Post Match: Arsenal 4 vs 1 Stoke City


Sebelum perlawanan bermula seperti yang dikatakan adanya perbarisan untuk Wenger.. Ini ialah gambar-gambar yang berjaya Atikah dapat.. Pemain Arsenal dan Wenger membalas perbarisan tersebut dengan membedil Stoke City.. Arsenal berjaya menebus kekalahan pada bulan November lalu dengan kemenangan 4-1..

Ini ialah barisan yang diturunkan Wenger semalam.. Barisan yang seperti kebiasaan Wenger turunkan sebenarnya.. Namun tanggapan Atikah Fabianski akan bermain pada game ini meleset apabila dia tidak berjaya pulih sepenuhnya..

MANNONE
SAGNA-----TOURE-----SONG-----GIBBS
WALCOTT-----FABREGAS-----DENILSON-----DIABY
ARSHAVIN
VAN PERSIE

SUB
WOJCIECH SZCZESNY (GK)
VELA
AARON RAMSEY
SILVESTRE
DJOUROU
BENDTNER
EBOUE

Atikah nak buat analisis secara terperinci agak sukar memandangkan semalam Atikah cuma tengok live score sahaja memandangkan ada streaming pun agak ketinggalan.. So x banyak Atikah nak katakan sebenarnya..

Pada first half Arsenal banyak menyerang kubu Stoke City.. Dan pada minit ke- 10 rembatan lemah Fabregas terbias terkena pemain Stoke City iaitu James Beattie dan memberikan pendahuluan kepada Arsenal..

Pengadil memberikan penalti kepada Arsenal pada minit ke-15 selepas Shawcross menjatuhkan Van Persie di dalam kotak penalti.. Dan Van Persie sendiri mengambil penalti tersebut dan dengan tenangnya Van Persie menewaskan penjaga gol Stoke City..

Diaby yang dikutuk hebat Atikah dan beberapa penyokong Arsenal di laman web Lobahgooner menutup seketika mulut kami semua dengan menjaringkan gol selepas free kick Van Persie tepat menuju ke kepalanya..

Debut pertama Mannone sebenarnya agak baik selepas pertahanan agak kebal dan pemain Stoke juga tidak banyak menyerang.. Namun pada minit ke- 30 terjahan Denilson kepada pemain Stoke dalam kotak penalti mengundang padah.. Mannone gagal membaca kemanakah Fuller akan melakukan sepakan untuk Stoke cuba merapatkan jurang dengan 3-1..

Kesilapan Rory Delap dengan menanduk bola ke kawasan sendiri mengundang padah apabila Van Persie berjaya mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan Arsenal sebelum tamatnya first half.. Dan ini bermaksud juga Van Persie mahu menebus kesilapannya pada pertemuan menentang Stoke City yang lalu..

Wenger mula bekira-kira memperlahankan rentak permainan dengan mengeluarkan Walcott dan membawa masuk Bendtner sejurus sahaja bermulanya second half.. Seperti yang Atikah jangka Wenger merasakan kemenangan 4-1 sudah memadai dengan kemudiannya mengeluarkan Sagna dan Arshavin untuk membawa masuk Eboue dan Vela.. Arsenal ada melakukan beberapa cubaan namun semuanya tersasar dan Van Persie juga hampir melakukan Hatrick namun sepakan dan tandukannya agak tersasar..

Beberapa minit sebelum tamatnya perlawanan terdengar sorakan dari peminat Arsenal dengan menyorak "Only One Arsene Wenger".. Walaupun pada second half Wenger memperlahankan rentak permainan namun secara kesuluruhannya Arsenal mendominasi perlawanan semalam..

Di sini Atikah nak informkan yang West Bromwich Albion, Middlesbrough dan Newcastle United telah tergelincir ke Liga Kejuaraan untuk musim hadapan.. Atikah berharap ketiga-tiga pasukan ini dapat melakukan come back.. Dan Atikah harap saingan sengit akan di berikan pendatang baru EPL pada musim hadapan.. Adios..

P/S: Buka link ini.. Tentang video penyokong menghargai pemain selepas tamat je game semalam..

Comments

  1. http://www.sport.co.uk/public/images_news/2009/5/24/AI_wengerfans.jpg

    Atikah... Picture nie pun penghargaan fans utk AW. Tolong upload sekali k. Many thanks.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil