Silvestre balas kenyataan Evra

Mikael Silvestre telah menuduh Patrice Evra telah menunjukkan kurangnya hormat kepada bintang Arsenal apabila dia melabelkan the Gunners 'babies'..

Evra menggambarkan kemenangan MU 3-1 di dalam Champions League minggu lalu seperti 'lelaki vs budak'..

Bekas bintang MU yang sekarang ini bersama Arsenal, Silvestre tidak gembira dengan komen yang dilemparkan Evra dan mengajak rakan sepasukannya menjawab kritikan tersebut pada musim hadapan dengan memenangi sesuatu..

" Saya rasa ia menunjukkan rasa kurang hormatnya kepada pemain seperti Toure, Van Persie dan Adebayor.. Mereka bukannya 'babbies', mereka semua sudah berusia 25 tahun keatas," kata Silvestre..

"Sudah semestinya, melepaskan gol pada awal permainan agak teruk, tapi kita perlu ingat kami bermain tanpa Gallas, Clichy dan Arshavin.. Ia mungkin menjadi cerita yang lain jika mereka bersama kelab.. Ia terpulang kepada kita sekarang untuk menunjukkan kepada Evra musim depan dengan memenangi sesuatu.."

Di sini atikah nak tunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan Evra megeluarkan kenyataan sebegitu..

Pertahanan kiri MU, Patrice Evra seolah-olah 'menghina' kemampuan Arsenal dengan melabel aksi separuh akhir minggu lepas seperti aksi menentang pasukan 'kanak-kanak'.. Menurut bintang antabangsa Perancis itu, Arsene Wenger telah menurunkan barisan pemain yang terlalu muda sehinggakan gagal mengekang kematangan yang dimiliki pemain United..

Pada aksi di Emirates itu, Wenger menurunkan pemain muda seperti Walcott dan Nasri selain bek kiri, Gibbs yang mengantikan tempat Clichy.. Ekoran daripada percaturan itu, Arsenal terpaksa menerima kekalahan memalukan di hadapan penyokong sendiri apabila tunduk 1-3 kepada MU..

"Kami merupakan kesebelasan pemain dewasa, sedangkan mereka ialah pasukan kanak-kanak," jelas Evra.. "Memang jelas banyak perbezaan antara dua pasukan ini.. Ia bukannya hanya pada pengalaman, tapi juga kemampuan.. Kami lebih dewasa dan memiliki kepercayaan pada diri yang cukup tinggi"..

Evra juga menolak dakwaan yang menganggap Arsenal memiliki corak permainan cantik berbanding kelab lain.. "Semua orang memberitahu saya bahawa Arsenal mempunyai corak permainan yang cantik.. Namun dalam bola sepak, permainan cantik bukan segalanya.. Kami juga mampu bermain dengan cantik dan dalam masa yang sama mampu mencipta gol.. Itu lebih penting," tegasnya..

Amacam?? Panas?? First Atikah rasa Evra cakap tanpa guna otaknya dan x mengambil tahu mengenai perkembangan pemain yang berada di rumah sakit Arsenal.. Banyak pemain yang berpengalaman seperti Rosicky, Gallas, Eduardo dan Clichy yang mengalami kecederaan.. Itu belum termasuk ketidak bolehan Arshavin main.. Jika tidak jangan haraplah anda dapat menundukkan Arsenal dengan semudah itu..

Second, adakah Evra maksudkan mereka (MU) bermain dengan cantik seperti berlakon, merasuah pengadil, bergaduh dengan pemain dan bertahan berlapis-lapis.. Itu dinamakan corak permainan yang cantik?? Atikah memang cukup sakit hati dengan si Evra ini.. Macamlah die x pernah muda, kurang pengalaman dan x pernah merasakan apa yang pemain Arsenal rasakan.. Memang si Evra ini bercakap ikut suka hatinya tanpa usul periksa dan dari kenyataan yang salah..

Apa-apa pun Atikah respect Silvestre yang makin menjadi-jadi asyik bergaduh dengan bekas kelabnya itu.. Hahah.. Patutlah MU jual die.. Sebab die suka kutuk MU.. Hahah..

Comments

  1. relex laa atikah...
    pskan knak2 ni laa yg wt dieorg (m.u) menglpur kt pdang..

    ReplyDelete
  2. wakakakaka sakit jiwa btl bc karangan ko tikah.

    yg plng aku x thn ayat last. ko nk tau sbb aper agent silvestre blah?? sbb dia nk main kelab yg mandul mcm arsenal ni. baru bleh jd star. lgpon dh peram lama sgt kat man utd, tu yg jd mandul mcm arsenal mihahahahah

    mmg best la blog ni, ade je tiap2 hari karangan yg melucukan aku smpai tergelak londeh seluar nmpk spenda miahahahaha

    ReplyDelete
  3. weh semutipoh yg mengong..
    ko tggu yo laa..
    dh laa ronaldo bdoh ko 2 bongih ngn AF coz kuar ann die..siap laa kl0 die pndh..kntut b'drah laa ko..
    tevez pn nk blah dri klab set
    an merah 2..

    ReplyDelete
  4. ronaldo blah...
    tevez blah...

    MU Still boleh menang piala...
    arsengal ada ke...
    hahahahahaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil