Tahniah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tahniah Atikah ucapkan kepada skuad Youth Arsenal yang menjulang FA Youth Cup selepas menewaskan Liverpool menerusi agregat 6-2.. Kali terakhir Youth Arsenal memenangi FA Youth Cup ialah pada tahun 2001..

Kejayaan ini hadir selepas kemenangan bergaya Youth Arsenal pada 1 leg dengan keputusan 4-1 sebelum perlawanan 2 leg semalam dimenangi Youth Arsenal 2-1.. Sanchez Watt meletakkan Arsenal dihadapan pada minit ke- 25 sebelum Dalla Valle menyamakan kedudukan pada minit ke- 52.. Tendangan Sanchez Watt pada minit ke- 70 terkena pertahanan Liverpool Daniel Ayala sebelum menerjah ke gawang Liverpool untuk gol sendiri..

Perlawanan semalam tidak dilihat Wenger namun Pengurus Liverpool melihat perlawanan tersebut.. Atikah nak ucapkan tahniah kepada jurulatih dan pemain remaja Arsenal kerana berjaya memenangi 2 kejuaraan musim ini iaitu FA Youth Cup dan Academy Premier League..

Terbuktikan pemain remaja Arsenal jauh lebih bagus.. Tiada satu pasukan pun yang mampu menandingi kehebatan pemain remaja Arsenal.. Kita sebagai fan Arsenal patut berbangga dengan kejayaan pemain remaja Arsenal ini kerana mungkin mereka inilah yang akan menjulang nama Arsenal pada musim akan datang..

Kejayaan skuad Ladies Arsenal juga tidak boleh dipandang mudah.. Kejayaan mereka memenangi treble musim ini cukup mengkagumkan.. Walaupun mereka kehilangan khidmat penyerang berbisa mereka iaitu Kelly Smith yang berhijrah ke US bulan Februari lalu namun mereka tetap kebal..

Kejayaan Vic Akers bersama pasukan ladies Arsenal patut diberikan pujian.. Selama 22 tahun dia mengendalikan Ladies Arsenal sebanyak 32 piala di bawanya ke Arsenal.. Bukan itu sahaja kemampuannya juga seperti Wenger.. Membawa masuk pemain muda untuk kejayaan masa depan Arsenal..

Akers juga mudah untuk membawa pemain berkualiti seperti Suzanne Grant untuk mengantikan tempat Kelly Smith.. Namun ia cukup menyedihkan Ladies Arsenal memandangkan Akers akan melepaskan jawatannya ini untuk menjawat jawatan General Manger bermula musim hadapan..

Walaupun kita tidak boleh berbangga dengan skuad first team Arsenal musim ini.. Kita masih boleh tersenyum dan bergembira memandangkan pemain remaja dan ladies Arsenal telah mengharumkan nama Arsenal musim ini dengan memenangi double dan treble..

Okey memandangkan hari ini Atikah ada 2 saja berita itulah sebabnya Atikah cerita pasal ladies dan pemain remaja Arsenal.. Baju di atas ini dilaporkan akan menjadi baju 3rd kit kita pada musim 2009/2010.. Baju 3rd kit kita pada musim ini ialah baju away tahun lepas..

Atikah ingatkan mungkin baju away musim ini akan menjadi 3rd kit musim hadapan.. Namun tanggapan Atikah salah.. Tapi Atikah x tahulah sama ada ianya benar atau tidak.. Sama-samalah kita nantikan official revealed nanti..

Pemain tengah Bayern Leverkusen ini iaitu Tranquillo Berneta telah dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates Stadium.. Walaupun baru berusia 23 tahun namun Berneta telah membuat lebih dari 120 penampilan di dalam saingan Bundesliga..

Berneta mengakui mahu meninggalkan Bayern Leverkusen untuk menyertai kelab yang lebih besar.. Berneta berasal dari Switzerland.. Sebanyak 18 gol berjaya dihasilkannya dalam saingan Bundesliga.. Sementara dalam 37 penampilan bersama Switzerland beliau telah menjaringkan 6 gol..

Atikah masih belum pasti berapakah harganya semasa musim perpindahan nanti.. Dan dalam berita lain Hangeland mengatakan jika dia menerima tawaran Arsenal dia akan menolaknya.. Kerana dia masih mahu kekal di Craven Cottage..

Itu sajalah berita yang Atikah ada.. Kalau sesiapa ada berita lain sila postkan komen anda.. Kerjasama anda amat Atikah alukan.. Adios..

Comments

  1. Tahniah! kpd youth arsenal dan ladies arsenal,atleast terubat jugak luka di hati ni..

    hrp next season squad senior arsenal kembalikan kegemilangan 03/04 yg x reti2 nk kalah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil