Transfer Rumours

Atikah mulakan dulu transfer rumours dengan Lorik Cana.. Kapten Olympique Marseille ini yang berasal dari Albania ini dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates Stadium.. Lorik Cana beraksi sebagai pemain tengah.. Satu kelemahan yang Atikah tahu tentangnya ialah cara tacklenya..

Cana sering melakukan terjahan yang mampu mengakibatkan beliau dilayangkan kad.. Pada musim ini sahaja Cana telah dilayangkan 9 kad kuning dan 1 kad merah.. Dalam 46 penampilannya musim ini beliau telah berjaya menjaringkan 3 gol..

Jika Cana berhasrat meninggalkan Marseille bukanlah ini bermaksud kita akan mendapatkan khidmatnya.. Atikah sebenarnya dah lama mendengar berita yang Rafa Benitez berhasrat untuk mendapatkan tandatangan Cana juga..

Jadi kita akan bersaing hebat dengan Liverpool untuk mendapatkan khidmatnya jika benarlah kedua-dua pasukan ini benar-benar mahu mendapatkan Cana.. Atikah x kisah sebenarnya jika Wenger mahukan Cana kerana Cana nie x kurang hebatnya.. Cuma Wenger kena ajar Cana nie macam mana nak tackle dengan cleen untuk mengelakkan dia bakal menerima kad merah..

Pemain pertahanan tengah berusia 18 tahun ini iaitu Jonathan Mensah yang berasal dari Ghana telah memberitahu yang Arsenal pernah menghantar wakilnya untuk melihat aksinya..

Jonathan Mensah juga mengakui yang dia mahu meninggalkan liga South Africa.. Arsenal dan 2 kelab dari Greece telah memberikan tawaran kepadanya..

Atikah x pastilah sama ada ini ialah benar atau tidak.. Biasalah kalau boleh semua pemain muda media nak kaitkan dengan Arsenal.. Tapi jika benar Atikah x yakin dia mampu untuk beraksi dalam kesebelasan utama memandangkan usianya masih muda..

Tapi setahu Atikah dia seorang pemain yang berbakat besar.. Jika dia menyertai Arsenal kemungkinan dia hanya akan dipinjamkan ke kelab lain memandangkan pemain pertahanan yang seusianya juga berada di dalam skuad simpanan dan mempunyai potensi seperti Harvard Nordveit..

Brede Hangeland tidak habis-habis dikaitkan dengan Arsenal.. Kali ini Atikah terdengar yang Wenger akan membawa Hangeland ke Emirates dengan nilai perpindahan sebanyak 8 juta.. Pengurus Fulham Roy Hodgson mahu mengekalkan Hangeland selagi kontraknya masih ada dan bersedia melanjutkan kontraknya untuk Hangeland kekal di Craven Cottage..

Namun Hodgson mengakui mungkin beliau tidak mampu menahan Hangeland untuk berhijrah ke Emirates Stadium.. Dan Adebayor juga x habis-habis menyakinkan fan Arsenal yang dia akan kekal di Emirates Stadium..

Pemain tengah Rennes iaitu Stephane Mbia dikatakan akan menyertai Arsenal jika Arsenal membuat tawaran yang bagus.. Namun kita akan bersaing dengan Everton untuk mendapatkan Mbia..

Rennes mengakui mereka akan menjual Mbia jika Arsenal dan Everton membuat tawaran yang suitable.. Mbia boleh meninggalkan Rennes dengan yuran perpindahan sekurang-kurangnya 6 juta..

Roque Santa Cruz memecahkan rekod perpindahan kelab dengan perpindahan dari Blackburn ke Arsenal dengan nilai 18 juta?? Blackburn Rovers hanya akan menjual Santa Cruz dengan nilai sebanyak 18 juta.. Jika ia berlaku Arsenal akan memecahkan rekod perpindahan kelab sekali lagi selepas Arshavin..

Adakah sesuai nilai tersebut?? 18 juta bukannya sikit memandangkan dana yang Wenger ada hanya 13 million?? Atau pun Wenger sudah bersedia untuk menjual Adebayor ke AC Milan, Inter Milan atau Chelsea dan begitu juga dengan Diaby ke Inter Milan..

Atikah akui kehebatan Santa Cruz.. Dan tidak kisah jika Santa Cruz hadir ke Arsenal memandangkan finishingnya cukup bagus.. Namun Atikah x yakin Wenger sanggup mengorek tabungnya untuk membeli Santa Cruz..

Tapi seperti yang kita tahu sifat dan apa yang Wenger nak buat tidak pernah kita mampu fikirkan.. So segala-galanya mungkin berlaku atau mungkin tidak.. Tapi sesungguhnya ini hanya rumours dan hanya Wenger sahaja tahu kebenarannya.. Dan hanya Wenger saja tahu apa yang terbaik untuk Arsenal.. Dan Wenger juga tahu kehebatan setiap pemain yang akan dibelinya nanti..

Buat masa ini sudah semestinya peminat Arsenal sedang hangat berbincang mengenai siapakah akan menjadi pemain terbaik tahunan Arsenal.. Saingan sengit akan berlaku di antara Van Persie dan Nasri untuk meraih anugerah tersebut.. Memandangkan kedua-duanya memberikan impak yang besar untuk membantu Arsenal musim ini..

Atau mungkinkah Fabregas akan mempertahankan anugerah yang di menanginya musim lepas?? Atau mungkin akan berlakunya kejutan dengan pemain yang baru dibeli Wenger musim sejuk yang lalu iaitu Arshavin akan merangkul anugerah tersebut??

Siapa yang akan merangkulnya anugerah tersebut musim ini Atikah akan informkan kepada anda sejurus Atikah mengetahuinya.. Apa-apa pun Atikah yakin Van Persie akan memenangi anugerah tersebut.. Pemenang anugerah tersebut akan diberitahu pada hari Isnin 13 Julai 2009..

Namun jika ianya satu kejutan Atikah yakin Arshavin akan memenanginya.. Namun selepas berbincang dengan Lobah ada benarnya juga apa yang dikatakan Lobah yang ianya amat tidak adil untuk Nasri dan Van Persie yang bersama Arsenal sepanjang musim ini berbanding Arshavin.. Adios..

Comments

  1. artikel yang menarik atikah..
    walaupun afham sibuk dengan tugas..namun afham tetap akan membantu atikah..insyaALLAH..

    ReplyDelete
  2. Ini berkaitan transfer rumours jugak nie... tapi sesuatu yang bagi aku tawaran paling tak menarik langsung... sila baca perenggan terakhir sekali...hehehe...

    Arsenal To Turn Attention To Villa Target After Hangeland Pledges To Stay At Fulham?
    Submitted by Jake Briggs on Tue, 2009-05-26 12:15.

    Norwegian International Brede Hangeland has declared that he has no intention of leaving Fulham. After persistent speculation linking the central-defender with a move to Premier League rivals Arsenal, which could see the Gunners move for Villa target Thomas Vermaelen.

    27-year-old Hangeland is understood to be a main transfer target for Gunners manager Arsene Wenger, with the Frenchman keen to lure the giant defender to the Emirates Stadium. In order to add some steel to the heart of the defence at the North London side, which Wenger sees as the main cause of yet another trophy-less season at the Premiership club.

    However, despite Arsenal believed to have made an offer of £8million for Hangeland, who cost Cottagers boss Roy Hodgson just £4million in January 2008. Hodgson is desperate to keep his star performer, with Hangeland revealing that he wants to agree a new deal at Fulham and stay at Craven Cottage for a long time.

    “We have been going in the right direction from the time I came here in January last year,” Hangeland said.
    “Hopefully we can agree a new contract, and then I’ll stay here for a long time.”

    This will come as good news for Fulham fans, who are set to follow the Cottagers in the Europa Cup next season after their best ever effort in the top-flight, which saw Hodgson’s side finish seventh.

    Wenger could test the commitment of the Arsenal board by asking them to make an improved offer for Hangeland, but it is felt that the Frenchman could now decide to make a swoop for Vermaelen at Ajax, who is believed to be on the radar of Villans manager Martin O'Neill.

    In another story, Arsenal are also chasing Alonso but do not value him at around £25million like Madrid. If he goes to Arsenal, Liverpool will want Van Persie and £10million.

    ReplyDelete
  3. zb_bro.. atikah yakin wenger x kan buat pekara sebegitu.. wenger amat menyayangi van persie.. dan wenger x habis2 berusaha sedaya upaya supaya van persie sain kontrak baru..

    Wenger tidak akan memberikan van persie dekat liverpool semeta-mata nak dapatkan alonso.. lagi pun liverpool nakkan tevez jugak..

    dari beli alonso dan tukar dengan van persie lebih baik beli mathieu contadeur ke.. lorik cana ke.. x pun Tranquillo Berneta.. lagi bagus..

    kalau nak lagi bagus beli si xavi hernandez tu.. lagi hebat dari si alonso.. amacam okey x zb_bro?? atikah lebih sanggup wenger beli pemain tengah yang muda dan berbakat dari beli alonso dan tukar dengan van persie..

    x sanggup atikah nak buat macam tu.. ini bagi pandangan atikah aje lah.. tapi atikah harap ianya hanya khabar angin.. adios!!!!!

    ReplyDelete
  4. hehehe... memang betul dangan sangat bernas sekali pandangan dan cadangan atikah tu, dari bagi si RVP semata2 nak dapatkan alonso baik beli playar lain terutama "the Tanker" si lorik cana... betul tak bro Taik Lalat... ini adalah tawaran yang langsung tak masuk akal untuk diterima terutama kita sebagai gooner kalau RVP yang dipertaruhkan lain lah kalau dia nak si Eboue ker, Diaby ker kan..kan... lagipun sekarang nie our prof si dato' wanger tengah melobi untuk mendapatkan tandatangan si RVP dan Bendtner for another 3 years to become a gunners...

    Apa2 pun... atikah jangan takut perkara nie pasti tidakkan akan terjadi RVP still a gunners for another 3 invincible years...OOOHHH TO BE A GOONER

    ReplyDelete
  5. Yeah... ur right zb, Lorik Cana aka the tanker. Pasnie, kalau bagi penalti ke freekick ke pastikan pemain lawan terkucil urat belikat. Silap-silap takde sorang pun player lawan pressure bila dia pegang bola. Wakakakakak...

    Congrats young guns... korang semua superb. Seharian aku layan youth FA cup kat youtube. The untouchable cara diorg main, terkenang season 03/04. Masa tu, seolah-olah tiada pencabar buat gunners. Senang-senang tiga, empat bijik goal each game...

    ReplyDelete
  6. bg aku baik beli christian zapata si itam manis, gokhan inler yg sasa, veloso yg macho atau thomas varmaelen yg hensem.. striker2 xyah kot,kita dah ada persie yg kacak ngan eduardo yg cool..kalu dorang injured..ah xyah injured lah..kalu injured gak bendtner yg tampan bleh sub..yes arsenal nk mengganas next season ni..hah haa..

    ReplyDelete
  7. I must thank you for the efforts you have put in writing this website.
    I really hope to view the same high-grade content from you in the future as well.
    In truth, your creative writing abilities has encouraged me to get my very own site now ;)
    Look at my weblog : epl transfer news latest

    ReplyDelete
  8. This site was... how do I say it? Relevant!! Finally
    I have found something that helped me. Kudos!
    Look into my weblog - ohio state football news

    ReplyDelete
  9. Hello! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing many months of hard work due to no back
    up. Do you have any methods to stop hackers?
    Also visit my web-site ; manchester united transfer news 2010

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil