Van Persie jelmaan Dennis Bergkamp


APABILA Robin van Persie tiba di Arsenal pada 2004, pengurus kelab, Arsène Wenger meminta pemain senior, Dennis Bergkamp membimbing pemain muda itu.

Hubungan mereka tidak seperti mentor-protege yang biasa kerana Bergkamp banyak mengejek rakan senegaranya itu dalam proses membimbingnya.

"Sesetengah pemain Belanda suka begitu," katanya.

Kadangkala Van Persie bagaikan kabur untuk bertanya soalan apabila ditanya Bergkamp dan keadaan itu menyebabkannya dia diketawakan."Dennis kerap menggelakkan saya," katanya. "Tapi itu cara Belanda. Jika anda tidak tahu sesuatu, anda patut bertanya." Van Persie panas baran dan sikapnya itu juga antara puncanya mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang.

Pada 2006-07, metatarsalnya retak dan dia terpaksa berehat selama enam bulan. Musim berikutnya, ligamen kakinya pula terseliuh ketika mewakili Belanda.

"Saya menyalahkan diri saya sebagai punca kecederaan itu," katanya. "Sebelum berlaku, saya bertengkar dengan seorang pemain yang menyiku saya dua kali dalam masa lima minit.

"Saya berdepan dengannya dalam kotak penalti dan menegurnya. Sejurus kemudian, sepakan sudut diambil dan saya tidak berada dalam keadaan fokus sepenuhnya

"Akibatnya ligamen kaki saya terseliuh. Apabila mengenangnya kembali, saya akui saya tidak fokus untuk menyambut sepakan percuma itu sebaliknya fokus pada pemain lawan terbabit.

"Sejak dari itu, saya tidak cari pasal dengan pemain lain. Seorang pemain Roma menumbuk saya sebanyak dua kali dalam perlawanan tidak lama selepas itu dan tindak balas saya hanya memandangnya. Tindakan seperti itu tidak akan mengganggu tumpuan saya lagi."

Tambah membuatkannya gembira bermain apabila melihat anaknya, Shaqueel, 2, meniru caranya beraksi. Shaqueel juga sentiasa berada di Stadium Emirates setiap kali Arsenal bermain.

"Dia menyorak saya dan memanggil saya 'Daddy ­Arsenal'," kata Van Persie.

Ibu bapanya pelukis. Bapanya, Bob melukis pelbagai gambar yang cantik termasuk penonton memenuhi ruang dalam Emirates.

"Saya mempunyai lukisan besar hasil nukilan bapa dalam ruang tamu rumah saya, begitu juga terdapat satu lukisan ibu di situ. Saya amat bangga dengan mereka," katanya.

Van Persie tahu apa yang dikehendakinya daripada bola sepak.

"Cita-cita saya terlalu tinggi, tapi realistik. Saya mahu berada di tahap di mana sebagai sebuah kelab, kami memenangi segalanya, bukan empat atau lima tahun sekali, tapi satu atau dua trofi setahun," katanya.

Apakah dia akan kekal di Arsenal musim depan?

"Ya. Saya mempunyai kontrak hingga 2011," katanya.

Baru-baru ini, Wenger berkata, Van Persie mampu mencapai tahap Bergkamp. Apabila mendengarnya, dia hampir kehilangan kata-kata.

"Saya tidak fikir saya sudah sampai ke tahap itu," katanya.

"Bergkamp pemain amat istimewa. Tapi jika saya kekal lebih lama di kelab dan memenangi banyak trofi, barulah anda boleh mula membincangkan topik itu."

Comments

  1. pehhh...die mmg lyk kl0 nk smekn ngn berkamp..tp kesetiaan die kt arsenal 2 lom smpai thp berkamp g laa...

    ReplyDelete
  2. baguih mamat ni...rendah diri orangnya,patutlah mak mertua sayang sangat kat dia ni

    ReplyDelete
  3. hahah.. baik, jujur dan penyayang.. itulah van persie.. tapi satu lagi perangainya ialah panas baran..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil