan pantas dan beliau telah melakukan perkara yang fantastik kepada kami dan berharap beliau dapat bersama pasukan yang memenangi sesuatu musim hadapan..

S: Anda masih muda tetapi anda berjaya memberikan aksi terbaik pada sesetengah perlawanan.. Dan berapa banyak lagi yang akan ditunjukkan anda??

J: Saya tidak mahu mengangkat diri saya, masih banyak benda yang perlu dilakukan yang saya mahu lakukan.. Saya perlu terus bekerja keras, mencuba dan mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan dan menjaringkan sebanyak gol yang boleh.. Apa yang penting ialah memenangi trofi dan saya yakin pasukan ini mampu untuk memenanginya..

S: Ini yang saya nak tanya, dengan keputusan pada perlawanan menentang MU dalam Champions League dan anda masih yakin akan kejayaan yang akan hadir ke Emirates Stadium??

J: Ya ia telah dijelaskan, separuh akhir dalam saingan FA Cup dan Champions League sudah menjadi pencapaian terbaik kami.. Kami mungkin menjadi pasukan underdog dalam peringkat tersebut dan kami berjaya menunjukkan karekter.. Pasukan ini mempunyai peluang untuk memenangi sesuatu terutamanya kepada peminat yang memberikan sokongon x berbelah bagi sepanjang musim ini.. Kami mahu memenanginya untuk mereka dan kemudiannya melihat berapa banyak piala dan medal berjaya kami menangi..

S: Dan mengenai piala, kekecewaan pada Champions League yang lalu adakah mampu untuk kita menangi sesuatu as soon as posible??

J: Ya ia sudah ada bersama pasukan ini.. Arshavin, Ade, Robin dan Cesc.. Saya boleh menyenaraikan kesemua pemain dalam pasukan kerana saya tidak suka memuji kehebatan induvidu.. Kami berharap dapat bersaing dalam saingan liga.. Seperti saya menandatangani pemain lain dan menunjukkan kepada mereka apa yang boleh lakukan musim hadapan dan memenangi sesuatu..

S: Apa yang berada di dalam fikiran untuk mengekalkan pemain pada musim panas ini dan perjanjian anda sebagai sebahagian dari proses..

J: Ya, saya berharap seperti saya dan Robin dan pemain lain yang mempunyai baki kontrak yang hampir tamat, ia menunjukan kepercayaan saya kepada pasukan kerana pasukan ini mampu pergi jauh.. Seperti yang saya kata tadi karekter yang kami ada, dari perlawanan di Rome sudah semestinya.. Tiada siapa yang percaya yang kami mampu memenangi sepakan penentuan penalti tetapi saya menjumpai sesuatu yang istimewa di sana.. Setiap kali kami menyejukkan badan saya melihat pasukan dan melihat ada beberapa pemain terbaik yang kami ada dan saya mahu menjadi sebahagian dari mereka dan berharap kami mampu menjadi seperti MU, Liverpool dan Chelsea dan memberikan cabaran musim hadapan..

S: Dan yang terakhir, kita dapat lihat peminat agak sedikit kecewa sekarang ini.. Adakah anda mempunyai sedikit mesej yang mampu menaikkan semangat mereka buat masa ini..

J: Well ia sudah lepas dan kita perlu lupakan perlawanan itu dan melihat kehadapan dan kita mempunyai beberapa perlawanan penting selepas ini.. Saya berharap kita akan berjaya mendapat tempat ketiga, kita perlu percaya tentang itu tetapi saya sudah bersedia untuk musim hadapan, musim hadapan akan menjadi musim yang hebat untuk saya dan kelab dan saya bersedia untuknya..

Okey itulah kata2 dari Walcott yang telah mengesahkan komitmennya bersama Arsenal.. Sudah semestinya ia mengembirakan peminat Arsenal yang risau tentang sama ada Walcott akan stay atau tidak di Arsenal.. Kepada pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat Walcott, bye2 jelah.. Sekian artikel Atikah tentang Walcott yang baru sahja menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.. Adios..

Comments

  1. terkenang betul larian solo wallcott masa UCL season lps vs Liverpool shingga mghasilkan gol.. syg ms tu kita tewas 2-4 dek krn babel yg gagah perkasa tp bleh jd lembik cam sotong lak dlm kotak penalti..aku mmg igt smpi skrg melebihi kekalahan kpd man u..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil