Selamat Datang Wolverhampton, Birmingham City dan Burnley!!

Dalam artikel kali ini Atikah hanya mahu bercerita tentang pasukan baru yang akan bersaing dalam EPL musim depan.. Mereka ialah Wolverhampton Wanderers, Birmingham City dan juga Burnley.. So Atikah nak menceritakanlah sikit tentang pasukan ini.. Dan Atikah nak mulakan dengan Birmingham City..


Eduardo mempunyai peluang untuk berdepan dengan pemain yang telah mematahkan kakinya pada tahun lepas iaitu Martin Taylor.. Dan Atikah berharap dia x akan mengulangi terjahan seperti itu sekali lagi kepada Eduardo.. Kerana Atikah risau kemungkinan kali kedua ianya berlaku akan menyebabkan karier Eduardo musnah..

Birmingham City melakukan hanya sekali sahaja percubaan untuk kembali ke kancah EPL selepas tersingkir musim lepas.. Pertemuan terakhir Arsenal dengan Birmingham terjadi ketika 12 Januari 2008 dengan keputusan berakhir 2-2..

Siapa yang melihat game tersebut mesti masih mengingati detik hitam yang berlaku untuk Eduardo dan tanda-tanda Arsenal bakal terlepas memenangi kejuaraan liga pada musim 2007/2008..

Sudah tentunya peminat Eduardo dan fan Arsenal berharap Taylor memohon maaf kepada Eduardo semasa pertemuan Arsenal dan Birmingham nanti.. Atikah difahamkan Eduardo yang masih belum ada ucapan minta maaf dari Taylor walaupun Taylor mengatakan dia sudah menyampainya..

Martin Taylor seolah-olah gembira dengan tackle yang dilakukannya sebelum dia dimarahi oleh Mathieu Flamini.. Atikah sejujurnya tidak melihat game tersebut dan apabila Atikah membeli surat khabar keesokkan harinya Atikah sedikit tergamam apabila mengetahui penyerang kita Eduardo mengalami kecederaan serius..

Atikah pada mulanya memaki hamun dan menyumpah seranah si Martin Taylor tu.. Dan Atikah rasa Martin Taylorlah yang bertanggungjawab ke atas Arsenal gagal memenangi kejuaraan liga walaupun gah mendahului saingan kerana tackle bodoh dan kejamnya ke atas penyerang terbaik kita musim 2007/2008 iaitu Eduardo.. Adakah anda setuju??

Atikah harap Eduardo tidak membuka laman web ini bagi mengelakkan dia mengingati kembali kejadian tersebut.. Tapi mampukah nanti Eduardo berdepan Taylor tanpa mengingati kembali detik hitam tersebut?? Sama-samalah kita nantikan..

Wolverhampton Wanderers kembali ke saingan EPL setelah tergelincir dari saingan EPL pada musim 2003/2004 (kalau x silap Atikah).. Wolverhampton atau lebih dikenali dengan panggilan Wolves (serigala) mendapat promosi kembali ke saingan EPL selepas muncul juara Liga Kejuaraan dengan perbezaan 7 mata di hadapan Birmingham City..

Atikah sebenarnya bukanlah tahu sangat pasal Wolverhampton nie.. Dan bila perlawanan terakhir kita jumpa mereka pun Atikah x ingat..

Apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya buat Wolves dalam saingan EPL musim depan..

Burnley berjaya melangkah ke saingan EPL setelah menanti sejak tahun 1976!! Kejayaan ini tidaklah hadir semudah yang disangka apabila mereka perlu bermain dalam play off terlebih dahulu..

Mereka menundukkan Sheffield United 1-0 dalam perlawanan akhir play off.. Rekod perlawanan Arsenal dan Burnley cukup banyak.. Terutamanya dalam saingan Piala Liga dan Piala FA..

Perlawanan terakhir Arsenal menentang Burnley ialah pada saingan Piala FA di mana kejayaan memihak kepada Arsenal 3-0.. Di mana pada game ini Edurdo memakai lilitan kapten..

Di sini juga Atikah nak memberitahu anda pasukan yang akan di tentang kita pada pre-season nanti.. Pada 18 Julai 2009 Arsenal vs Barnet (away).. 20 Julai 2009 Arsenal vs Lincoln City (away)..

Dalam saingan Emirates Cup pula Arsenal akan menentang Athletico Madrid terlebih dahulu pada hari pertama (1 Ogos 2009) sebelum keesokkan harinya kita akan menentang Juara Scotland musim 2008/2009 iaitu Rangers..

Atikah akan beritahu situasi terkini Arsenal sepanjang perlawanan pre season tersebut.. So anda jangan bimbang.. Dan Atikah akan cuba tingkatkan usaha Atikah untuk menghidu berita-berita terbaru dan memberikan update tentang pemain yang akan kita beli nanti..

Sebelum menamatkan artikel ini Atikah nak bagi tahu satu berita.. Wenger melahirkan kerisauannya terhadap Walcott selepas Capello dan Stuart Pearce saling mahu mendapatkan khidmat Walcott sepanjang musim panas ini untuk skuad England dan England U-21..

Dan pekara ini amat tidak disenangi Wenger memandangkan Walcott akan bersama skuad first team England pada 2 June dan 5 June sebelum menyertai skuad bawah 21 England dan akan tamat pada 28 June.. Sementara Arsenal akan memulakan training pada 6 Julai..

Jadi perkara sebegini sudah pastinya akan membuatkan Walcott kepenatan dan kemungkinan risiko untuk Walcott injured juga mungkin ada.. So Atikah berharap Stuart Pearce (Jurulatih England U-21) akan mengalah dalam perebutan tersebut..

Dan kepada Walcott anda perlu memilih sama ada menyertai skuad First Team atau U-21 ataupun cederakan diri anda untuk tidak perlu bermain bersama England dan masa 6 Julai nanti training dengan Arsenal.. Hahah.. Wenger juga menyatakan yang dia masih mencuba untuk membincangkan kontrak baru Van Persie.. Wenger juga bersedia untuk melanjutkan kontrak Bendtner.. Adios..

P/S: Exclusive; Arshavin interview after game against Stoke.. This Link..

Comments

  1. pehhhhh...
    aku mmg skit ati tgk tylor ni...
    die adlh pemsnah arsenal...
    mmg aku menyirap tgk die...
    kl0 bkn sbb die arsenal dh mng liga time 2..

    ReplyDelete
  2. betul tu cesc.. atikah sampai skrg mmg sakit hati dkt die.. mmg dielah kita gagal mng liga musim lepas walaupun lead MU dgn jurang yg cukup bagus..

    ReplyDelete
  3. ya ya welcome2..tp knp la birmingham ptt change je ngan reading ke southamton ke kesal lah jumpa lg ngan si martin yg jahat tu..rs masih berhangin lg kat taylor ni.. kalu dia tackle dgn rs kesal ke ok lg tp siap senyum biribiri lg tu, hangin tul lah ptt dia xyah men bola lg, apply je jd tukang jahit..
    mungkin sstgh pndpt x stuju taylor dipersalahkan scara berterusan kerana ia x disengajakan, ya mmg betul taylor x sngaja sbb ni bkn WWF atau gelanggang tomoi..tp kesannya kpd siapa,smpai skrg dudu mengalami kesan drpd injured tu..kesal giler ah sbb dudu sorg plyr yg hebat, ada skill dan berjiwa tenang.. aku hrp season dpn ni ada pembalasan si pitung..hutang dgn taylor dan birmingham perlu dilangsaikan sbb birmingham ni ada iras2 boro gak..

    ReplyDelete
  4. onars mmg taylor x sengaja.. tapi jika bnrlah ia tidak disengajakan mengapa dia masih belum mahu untuk meminta maaf secara terbuka untuk eduardo??

    ReplyDelete
  5. mmg la ikah dia x sgaja, tackle mcm tu mmg biasa tp malang utk eduardo sbb terjahan taylor tu kene tepat, bengang sbb kene kat eduardo,dia striker yg bagus..pttnya tackle mcni kene kat striker atau plyr yg berlagak dan mcm bagus jer.. sib baik dudu bleh men lg..

    ReplyDelete
  6. betul tu onars.. harap2 tahun depan die tackle si ronaldo (kalau stay dkt MU lagi) mcm die tackle dudu.. hahah.. jahat betul atikah.. heheh.. amacam okey x??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil