Siapakah Marc Overmars??

Okey siapa yang menyokong Arsenal dari tahun 1997 pasti kenal pemain disebelah ini.. Namanya ialah Marc Overmars.. Okey Atikah tulis artikel ini sebab dapat permintaan dari seorang peminat Arsenal.. Perjanjian dibuat di laman web lobahgooners.. Dan untuk mengotakan janji ini Atikah pun mulalah meresearch..

Bermula di YouTube ke Wikipedia.. Barulah Atikah tau siapa rupanya Marc Overmars nie.. Beliau hanya bermain lebih kurang 3 musim sahaja di Arsenal dari tahun 1997-2000..

Marc Overmarc dilahirkan pada 29 Mac 1973 di Emst, Belanda.. Beliau dikenali sebagai pemain sayap kiri berkaki kanan.. Sebenarnya dia mampu untuk mengunakan kedua-dua belah kakinya.. Beliau juga pantas.. Dikenali sebagai the roadrunner atau meep-meep..

Freddy.. Atikah x bolehla nak tulis secara terperinci.. Sori eh.. Kalau nak tau secara terperinci just klik perkataan YouTube dan Wikipedia.. Sori sangat-sangat..

Karier beliau bermula di sebuah kelab kecil di Belanda iaitu kelab SV Epe.. Sebelum beliau menyertai kelab Go Ahead Eagles.. Willem II Tilburg membeli beliau dengan bayaran sebanyak 200,000 pound.. Dan pada musim 1991/1992 Ajax Amsterdam membelinya..

Marc Overmars menjadi popular bersam Ajax dibawah bimbingan Louis Van Gaal.. Beliau merupakan salah seorang dari pasukan yang memenangi Piala Eropah selepas menewaskan AC Milan pada tahun 1995.. Namun selepas tamatnya Final itu, Marc Overmars mengalami kecederaan serius buku lali kanannya pada tahun 1996 yang menyaksikan beliau terlepas EURO 96..

Walaupun mengalami kecederaan.. Wenger bertindak berani membelinya pada musim perpindahan 1997 dengan perpindahan sebanyak 5.5 juta.. Beliau memenangi double bersama Arsenal pada tahun 1998.. Sebelum berhijrah ke kelab Barcalona dengan rekod perpindahan sebanyak 25 juta.. Menyaksikan beliau menjadi pemain termahal Belanda..

Kecewa dengan musim pertamnya di Barcalona beliau mula bangkit dengan menjaringkan 8 gol dari 31 penampilan.. Beliau mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama Barcalona pada musim 2001/2002.. Menjaringkan gol yang membantu Barcalona melangkah ke separuh akhir piala Eropah namun gagal memenanginya..

Selepas mengantung bootnya di Barcalona.. Beliau kembali ke kelab Go Ahead Eagles sebagai pengarah teknikal kelab.. Pada 10 Ogos 2008.. Overmars melakukan kejutan apabila mengumumkan bersedia untuk menarik kembali persaraannya untu bermain bersama Go Ahead Eagles untuk musim 2008/2009..

Tidak lama selepas pengumuman itu, Overmars bermain dalam perlawanan menghargai Jaap Stam.. Dimana beliau beraksi bersama pasukan yang digabungkan dengan kesemua pemain Belanda menjadi nama Team Jaap Stam.. Akhirnya Overmars berjaya menyakinkan jurulatih Go Ahead Eagles untuk kembali ke kancah bola sepak..

Overmars sudah pun menjalani latihan bersama pasukan Go Ahead Eagles dan bersedia untuk bermain.. Namun kecederaan lamanya berulang kembali.. Dan memaksanya untuk berehat dan Overmars kini masih gagal untuk menjalani latihan setiap hari dan bermain selama beberapa minit..

Sejarah bersam pasukan kebangsaan Belanda pula Overmars melakukan debutnya pada 24 Februari 1993 menentang Turkey.. Pada Piala Dunia 1994. Overmars berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Belanda..

Okey sampai sini jelah artikel Atikah.. Sori eh Freddy.. Atikah ade kejelah.. X boleh nak buat artikel ini secara terperinci.. Sampai sini je Atikah boleh bagi.. Kalau nak tahu lebih lanjut cuma klik je perkataan YouTube dan Wikipedia.. Okey?? Bye..

Comments

  1. Marc Overmars... Salah seorg idola aku. Kalau Atikah nak tau, cara dia bermain mirip Rosicky. Flanker kiri yg amat tajam dihadapan gawang. Memang kelibat dia amat digeruni, kelincahan dia masih segar dlm ingatan. Teramat kecewa bila dia berpindah ke Barcelona bersama Emmanuel Petit.

    Mintak Atikah postkan tentang The Fabulous Four gunners. Defenders Arsenal yg amat kebal terdiri dari Nigel Winterburn, Tony Adam, Martin Keown dan Lee Dixon. Thanks

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  2. okey.. atikah akan usahakan.. nnt bila atikah free atikah tulis artikel pasal mereka okey taik lalat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil