Reaksi Fabregas

Aahhhhhh.. Teruk gila dreber teksi nie.. Rumah Bendtner die tau.. Rumah Fabregas die x tau pulak dah.. X pasal-pasal kena tunggu punya lama dia punya kawan datang ambil Atikah.. Ape-ape pun Atikah selamat sampai akhirnya.. Heloo.. Anybody home?? Ha ade pun.. Hai Carla.. Fab ade?? Nak jumpa Fabregas nie.. Ohh.. Atikah, Fabregas ada tu.. Duduk bersedih lagi.. Tu yang Carla ada nie.. Silalah jumpa Fabregas tu..

S: Hai Fabregas!!! Excited!!!!!!! Akhirnya dapat jumpa Fabregas.. Heheh.. Okey macam nie.. Apa reaksi anda berkenaan kekalahan semalam??

J: Saya amat kecewa untuk pasukan, peminat dan Gibbsy juga.. Awak tahu sebab dia pemain yang amazing untuk kami dan amat malang apabila beliau melakukan kesilapan sebegitu.. Dan ia membuatkan saya sedih memandangkan umurnya baru sahaja berusia 19 tahun.. Benda sebegini mampu berlaku kepada semua orang.. Dia perlu kuat dan dia akan menjadi pemain terbaik Arsenal dan England pada suatu hari nanti.. Dan apa yang perlu dia lakukan ialah bangkit dari kesilapan dan kami semua berada di belakang beliau..

S: Mengenai penalti?? Adakah ada contact?? Dan perlukah penalti??

J: Memang ada contact.. Tapi saya x pastilah sama ada contact tersebut penalti atau tidak..

Okey thanks Fabregas.. Wenger call nie.. Die dah bersedia nak beri komen kepada Atikah.. Okey bye Fabregas.. Jumpa lagi.. Dengan berat hatinya Atikah pun berangkat untuk berjumpa Wenger.. Dan Adebayor pun turut serta nampaknya..

S: Apa komen anda mengenai game semalam??

J: Kami sebenarnya sudah tertewas sebelum perlawanan bermula.. Saya rasa MU terlalu kejam kepada barisan muda Arsenal selepas langsung x memberikan peluang kepada mereka untuk bangkit..

S: Adebayor komen anda pula..

J: Saya amat kecewa untuk peminat.. Dan sejak Ronaldo menjaringkan gol kedua ia jelas menyukarkan kami..

Aduh.. Budak Adebayor nie punya pelatlah.. X faham Atikah.. Aduh... Ahh.. Lantaklah nak cari Toure jap mintak die komen tentang kesilapan Gibbs..

S: Okey Toure memandangkan kau tengah relax nie Atikah nak tanya beberapa soalan tentang kesilapan Gibbs.. Dan jelas dia agak tergangu sebelum Wenger menukarkan beliau untuk membawa Eboue masuk..

J: Ish.. Atikah nie mengacau je.. Okey macam nie.. Selepas game beberapa pemain dan Wenger bercakap dengan beliau sambil memberikan sedikit nasihat.. Seperti yang pernah aku cakap dulu.. Gibbs hadir bersama kami pada perlawanan yang besar dan umurnya baru sahaja berusia 19 tahun.. Namun beliau berjaya mengalas tanggugjawabnya dengan baik.. Semua pemain melakukan kesilapan, pemain yang hebat juga akan melakukan kesilapan..

S: Mengenai prestasi semasa Arsenal.. Dan pencapaian yang dicapai pada musim ini..

J: Tiada sesiapa pun yang menjangkakan kami akan berada seperti sekarang selepas permulaan yang agak hambar pada permulaan musim.. Kami menunjukkan semangat berpasukan dan karakter bersama kesemua pemain muda.. Kami tidak bernasib baik apabila terpaksa berdepan dengan salah sebuah pasukan terbaik Eropah..

S: Tentang corak permainan Setan Merah?? @ MU

J: MU agak fantastik semalam.. Mereka juga bernasib baik.. Gol pertama terhasil kerana kesilapan kami begitu juga dengan gol kedua.. Berdasarkan itu ia menjadi sukar untuk melakukan come back menentang pasukan berpengalaman sebegini..


Terima kasih Toure.. Okey sampai disini sajalah lintas langsung Atikah dari Utara London.. Atikah nak fly balik ke KLIA nie.. Tapi sebelum tu mestilah ada ole-ole dulu.. Hahah.. Jangan jelous.. Adios!!!

Comments

  1. Què punyetes estic fent aquí amb aquesta merda club de futbol. i es fos a Barcelona. jugar per al club més gran. igual que va fer Theirry henry. aquest club de futbol és el pitjor malson per a qualsevol futbolista pot desitjar. i no pot estar més amb aquesta merda club de futbol. només vol fotre a Barcelona

    ReplyDelete
  2. cesc farbegas, demo panda kecek klate dok, kawe x pehe gapo hok demo oyak ni..kawe tahu theirry henry nga barcelona jah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil