Pre - Match: Arsenal vs Stoke City

Emmanuel Adebayor (groin) dan Samir Nasri (patella tendonitis) terkeluar dari perlawanan terakhir liga ini.. Namun kepada fan Arsenal yang mahu melihat debut pertama Mannone lupakan sahajalah.. Kerana Atikah baru mendengar berita Fabianski berjaya melepasi fitness test dan sudah sembuh dari masalah lututnya..

Kekalahan Arsenal kepada Stoke City 2-1 di Stadium Britania pada 1 November yang lalu perlu ditebus.. Ricardo Fuller dan Seyi Olofinjana menjaringkan gol di Stadium Britania.. Sementara Gael Clichy pula menjaringkan gol sagu hati untuk Arsenal pada masa kecederaan..

Adakah anda masih ingat?? Van Persie dilayangkan kad merah pada perlawanan ini pada minit ke-65 selepas melakukan terjahan ke atas penjaga gol Stoke Thomas Sorenson.. Dan ia juga menjadi faktor utama kita gagal untuk meraih sekurang-kurangnya 1 mata..

Okey Atikah nak berikan bayangan kesebelasan utama hari ini.. Tapi anda perlu ingat Wenger menegaskan akan menurunkan pemain yang selalu main pada game ini..

FABIANSKI
SAGNA-----TOURE-----SONG-----GIBBS
NASRI-----FABREGAS-----DENILSON-----VAN PERSIE
--ARSHAVIN--
--BENDTNER--

SUB
MANNONE (GK)
DJOUROU
SILVESTRE
DIABY
VELA
AARON RAMSEY
EBOUE

Namun jika berita yang Atikah dengar yang Fabianski lepas ujian kecergasan tersebut salah.. Mungkin Mannone bakal menjaga gawang dan Wojciech Szczesny (penjaga gol skuad simpanan) bakal berada di bangku simpanan..

Atikah rasa dengan barisan sebegini kita mampu mengutip 3 mata penuh.. Atikah berharap pemain pertahanan akan mengawal Ricardo Fuller dan James Beattie dengan ketat.. Kerana mereka cukup berbahaya jika membiarkan mereka berkeliaran.. X lupa juga Rory Delap..

Ish3.. Kenapa Atikah tau saja pemain Stoke nie ha?? Kalau nak tau Atikah mengikuti perkembangan mereka sejak minggu lepas untuk melihat keupayaan mereka.. Kita sebenarnya tidak boleh mengambil mudah ketiga-tiga pemain tersebut.. Mereka bertiga itu mampu melakukan kejutan dan seterusnya mungkin apa yang berlaku bulan November yang lalu berulang kembali..

Namun Atikah berharap Bischoff, Wilshere, Ramsey dan Mannone beraksi pada perlawanan ini.. Berikanlah peluang kepada mereka Wenger.. Adakah anda setuju?? Dalam pada itu Atikah cadangkan lihat blog ini.. Penulis blog ini mempertikaikan tanggapan Hleb..

Manchester City dilaporkan bersedia memancing pemain penyerang Arsenal yang semakin dibenci iaitu Emmanuel Adebayor.. Mark Hughes dilaporkan mencuba mendapatkan Adebayor dengan tawaran bernilai 21 million..

Dalam pada itu Wenger melaporkan bersedia mendapatkan Henry kembali jika kontraknya bersama Barcelona tidak disambung.. Wenger mengakui mungkin perkara tersebut terjadi ketika Henry sudah pun berusia 33 tahun.. Wenger juga mengatakan yang dia berusaha keras untuk Henry stay di North London.. Namun Henry tetap mahu pergi.. Dan berita lagi satu yang Atikah dapat ialah Hangeland menafikan Arsenal telah pun melakukan tawaran rasmi kepadanya..

Thomas Vermaelen dikatakan bakal menyertai Arsenal pada musim panas ini.. Berapa tawaran yang Arsenal buat Atikah x tahu pula.. Namun apa yang pasti kemungkinan basar Vermaelen bakal beraksi di Emirates Stadium dan menyarung jersi Arsenal musim hadapan.. Atikah harap rumors ini benar..

Okey itulah sahaja pre match dan berita-berita yang berjaya Atikah dapat.. Namun masih ada lagi cerita.. Tapi Atikah bzlah.. Nanti jika Atikah ada masa baru Atikah tulis cerita tersebut.. Sebelum Atikah terlupa.. Game Arsenal vs Stoke City hari ini tiada live di Astro.. Perlawanan akan dimulakan pada pukul 10.55 malam..

Kalau ada sesiapa nak tengok game ini melalui streaming jomlah lepak dengan Atikah di laman web lobahgooner.. Nanti disana barulah Atikah bagi tahu link streaming.. Tapi dekat laman web lobah pun ada streaming.. Jumpa anda pada pukul 10 malam nanti di Lobahgooner.. Adios..

Comments

  1. emm xde hal lah cik ikah, sapepun yg jd keeper asalkan gunners kene mng dgn bergaya mlm ni cme frust ckit nasri x dpt men..
    pasal adebayor tu ntah lah, laku sgt la mamat ni jap inter jp milan jap city jap telekom melaka jap kedah naza jap kelantan TNB,perrh yg pasti dah nampak dah masa dpn mamat ni..
    ok varmaelen ni kalu pakai fly emirates mmg masyuk sgt ni, jersey home ajax mmg dah merah putih,jersey away confirm ar sama ngan away gunners next season.. mcm dah pasti je ni..confirm mamat ni angkat jersey no.6 jap lg ni,senderos dah hebat sgt kat milan nun cnfirm dah xnak balik emirates dah..
    oh ye, fasal henry mmg dia antara striker yg terhebat pernah arsenal miliki..tp utk return to emirates rasanya x perlu lah..xkan dah ludah nk jilat blk..

    ReplyDelete
  2. ops sori kua topik ckit, nk tanya ikah dan fan2 kat cni..err mana ye nk dptkan wallpaper arsenal yg terkini? ada website yg best2 bleh kongsi..

    ReplyDelete
  3. btul kate atikah t...
    AW pttnye berikan peluang pd Bischoff, Wilshere, Ramsey dan Mannone untuk bermain pada last game ni..
    lets them prove themselves..

    ReplyDelete
  4. Betul tu onars... tak kira siapa penjaga gol ataupun striker yang penting malam nie kena menang bagi menebus kekalahan lalu...

    Berkenaan Senderos tu dengar cite prof nak jual tak tahu milan nak ker tak nak sebab mamat nie pun tak konsistan kalau jual senderos ngan adebayor so bertambah ler budget transfer arsenal nanti...hehehe

    Pasal si Thomas nie cik atikah ooiii... belum tahu gak lagi, lagi pun dengar cite agen arsenal bukan ajer berundingan ajax jer pasal thomas yang dikatakan yuran perpindahan sebanyak 8.5m tapi mereka jugak ada berundingan ngan Juventus untuk mendapatkan Giorgio Chielini yang jugak Central Defender dengan harga 8.5m jugak. Bagi aku ler kalau bandingkan kedua2 nya memang mereka nie memang mempunyai flexibility... tapi aku lebih suka si Chielini sebab dia ni memang keras, tinggi, laju dan paling bagus dia nie boleh menjadi Defensive Midfielder a.k.a ball winner... apa2 pun terserah pada prof dan budget yang ada... satu lagi info terbaru yang aku dengar agen arsenal jugak sedang mengintai Diego Ribas Da Cunha a.k.a Diego permain Werder Bremen seorang Attacking Midfielder yang amat lincah... tapi sejauh mana kesahihan nya masih belum pasti lagi... lagi pun nie semuakan rumours aje...

    ReplyDelete
  5. zb_bro.. untuk pengetahuan awak.. diego secara sahnya sudah pun menjadi pemain Juventus untuk musim depan.. so tiada chance lagsung untuk kita dapatkan diego..

    ReplyDelete
  6. Diego terlepas, Milo ada. Cepatlah bid AW sebelum terlepas gak. Ada lagi gunners link dgn Barry, mamat nie tak sesuailah main dgn gunners. Lambat pick-up. Huhuhuhu...

    Chielini tu swap jer Gallas, kan Juve nak Gallas. Habis citer...

    ReplyDelete
  7. Kalau Chielini pn bagus gak. Sbb dia muda lg tp dh byk pengalaman. Masa EURO 08 dulu dia yg gantikan Cannavaro. Tp player Italy jarang nk main kt England..

    ReplyDelete
  8. ye ker atikah diego dah jadi pemain juventus...nampak nyer spy aku curi tulang lah...tu yang terlepas info nie... hehehe tapi tak pe, betul tu bro Taik Lalat... cepat jgn terlepas, milo also a great player...

    Setelah aku memastikan yang spy aku tak curi tulang lagi... aku terima info nie... marseille bersedia melepaskan Lorik Cana berumur 26thn, Midfielder kepada Arsenal dengan bayaran 4.5m+Abou Diaby dan satu lagi arsenal juga telah bersedia membawa masuk Eden Hazard berusia 18thn, bermain utk lille sebagai Attacking Midfielder dgn yuran 3.5m, eden are very talented young player... sejauh mana bagus nya budak nie aku tak pasti... dan sejauh mana kebenaran info nie pun aku tak pasti lagi... sebab mungkin spy aku nie dah tak curi tulang lagi tapi takut dia curi daging pulak... hehehe...

    ReplyDelete
  9. I pay a quick visit everyday a few web sites and blogs to read
    content, however this weblog offers quality based articles.
    Also visit my web page ; european soccer transfer news

    ReplyDelete
  10. Keep on writing, great job!
    Feel free to visit my homepage ; man utd transfer news 2010

    ReplyDelete
  11. Having read this I thought it was extremely informative. I appreciate you taking the time and effort to put this informative article together.
    I once again find myself personally spending a significant amount of time both reading and commenting.
    But so what, it was still worth it!
    Visit my page - soccer transfer news january 2013

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil